BAB 4

8K 232 1
                                    

BAB 4

JASMIN hanya berdiri sambil kepala tertunduk ke bawah. Diam membisu. Jantung berdebar-debar laju. Dia cukup takut tiap kali dipanggil untuk menghadap lelaki di depannya itu. Selalu dalam mod berjaga-jaga.

"Ni yang kau dapat semalam? Tiga ratus ringgit?" Mata garang Sabri merenung anak gadis di depannya itu.

Jasmin hanya angguk. Berdoa semoga lelaki itu berpuas hati.

"Hari kelima baru kau reti buat duit. Nasib baik. Aku dah cakap dah, kalau kau tak bawa balik duit hari ni, memang aku sendiri yang carikan pelanggan untuk kau. Aku tahu mesti ramai yang nak kau nanti!"

Jasmin telan liur. Ugutan itulah yang buatkan dia nekad semalam. Dia tiada pilihan selain mengikut arahan Sabri. Dah beberapa hari dia mengelak, enggan dekat dengan mana-mana lelaki. Dia takut. Namun semalam dia terpaksa.

"Kalau tiap-tiap malam kau macam ni, memang kaya aku. Betullah orang cakap. Kau memang boleh buat duit untuk aku. Mesti ramai jantan lain yang tak sabar-sabar nak tidur dengan kau. Tak sia-sia aku bela kau lepas mak kau mati dulu." Sabri ketawa besar.

Jasmin hanya menelan rasa kelat. Juga terasa gerun. Semalam adalah kali pertamanya. Itu pun dah rasa jijik semacam walaupun tiada apa-apa yang berlaku. Macam mana lagi harus dia mengelak? Semalam mungkin dia terlepas. Tapi, sampai bila?

"Dah.. pergi masak! Aku lapar," halau Sabri. Mulut koyak sengih sambil mengira untung yang dia dapat semalam.

Jasmin laju mengangguk. Arahan yang sedari tadi ditunggunya. Cepat saja kaki berlari keluar. Berada satu ruang dengan ayah tirinya itu cukup menakutkan.

Ya.. Sabri itu ayah tiri Jasmin! Ayah kandungnya meninggal dunia ketika dia masih bayi. Ibunya berkahwin dengan Sabri ketika dia berumur lapan tahun. Dua tahun selepas itu, malangnya ibunya pula meninggal dunia gara-gara kemalangan jalan raya. Dan setelah itu, dia terpaksa tinggal bersama Sabri memandangkan dia tak punya ahli keluarga lain.

Hidup Jasmin berubah seratus lapan puluh darjah selepas ibunya meninggal. Sabri bukan lagi bapa yang penyayang. Mungkin segala topengnya diturunkan selepas isterinya meninggal. Jasmin dilayan bagaikan hamba abdi.

Bertahun-tahun dia hanya mengikut telunjuk orang tua itu. Hidupnya dikawal ketat. Semuanya supaya dia tak membuka mulut. Sebab sungguh banyak rahsia ayah tirinya yang dia tahu. Pendek kata, ayah tirinya itu banyak terlibat dengan kegiatan haram.

Zaman kanak-kanak dan remajanya tak seperti orang lain. Langsung tak indah. Hidupnya dikawal oleh orang-orang Sabri. Kebebasannya tersekat. Dia mula kehilangan kawan. Dia mula bersendirian. Kadang-kadang Jasmin rasa ter-tekan. Tiada tempat untuk mengadu. Tapi dia tiada pilihan dalam hidupnya. Mata-mata ayah tirinya selalu ada.

Pernah dia cuba melarikan diri dulu, tapi akhirnya tertangkap. Bahananya, tubuhnya patah riuk dipukul. Sabri mengugut untuk mem-bunuhnya andai saja perkara sama terulang kembali. Sejak hari itu, dia serik. Terlalu takut untuk melawan kata-kata ayah tirinya itu.

Selalu Jasmin rindukan arwah ibunya. Kalau ibunya masih hidup, mungkin semua ini tak akan terjadi. Malah, kalau ibunya tak berkahwin dengan Sabri, mungkin hidupnya sekarang ini berubah seratus lapan puluh darjah.

Tapi, apa boleh buat? Ini adalah takdir yang tertulis untuknya. Hampir dua puluh empat tahun sudah hidupnya. Entah untuk berapa lama lagi, dia sendiri pun tak tahu. Hari-hari dia berdoa semoga ada sinar baru dalam hidupnya.

Persoalannya, bilakah? Jasmin mula putus harapan.

"JASMIN, macam mana semalam?" Masuk saja ke dalam bilik, Ramlah atau mesra dipanggil Kak Ram oleh Jasmin sudah siap menunggu. Ramlah merupakan seorang wanita yang berusia awal empat puluhan tetapi masih lagi cantik.

E-BOOK: KOMBO HEROIN (SAMPLE)Where stories live. Discover now