The Reaper: Raised By Devil

37 4 0
                                        

  media adalah Ash versi kanak kanak
****
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Sweet lil children playing in the field
Than come a monster
Turning her to freak
She was mad and she was frustrated
She need blood on her cute check
And that's my friend
the lil Young Reaper."

  Hanyut dalam lagu yang direka sendiri, Cassandra tersenyum kecil. Pisau ditangannya dicampak tepi. Bakat yang menyebabkan dia di buang keluarga.

  Assassination.

  Rambut merahnya beterbangan ditiup angin. Disini, rumah anak yatim dia disekat. Rambutnya panjang mencecah pinggang. Jika dia memakai pakaian comel dan sesuai dengan budak 15 tahun, pasti sesiapa sahaja akan memuji kecantikan dan kecomelan dirinya.

  Namun sedangkan rainbow boa yang cantik menawan boleh membunuh.

  Itu yang membuatkan Cassandra suka. "People gonna let their guard down on me." Ayat yang selalu dimainkan di bibirnya.

  Matanya tajam dan peka sedangkan telinganya cepat menangkap pergerakan mahupun mengenal bunyi. Ini kerana dia adalah seorang yang buta dahulu.
 
  Dan ada seseorang menyelamatkan.

  Siapakah?

....

  Merayu rayu wanita tua yang sedang memasak sup itu meminta belas kasihan. Cassandra hanya memandang sinis. "Sup ni untuk kamu, nak... Ibu sakit ni masak sup je, tak boleh masak lauk sedap..."

Cassandra ketawa sinis. "Aku tak kira perempuan tua! Tukar masakan kau sekarang!" Sup itu dicampak masuk tong sampah. Pisau dapur diambil lalu diacah pada leher perempuan tua itu.

"I..ibu sakit..."

Cassandra menekan pisau itu hingga keluar darah. Perempuan itu menyeringai kesakitan. Bunyi kejam bukan? Cassandra ketagih jeritan itu menekan lagi pisaunya. "Jerit lagi lady. Ahhhhahahhahahah nikmatnya jeritan mahal kau!"

Cassandra menjauhkan pisau dapur. Senyuman sinis diberi sebelum dia menangkap tangan yang cuba menyerang hendap ya dari belakang.

Seorang lelaki muda berhood putih. Rambut hitamnya menutup mata.

Cassandra tersenyum mengetap taring. Matanya terbeliak besar. Leher didengarkan sedikit. "Aaa? Beraninya kau?" Lelaki itu merentap tangannya. Mulutnya bagai digam rapat, tidak mengeluarkan walau satu suara.

Makin jelas wajah Cassandra yang girang melihat lelaki itu membantu perempuan tua yang dicederakan tadi.

Sebilah jarum harus merejam tepat dikepala Cassandra namun berjaya mengelak. Pipinya terhiris kecil.

Cassandra menjilat darahnya.

Ahhh manis...

Lelaki itu bangun seakan akan mencabar Cassandra melawannya. Habisnya, Cassandra hanya tertawa kuat sambil menggeleng kecil.

"Kau masih terlalu mentah untuk tahu, Qzreq Ash." Lelaki itu kelihatan sedikit terkejut apabila identitinya terbongkar.

Cassandra berjalan penuh gaya kearah perempuan tua itu. "Aku nak lauk lain, Lady Dustvech."

Tubuhnya ditundukkan untuk membisik supaya Ash tidak mendengar. "Dan aku tak nak jumpa racun lagi macam tadi."

Cassandra bangun sebelum  mencium ringkas pipi lelaki itu hingga membuatkan lelaki itu bertindak kasar menolaknya.

Namun hanya hilaian kecil dari Cassandra.

....

Cassandra melangkah ke biliknya. Mindanya tidak putus dari teringat wajah lelaki itu. Ash... Menarik!

The ReaperWhere stories live. Discover now