1 - Jenis watak

708 94 106
                                    

...

Pertama sekali yang penting dalam dunia penulisan ialah watak. Tanpa watak, terkuburlah cerita anda ke alam brazzer. Jangan risau, tidak pergi alam lain cuma tersekat dalam otak.

.

1 Hero / Heroin

- Hero merupakan watak utama dalam cerita ini. Sesiapa berpihak pada hero akan berada di pihak baik. Dasar racist.

- Dalam novel, misi utama ialah sama ada kebahagiaan watak utama ataupun matlamat watak utama itu. Selesai masalah dia orang, selesailah novel kita.

.

2 Viliian

- Dia orang ini juga kira antagonis dalam hero. Tapi kalau dia jadi watak utama, hero dia itu antagonis.

- Sesetengah jarang ada buku yang watak utama dia orang jahat. Kalau nak, bagi link Wattpad. AAAA MESTILAH AKU MAHU BACA!

- Berbanding watak utama, penjahat jni matlamatnya ke arah lain sedikit. Sesat lagi menyesatkan. Memang tujuan jahatlah macam hendak rampas isteri orang ke bagi dalam kategori Romantik.

.

3 Anti-hero

- Antiwira ini pula dia macam hero tetapi bukan. Dia ada matlamat yang sama macam hero, tapi cara dia buat itu merupakan kesalahan yang besar.

- Kadang-kadang Antiwira ini dia selamatkan orang bukan sebab dia memang hendak selamatkan seseorang itu tetapi, dia macam minat pula nak tolong orang.

- Watak Antiwira ini tidak sama dengan penjahat. Penjahat memang niat dia jahat.

Kalau kategori Romantik, penjahat nak ambil isteri orang. Antiwira ini pula nak pisahkan dia orang sebab dia tahu suami kepada si isteri itu ada empat isteri dah. Kira macam isteri itu isteri kelima. Tetapi perbuatan dia jahatlah.

- Contoh watak dia macam Robin Hood. Rompak harta orang, tetapi bagi harta pada orang miskin.

.

4 Anti-villian

- Anti penjahat ini lagi menarik daripada semua watak ini. Sebab dia ada keperibadian macam hero, tetapi matlamat dia jahat. Macam bertalam dua mukalah.

- Kalau fasal isteri tadi, dia berpura-pura baik dengan isteri dia tetapi sebenarnya dialah isteri keempat itu, dan hendak bunuh isteri kelima itu. Hahaha, rasa gila pula dengan idea turun dari langit ini.

.

5 Deutragonist

- Watak dia orang sangat penting selepas watak utama dan penjahat. Dia orang inilah yang akan membantu watak utama, dan ketuk kepala dia orang kalau watak utama buat perkara bodoh.

- Dengan watak sampingan penting ini, cerita kau orang adalah moral sedikit. Bukan kisah watak utama memanjang tetapi kisah persahabatan mereka.

- AAAA TERINGAT AKAI SHUICHI!

- Dan berhati-hati. Mungkin pembaca anda akan minat watak ini berbanding watak utama. AAAAAA AKAAAAAAAI!

.

6 Watak Tertiary

- Ha, inilah baru watak sampingan namanya. Dia muncul secara rawak dalam buku. Macam penjual burger ke. Guru sekolah ke. Dia hanya watak biasa. Biasa sahaja. Tidak bawa peranan penting pun.

Watak Tertiary: Hiks... sampai hati kau. Aku buat butterfly effect baru tahu!

- Fuh, tidak payah tulis panjang-panjang fasal ini.

.

7 Love interest

- Watak dia sama sahaja macam deutragonist tetapi dia memberi motivasi kepada watak utama. Dia juga memainkan peranan dalam plot, ataupun muncul sekejap sahaja.

- Sebagai contoh, boleh baca Anxiety Love. Hehehe... cerita aku itu!

.

8 Watak foil

- Dia orang ini bersifat kepada rival kepada watak utama. Dia barangkali dikategorikan sebagai antagonist. Lagi menarik kalau dia ada dalam novel.

- Dia orang juga mungkin berubah kepada kawan baik watak utama pada akhirnya.

- Contohnya macam Marinette Dupain-Cheng dan Chloe Bourgeis, astagfirullah... macam mana nak eja nama keluarga kau, Chloe?

- Kemudian macam Fang dan BoBoiBoy. Kau orang boleh juga buat perkembangan karakter pada watak ini sama seperti Fang jadi kawan BoBoiBoy pada akhirnya.

.

9 Confidant

- Akhir sekali, baca tajuk nombor sembilan. Watak ini kira plot armor sama dengan watak utama.

- Watak inilah kekuatan watak utama. Boleh jadi dia mentor, sahabat paling rapat yang tahu segala rahsia watak utama. Sampai spender watak utama pun tahu warna apa.

- Dalam masa yang sama, kalau watak utama mati ke, watak ini boleh jadi pengganti.

...

Itu sahaja tips daripada saya berkenaan watak. Sudah tahu peranan watak masing-masing?

Dan tolonglah, kau orang. Buatlah cerita fasal anti-villian, anti-hero dan villian jadi watak utama. Aku nak baca. Aku malas hendak tulis TvT.

Nooroo: Writting TipsWhere stories live. Discover now