part 14

13K 206 19
                                    

Hari Isnin. Monday blues as usual lah. Lagi yang membuatkan aku malas nak ke sekolah adalah hadap Khai. Yes, dia dahlah duduk sebelah aku. Tapi takpe, aku pun nak tengok juga reaksi dia bila duduk dengan aku. Cukuplah hari Ahad semalam aku tengok dia mengelabah chat, call aku tapi semua aku just bluetick and reject. Mana taknya, kata gi Melaka, lepastu tiba ii jumpa kat Aeon. Lepastu dia boleh ajak si Nurin dulu sedangkan aku yang memula ajak dia.

Di kelas. Suasana seperti biasa. Cuma bagi aku dan Khai agak dingin. Bukan sebab Malaysia dah turun salji, tapi sebab perasan marah dan kecewa (lol). 30 minit sebelum rehat aku biasanya akan kemas ii sikit alatan sebab pengawas dibenarkan keluar 10minit awal.

Tiba ii khai bersuara, "Kau bertugas kat mana? Aku teman erk?" Tanya dia untuk menemaniku bertugas. Aku tahu niatnya hanya untuk berbaik dan mungkin berbincang.

"No need. Thanks. Kau boleh pergi makan dengan Nurin". Ucapku dengan nada yang mendatar sambil tidak memandang ke arah Khai seolah ii aku bercakap sendirian.

Khai tidak bersuara. Aku menjeling sedikit untuk melihat reaksi mukanya. Memang mukanya sedikit kecewa dengan tolakanku. Sampai je waktu yang sepatutnya aku keluar dari kelas dan menuju ke kantin untuk makan dan bertugas. Bulan ni aku ditugaskan untuk bertugas di Bengkel KHB dan store belakang bengkel. Kawasan tu memang sunyi dan jarang orang lalu lalang. Tapi untuk keselamatan dan untuk elakkan sebarang ponteng dan aktiviti merokok berlaku, aku bertugas disitu.

Tengah aku leka termenung mengenang nasib(tiber nasib), bahuku disentuh perlahan.

"Aku dah ckp tak-" ucapanku tergantung. Aku ingatkan Khai, rupanya Iwan yang tengah tercegat sambil menghulurkan air kotak teh bunga dengan senyuman yang manis.

"Nah. Mesti kau haus kan haha. Sorrylah aku taktau air favourite kau. So aku beli air ni je" ucapnya sambil menggaru kepala belakang. Comel.

"Eh sokaylah. Air ni actually memang favourite aku. Pandai kau pilih" ucapku dengan muka yang manis dengan senyuman.

Pada waktu itu banyak pekara yang kami borakkan. Semuany kelakar. Tiba ii aku terlintas 1 pekara yang bermain di kotak fikiranku.

"Wan, kenapa dulu kau tak suka aku? Kau pukul aku. Ejek aku sana sini? Tanyaku sambil memandangnya. Mukaku serius dan inginkan jawapan yang sebenar.

Tiba ii KRINGGGGGGGGGGG!!!!

Bunyi loceng tamatnya waktu rehat. Iwan hanya tersenyum dan mengusap kepalaku manja. "Nantilah aku cakap okay?" Ucapnya sambil mengenyit mata kanannya.

Aku terkaku dan terkesima. "Seriuslah Iwan kenyit mata dkt aku?!" Tanyaku di dalam hati.

"Cepat lah woi! Lambat tinggal" teriak Iwan sebaik sahaja melihatku hanya terkaku. Aku lantas mempercepatkan langkahku mengejarnya dan masuk ke kelas.

Di kelas, waktu matematik. Aku melihat Khai tak senang duduk. Gelisah tak tentu arah. Aku cuma membiarkannya. Tiba ii dia memandangku.

"Fad. Aku minta-" tak sempat dia menghabiskan ayatnya aku dah mengangkat tangan ala ala 'talk to my hand bij' HAHAHAHAHA.

"aku nak belajar. Jangan kacau aku" kataku dengan mataku tak lekang dari papan putih menyalin nombor ii di depan.

Sewaktu balik, aku paling awal keluar kelas. Mungkin sudah rimas dngn Khai. Dalam beberapa minit, suaranya memanggil aku kedengaran sayup tapi lama-kelamaan semakin kuat dan dekat. Aku hanya mengendahkannya. Tiba ii tanganku ditarik agak kasar.

"Tunggu aku boleh tak. Bagi aku explain semua, please?" Suaranya dengan nada tercungap. Orang lalu lalang di situ pun kami tidak peduli dah. Lagipun yang lalu pun mostly batch aku je.

Puaskan Lelaki Straight Itu [COMPLETE]Where stories live. Discover now