BAB 1

3.4K 117 0
                                    

BAB 1

MENJADI raja sehari itu sungguh memenatkan rupanya. Walaupun hanya sekadar duduk, berdiri dan senyum lebar, tapi rasa seperti mahu longgar segala sendiku. Sehingga-kan aku rasa mahu pasangkan tongkat supaya dapat terus bertahan dan berdoa semoga semuanya cepat habis.

Majlis resepsi berlangsung dengan penuh gah sekali. Ditayang secara siaran langsung di kaca TV. Penyatuan golden couple yang buat ramai jejaka kecewa dan ramai gadis menangis. Mungkin perkahwinan yang bakal disebut-sebut sepanjang tahun ini. Wedding of the year.

Kelebihan menjadi artis, hampir keselu-ruhan majlisku ini adalah ditaja. Dari tempat perkahwinan, busana pengantin sehinggalah ke kek pengantin, semuanya tanpa aku dan Adri keluarkan duit sesen pun. Bukan kami yang meminta-minta atau menebalkan muka untuk mendapatkan tajaan, tapi mereka sendiri yang datang kepada kami. Ada yang terpaksa kami tolak gara-gara dah cukup. Mungkin ini semua adalah rezeki.

Hanya barang hantaran untuk Adri yang aku beli menggunakan duit sendiri. Itu pun ada yang nak taja juga. Tapi, dengan lembut aku menolak. Entahlah.. aku rasa kurang enak! Mungkin sebab aku rasa semua itu punya nilai sentimental sendiri. Aku mahu Adri memakai sesuatu hasil dari titik peluhku sendiri.

Memandangkan kami dikenali ramai, memang beribu-ribu tetamu yang diundang. Ahli keluarga, rakan-rakan kami, rakan-rakan artis, pihak media dan juga beberapa ahli fans clubpeminat tegar kami. Tiada satu pun yang tertinggal.

Semuanya berjalan lancar. Semuanya indah belaka. Semua melihat kami pasangan bagai pinang dibelah dua. Nampak sangat sepadan. Mata bersinar-sinar dengan rasa cinta. Nampak sungguh tak sabar untuk mengecapi kehidupan bersama sebagai suami isteri.

Andai saja itu adalah kenyataannya. Tapi aku dan Adri lebih tahu.

Itu cumalah persona yang menjadi topeng kami. Supaya semua melihat kami sebagai pasangan paling bahagia di abad ini.


SELEPAS maghrib barulah semuanya selesai. Aku dan Adri terus pulang ke royal suite yang turut ditaja itu. Mahu berehat. Bilik hotel itu disertakan sekali bersama pakej majlis resepsi yang kami pilih. Percuma untuk satu malam.

Aku duduk di birai katil bersaiz king itu. Gaun princess merah jambu yang sangat kembang itu aku selak ke paras betis. Mahu mengurut-urut kaki yang dah merana berjam-jam gara-gara memakai kasut tumit tinggi lima inci tadi. Sekarang rasa macam nak berderai segala struktur tulang. Paling sakit di bahagian jari kaki dan betis.

Inilah hakikat perempuan. Beauty is pain. Sigh!

Tiba-tiba aku nampak sesuatu menghalang pencahayaanku. Terus aku angkat muka. Adri sedang berdiri di hadapanku, sedang mere-nungku. Dia ketika itu sedang melonggarkan bowtienya. Kot hitamnya nampaknya sudah ditanggalkan dengan lebih awal. Kening lebatnya berkerut sedikit.

"You kenapa? Are you okay, Mel?" Suaranya prihatin seperti selalu.

"Kaki I sakit sikit. Biasalah.. pakai heels!" jawabku jujur. Hanya tayang gigi kepadanya sebelum sambung mengurut.

Adri diam dulu sebelum aku nampak dia berjalan ke arahku. Terasa ada kesan henyakan pada tilam empuk di sebelahku itu. Adri melabuhkan punggung di situ.

"Boleh I pegang?" pintanya lembut. Seperti Adri yang aku kenali. Dia seorang yang gentleman. Nak pegang isteri sendiri pun minta izin dulu.

Tapi aku hanya angguk.

Diam. Adri mencapai pergelangan kaki kiriku itu. Saat tangan kasarnya mendarat pada kulit betisku itu, aku rasa mahu melompat juga. Memang aku akui kami selalu bersentuhan gara-gara adegan lakonan, tapi kebiasaannya hanya sentuh tangan dan wajahku. Dan di luar set penggambaran, kami memang tak pernah bersentuhan. Itu memang prinsip Adri. Sebab itu aku tahu Adri baik orangnya. Dia bukanlah seorang yang terlampau sosial.

E-BOOK: KOMBO HEROIN (SAMPLE)Where stories live. Discover now