Sebelas

126 35 0
                                    

"AKU TAK KIRA, KAU BAGITAU SEKARANG JUGAK, ADAM SYARHAN"

Lelaki tu yang baru nak keluari dari kawasan pagar sekolah, terus terhenti langkahnya.

Rissa dah tak boleh tunggu. Dari diorang baru habis pt3, sampai hari terakhir sekolah, dia masih lagi tak dapat jawapan.

LAMA WEHH SEBULAN LEBIH.

"Rissa-"

"Tell me, Adam Syarhan. Kalau tak, aku doakan paper kau tak berjalan dengan lancar" Sempat Rissa menyumpah memandangkan lagi beberapa hari diorang akan SPM.

Ni masa yang sesuai untuk mengugut lelaki tu.

"Ehh jangan lah!"

"Haa dahtu. Bagitau la"

Adam Syarhan kemam bibir. Dia pandang sekeliling. Sempat matanya berhenti pada satu arah selama beberapa saat. Dan dia pandang Rissa balik.

"Who do you think, budak tu. Me or Amri?"

Rissa terdiam. Dia pandang jalan raya sambil berfikir.

Entah lah. Ibu kata lelaki tu gentleman. Yang paling gentleman antara diorang berdua, Adam Syarhan la since Syarhan Amri kasar macam bata.

Tapi, seminggu selepas hari dia jumpa diorang berdua tu, ada sticky note atas meja dia dengan ayat 'nice to meet you again -one of the Syarhan' dan dia nampak sticky note yang sama corak dengan yang dalam buku nota BI Syarhan Amri.

Hah benda tu lah yang buat dia terpaksa makan panadol selama tiga hari.

Susah betul bercakap dengan jantan macam ni. Rasa nak lempang.

"Entah lah. Bagitau jelah" Kening Rissa berkerut memandang lelaki tu. Dah la panas, dia boleh buat main-main pulak.

"Senang cerita macam ni lah, Rissa. Theres one of us, likes you. But he's not that boy" Adam Syarhan senyum dan terus keluar dari perkarangan sekolah. Dia masuk dalam sebuah kereta yang dah menunggu lama kat bawah pokok.

Rissa ketap gigi sebelum memijak jalan dengan penuh rasa nak mengamuk.

THATS NOT EVEN THE ANSWER SHE WANT!!

Memories | DinoWhere stories live. Discover now