'Takpe biar mummy pujuk Amanda. Korang makanlah dulu' kata Stellya lalu bangun dari kerusi

-_-_-_-_-_-_-_

Tangisan Amanda pecah apabila masuk saja didalam biliknya. Dia berlari ke katil lalu menyembamkan mukanya.

Tidak berapa lama, dia terdengar orang mengetuk pintu biliknya. Dan terdengar mummynya memanggil lembut.

'Manda, buka pintu ni. Cakap dengan mummy' kata Stellya yang berada dihadapan bilik anak bongsunya.

Tiada sahutan.

'Cerita la kat mummy. Kenapa Amanda marah sangat ni' kata Stellya. Masih setia dihadapan pintu bilik Amanda.

Tiada Jawapan.

'Amanda sayang, bukalah pintu ni. You can told me everything kalau Manda ada masalah' pujuk Stellya lagi dan berharap anaknya buka pintu.

Tidak lama kemudian, Amanda membuka pintu lalu dia duduk di atas katil. Stellya pula masuk lalu duduk di sebelah anak bongsunya itu.

'Manda, kenapa ni cuba cerita dari awal kat mummy.  Takmaulah merajuk macam ni. Dah tak cantik anak mummy ni' kata Stellya lembut.

Amanda memandang muka Stellya dengan muka yang banjir dengan air mata.

'Mummy, tak sayang kat Manda dah ke? Benci kat Manda ke?' tanya Amanda sayu.

'Hey, kenapa cakap macam tu? You are my daughter. Mummy yang mengandungkan, jaga Manda dari kecil sampai sekarang. Mummy sayang sangat dengan Manda tahu tak' kata Stellya lembut.

'Habis tu, kenapa asyik bela Diana. Amber pun sama. Dia dah tak sayang Manda' kata Amanda sedih. Air matanya tidak habis habis mengalir.

'Siapa kata aku tak sayang kat kau? And aku tak tahu pula leader Poison Killer ni cenggeng orangnya' kata Amber yang sandar di pintu bilik Amanda.

'Amber' warning Stellya.

'Okay, ok. Sorry. Why you think it that way, Amanda?' tanya Amber.

'Because of you. Sikit sikit Diana. Diana. I hate the way you treat her' kata Amanda.

'Jealous la ni' kata Amber.

Amanda hanya diam tak berkutik.

'Dah tak payah nak jealous sangat buruk tau tak muka kau. Dia takde salah dengan aku buat apa aku nak layan dia macam sampah. Duh! I'm not like that' kata Amber.

'So Manda la yang cemburu berlebihan sekarang ni?' kata Amanda mula ceria.

'Nampaknya macam tu lah' kata Stellya pada Amanda.

'ouh, I'm sorry' kata Amanda lalu memeluk Stellya. Amber hanya senyum melihat keadaan tersebut.

'Amber, sinilah' kata Amanda. Amber pun mendekati 2 orang tersebut lalu memeluk mereka. Sangat selesa.

Tiba tiba Zyen menegur mereka yang berpelukan itu.

'Ada apa apa yang daddy tertinggal ke?' kata Zyen pelik.

'Daddy nak peluk jugak?' tanya Amanda.

Zyen pun menghampiri 3 figura tersebut lalu memeluk mereka. Pelukan hangat sang ayah sangat selesa.

Dalam 2 minit selepas itu, mereka meleraikan pelukan tersebut.

'Dah, nanti kita kena pergi melawat seseorang. Amber dengan Amanda pakai yang sopan sikit' kata Stellya.

'Kita nak melawat siapa mummy?' tanya Amber yang duduk bersila diatas katil.

'Adalah, nanti kamu tahulah' kata Stellya.

MF 2 | Miss Psycho Mafia Vs Mr Heartless Mafia {Complete} ✔️✔️Onde histórias criam vida. Descubra agora