Part 3: Jatuh Cinta

15.9K 207 7
                                    

Pada 2014, aku sudah naik ke tingkatan 1 di sebuah sekolah yang tak jauh dari rumah. Aku memang taknak masuk asrama pun sebab takut dengan ura ii mengatakan masuk asrama kena bully😂. Jadi aku pun mendaftar di sekolah harian biasa. Semasa orientasi berlangsung selama 3 hari, aku duduk dalam 1 kumpulan dan aku mula berkenalan dengan seorang lelaki ni bernama Khairul a.k.a Khai. Orangnya tinggi juga (cuma tak setinggi aku), berkaca mata dan juga berkening tebal macam ShinChan. Bentuk badan dia slim dan wangi teruk. Mula ii agak kekok juga tapi lama kelamaan jadi ngam. Rehat ke tandas semua sama ii.

lepas 3 hari, kami semua telah bergerak ke kelas masing ii. Alhamdulillah rezeki bila aku dapat masuk ke Kelas Rancangan Khas(KRK) dan duduk bersama dengan kalangan budak ii pintar yang tak mohon SBP dan aku adalah orang yang terakhir masuk kelas tu. Bila aku masuk, aku dah dpt kelibat si Khai ni leka lap meja dia. Apabila kelibat aku disedari oleh Khai, dia terus panggil aku "Wehhhh fad, meh duduk sebelah aku!," sambil menepuk meja sebelahnya yang kosong. Aku tanpa fikir panjang terus ke sana. "Wahhhhh sekelas lah kita. Pasni hari ii lah kita berkepit je kan," kata Khai sampai berlaga bahu dengan aku. Semenjak itu, kami sentiasa bersama sama di sekolah. Semenjak itu juga, aku rasa sudah jatuh hati dekat dia.

Di kelas tu juga ada juga sekumpulan budak yang agak menyakitkan hati. Tapi yang paling aku benci ialah Iwan yang kononnya ketua bagi geng diorang. Disebabkan perwatakan aku yang agak lembut ni menyebabkan aku selalu jadi bahan untuk digelak. Tapi Khai jugak yang selalu backup aku. Suatu hari sewaktu kelas PJ, pelajar lelaki dibenarkan untuk main bola sepak (sukan yang aku paling tak suka) dan aku satu kumpulan dengan si Iwan ni. Disebabkan aku ni kaki bangku, aku hanya menjadi golkeeper je. Khai pula kumpulan lawan hmmm. Teruk juga team aku dibelasah 4-1 dengan pihak lawan. Aku dah nampak dah wajah Iwan yang bengang dan tak boleh terima hakikat yang team kami kalah (lol bukan salah aku pun).

Time tukar baju di bilik persalinan, aku masuk ke salah satu bilik untuk tukar baju. Sewaktu aku tengah bukak seluar, tiba ii pintu aku ditendang, terkejut aku masatu. Tengok ii Iwan yang tendang. "Kau pahal ni?!" Tanyaku dalam nada yang tinggi. Iwan terus cekik aku sambil dan rapatkan mukanya ke aku sambil cakap "kau kalau dah pondan tu, pondan jelah. Tadi patutnya kau main bola jaring dengan budak perempuan. Tak payah sibuk nak main bola padahal bodoh!". Terdengar juga geng ii dia gelakkan aku bila Iwan ckp mcmtu. Akh terus down bila dengar Iwan hina aku macamtu. Oh ya, Iwan ni sama tinggi dengan aku, slim, putih, macho tapi perangai mcm hanat hahaha. Tak lama lepastu Iwan lepaskan cekikkan dia dan terus sepak aku. Tiba ii aku terdengar orang menjerit. Rupanya Khai yang baru je masuk ke bilik persalinan tu. Khai meluru ke arah Iwan dan terus tolak Iwan sampai jatuh. "Kau jangan apa ii kan fad kalau kau taknak muka kau lebam" Khai memberi amaran keras. Aku yang malu dengan keadaan aku berboxer tu terus tutup pintu. Aku terus tukar pakaian dan keluar dari bilik persalinan tu terus ke kelas.

Sejak kejadian tu, aku hanya mendiamkan diri. Khai disebelah aku tengok keadaan aku pun risau. Dia puas memujuk aku supaya aku berborak dengan dia tapi aku tak layan dengan alasan nak belajar. Nampak juga usaha khai untuk berborak dengan aku biarpun aku hanya diamkan diri. Tiba waktu balik, aku biarkan semua keluar dahulu tetapi si Khai ni taknak keluar selagi aku tak keluar. Bila kelas dah kosong, aku pun galas beg aku dan nak keluar ke kelas. Tiba ii tangan aku ditarik. "Lepaslah. Aku takda mood. Aku nak balik,". Kata aku dengan nada acuh tak acuh. Khai terus memegang kedua pipi aku supaya aku menghadap dia. "Okay I'm sorry sebab takda time kau kena bantai. Aku janji lepasni aku akan ada dengan kau biar diorang takleh kacau kau. Kau jangan diam macamni aku susah hati lah" kata Khai dengan nada yang memujuk. Aku cuma senyum sambil mengangguk kepala aku perlahan. Khai terus mendekatkan mukanya ke aku lalu berbisik "btw comel kau pakai boxer petak ii" aku dengar kata ii dia terus lepaskan tangan dia dari pipi aku. "Bodohlah kau. malu aku" sambil aku tumbuk perlahan bahunya. Jelas muka aku yang sangat malu masatu. Kami pun turun sama ii dan dia menunggu aku naik bas baru dia balik. Oh dia f1 pun dah berani bawak motor😂.

Di dalam bas otakku terngiang-ngiang situasi di kelas tadi. Malu yang teramat bila kami berhadapan dalam jarak yang dekat. Rasanya, itulah dinamakan cinta pandang pertama githeuwwwww😂

Puaskan Lelaki Straight Itu [COMPLETE]Where stories live. Discover now