Chapter 10

801 39 3
                                    

'Kau siapa' kata Rayden lemah kerana kesan ubat tidur masih ada.

'Hi, sayang you sah bangun. I miss you so much my baby' kata gadis yang masuk kedalam bilik tersebut.

Rayden cuba untuk membuka matanya dengan luas tapi tidak boleh. Dia terlalu mengantuk.

'Kau siapa' tanya Rayden kali ini agak tegas.

'You seriuslah tak kenal I. Hurm, takpelah nanti kalau you dah sedar I datang lagi eh. Bye sweet dream' kata perempuan itu apabila melihat Rayden masih mamai.

Perempuan itu pun keluar dengan lenggang lenggoknya keluar dari bilik kecil itu.

Rayden yang tidak tahan ngantuk itu perlahan lahan tidak sedarkan diri.

-_-_-_-_-_-_-_

Rayyan bangun lalu turun kebawah untuk sarapan. Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Hari ini merupakan hari Ahad jadi dia tidak bekerja boleh la bangun lambat.

Sampai sahaja di ruang makan, dia melihat Amber sedang menghidangkan makanan bersama bibik yang berada dirumah itu.

'Mana yang lain' tanya Rayyan pelik. Dia bangun terlalu awal ke?

'Diorang ada kat bilik diorang. Katanya nak cari location Ray' kata Amber sambil tangannya mencedok mi goreng ke pinggan Rayyan.

'Kau tak pergi cari ke? Tak risau bakal suami kau kena culik?' tanya Rayyan lagi.

'Kalau berani ambil lah. Tu pun kalau masih sayang dengan kepalanya lagi. Buat apa nak susah payah kalau dah ada anak buah. Apa function anak buah? Makan gaji buta? Gaji nak mahal tapi taknak buat kerja?' bebel Amber lalu masuk ke dapur.

Rayyan yang sedang makan berasa lega apabila suara Amber sudah tidak kedengaran lagi.

'Nasib kaulah Rayden berbinikan Amber yang kuat bebel tu' katanya didalam hati lalu dia tersenyum seorang diri.

Amber keluar semula dari dapur. Dia kearah pintu dapur untuk memanggil Elite Killer dan Silent Killer turun makan.

'Ayyan, makanlah dulu. M, nak panggil diorang turun jap' kata Amber lalu berura ura untuk ke lif tapi langkahnya terhenti apabila Rayyan memanggilnya.

'Bila kau plan nak serang perempuan tu' tanya Rayyan tapi dia tidak melihat kearah Amber melainkan hanya fokus ke makanannya.

'Tonight, I guess. Be prepare' kata Amber lalu berjalan kearah lif dengan tenang.

Amber berjalan ke bilik Hacker milik Amelio dan Lio.

'Hi, dah jumpa ke? Jom sarapan' kata Amber yang menjenguk di pintu.

'Belum, kau turun dululah nanti kitaorang turun' kata Ruby di sebelah Amelio yang sedang mencari keberadaan Rayden.

Amber hanya mengangguk lalu menutup pintu semula. Amber ke bilik Tabby untuk mengajaknya makan.

'Hello, Tabby ku sayang. Buat apa tu?' tanya Amber apabila melihat Tabby bersama dengan laptopnya.

'aku buat kerja kat office tu lah. Kau bukan nak buat pun. Baik bagi aku je company tu. And satu lagi tak payah nak jadi lesbian sangat eh. Sayang, sayang. Geli aku. Sayang dengan bakal suami kau tu sudah la' bebel Tabby sambil tangannya lincah menekan papan kekunci.

'Alah, kalau aku panggil kau macam tu maknanya aku sayang kau sangat sangat tahu tak. Pasal bagi company tu kau kena tanya mummy aku dulu. Jom makan, aku lapar ar' kata Amber sambil memegang perutnya.

'Masak apa? Siapa yang masak?' tanya Tabby sambil melihat Amber disebelah.

'Mi goreng tiptop by Amber' kata Amber bangga.

MF 2 | Miss Psycho Mafia Vs Mr Heartless Mafia {Complete} ✔️✔️Where stories live. Discover now