" Yaa ma . Dah nak gerak ni " Balas Rayyan lembut . Dia bersalaman dengan Datin Sri dan Dato Sri . Sempat Dato Sri berbisik sesuatu membuatkan dia tersengih nakal .

" Jangan risau pa . Secepat mungkin Iyan bagi " Rayyan dan Dato Sri ketawa nakal . Datin Sri yang perasan mencubit geram pinggan suaminya . Mengadu sakit Dato Sri .

" Padam muka " Kata Datin Sri . Datin Sri menjeling manja selepas itu . Rayyan dan Dato Sri tergelak kecil .

" Sayang " Panggil Rayyan sambil datang menghampiri isterinya . Bahu isterinya dipeluk dari tepi . Mengusap lembut bahu itu untuk menyenang kan isterinya .

" Haa kau ! Jaga adik aku elok - elok . Aku tampar kau nanti kalau adik aku menangis sebab kau . Dah tak ada muka hensem kau nanti . Aku ganti dengan gigi jongang aje " Sembur Ariq . Mukanya dibuat garang . Mata pula dibulat kan untuk menakutkan adik iparnya itu . Azreen menjulingkan matanya ke atas . Kebodohan apakah ini ? Takkan lah Rayyan nak sakit kan adiknya ? Rayyan tu dah cinta separuh nyawa pada adiknya .

" Aku percaya kan kau Iyan . Jaga adik aku . Sembuhkan dia . Aku percaya kau takkan sakitkan hati adik aku . Aku kenal kau dah lama " Kata Azreen lembut . Bahu Rayyan di tepuk lembut . Ariq yang melihat mencebik bibir . Menyampah lah !

" Ya aku tahu . Jangan risau lah . Pandai lah aku jaga  kesayangan comel aku ni " Balas Rayyan . Tangannya mula dihulurkan untuk bersalam dengan kedua abang iparnya itu .

Setelah itu , Rayyan memeluk erat pinggan Qalisha . " Jom sayang . Kita dah kena gerak ni " . Qalisha hanya mengangguk pasrah . Matanya memandang kesemua ahli keluarganya . Dia mula mengukir senyuman manis untuk menutupi sedihnya di hati .

" Bye semua . Nanti kita jumpa lagi " Ujar Qalisha . Tangan di lambai ceria . Padahal dalam hati dah meraung taknak pergi . hahahaha .

" Assalamualaikum " Kata Rayyan . Mereka mula memasuki kereta . Hon dibunyikan beberapa kali dan kereta itu mula keluar dari perkarangan rumah agam itu .

" Waalaikummusalam " Jawab mereka perlahan . Sebak hati bila orang yang selalu menceriakan rumah agam ini sudah keluar pindah .

Lepas ini dah tak ada lagi suara orang yang memekik menyanyi di pagi hari . Dah tak ada suara merajuk manja . Dah tak ada suara ketawa ceria . Rumah ini akan suram dan sepi .

Di dalam kereta hanya kedengaran suara DJ radio yang berceloteh sana sini . Rayyan fokus pada pemanduan . Manakala Qalisha termenung melihat ke luar tingkap .

Fikiran nya bercelaru . Entah kenapa mimpi malam tadi bermain kembali di fikiran . Mimpi itu macam real . Macam pernah dia lalui tapi dia tak pernah ingat dia pernah melaluinya . Argh ! Serabut lah !

Dia memegang kepala nya yang terasa  sakit . Berdenyut - denyut . Berkerut dahinya . Rayyan yang perasan itu terus risau .

" Sayang , okey tak ? Kenapa ni ? Sakit kepala ? Pening ? " Soal Rayyan risau . Dia memandang sekilas ke arah Qalisha di sebelah .

" Tak ada apa - apa . Jangan risau saya okay " Balas Qalisha . Dia memberi senyuman kecil pada Rayyan di sebelah . Tangannya sudah berada di riba sendiri . Rayyan hanya mengiakan saja walaupun hatinya berasa pelik .

Tak lama selepas itu , mereka memasuki perkarangan rumah banglo dua tingkat .
Rayyan mematikan ejen kereta dan keluar dari perut kereta diikuti Qalisha .

Bersinar mata Qalisha melihat kawasan rumah itu . Cantik ! Halaman rumah yang luas dan dihiasi pokok dan bunga - bunga yang cantik .

" Sayang , jom . Kita tengok kat dalam pulak " Qalisha hanya mengikut langkah Rayyan masuk ke dalam . Masuk ke dalam , Qalisha sudah ternganga luas . Mewah , elegan tapi simple . So nice !

Bertemakan kelabu , putih dan hitam . Ruang tamu yang besar . Dapat memuakkan separuh kampung ! Sofa yang terletak cantik , meja kopi kaca di tengah dan televisyen yang bersaiz besar ! Terdapat juga meja makan kecil . Mungkin untuk meletakkan makanan untuk tetamu yang datang . Tak perlu susah - susah ke dapur dan ruang makan .

Kakinya melangkah ke dapur . Sekali lagi dia tercengeng . " Wah besarnya ! " Jerit Qalisha teruja . Rayyan yang baru masuk itu tergelak kecil . Dah macam budak - budak Qalisha ni . Habis satu ruang dapur dan ruang makan di terokanya . Besar ! Jemput se kampung ni mungkin muat . HAHAHAHA .

Terasa ada sesuatu yang melingkari pinggannya namun diendahkan . Sudah tahu siapa , jadi dia hanya membiarkan . Dagu di labuhkan di bahu Qalisha .

" Sayang " . Qalisha hanya memg'hm' kan saja . Matanya masih ralit memerhati dekorasi rumah .

" Taknak tengok bilik kita ke ? " Tanya Rayyan nakal .

" Kenapa nak tengok pulak ? Nanti kan boleh tengok juga bila masuk bilik " Jawab Qalisha polos . Rayyan sudah terasa  macam nak hentak kepala sendiri ke dinding saja . Alahai kenapa lambat sangat hari ini sayangku ?

" Kena lah tengok . Sebab nanti kan kita akan tidur sama - sama . Luang masa bersama . Bermesra bersama . Kan sayang ? " Tersunging senyuman nakal dibibir saat wajah Qalisha kelihatan membahang malu . Jari nya pula dimainkan manja di bahu Qalisha .

" Mengarut ! Dah lah daripada layan awak lebih baik saya pergi ambil beg baju kat kereta " Qalisha menepis kasar jari Rayyan dan terus melangkah pergi . Senyumam dibibir Rayyan langsung tak pudar malah semakin nakal . Adalah tu akal nak mengusik Qalisha . Aduhai !

" Sayangggggg " Meleret manja Rayyan memanggil Qalisha berkali - kali sambil kakinya melangkah ke arah luar rumah . Tak pernah berubah Rayyan ni .



































i'm sorry .
please support novel ni okey ? vote and comment lah klau korang rasa nak . share dengan kwn ii tau novel ni , ajak satu kampung bce HAHAHAHAH . adios !

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now