Bab 1

6.7K 60 6
                                    


TERHUYUNG-HAYANG tubuh seksi itu masuk ke dalam apartment mewahnya.Di gagahkan kaki untuk berjalan sehingga sampai di ruang tamu.Renungan mata yang sangat dingin itu membuatkan Mellysa tersenyum lebar.

"Oh my handsome husband!"kata Mellysa sambil menghampiri Qaid.Mellysa jatuhkan badan di atas pangku Qaid yang sedang duduk pada sofa single.

Tersengih miang Mellysa saat merenung wajah Qaid dari dekat.Hari ini dia akui.Dia rasa sangat bertuah kerana memilik Qaid sebagai suaminya.

Qaid Athar adalah seorang lelaki yang memiliki tubuh badan serta wajah yang sempurna.Kesempurnaannya membuatkan rakan-rakannya ingin memilikinya.Namun,tidak pada Mellysa.Mulanya dia menganggap Qaid sebagai patung boneka yang tidak mempunyai perasaan.Kerana Qaid sanggup bersetuju dengan perkahwinan mereka yang diatur keluarga ini.Tetapi setelah hidup sebumbung dengan lelaki dingin ini membuatkan Mellysa dalam diam menyenangi kehadiran Qaid Athar.

Mellysa sebenarnya mempunyai kekasih sebelum berkahwin dan sehingga kini hubungan dengan kekasihnya masih sama dan tidak berubah.Cuma,status dirinya saja yang sudah bertukar kepada isteri Qaid Athar.

"Qaid,you tunggu I ke?Oh sweetnya husband I ni."kata Mellysa sambil tersenyum-senyum.Saat tangannya mahu menyentuh wajah Qaid,segera Qaid menepis.

Mellysa terkejut.Tapi akhirnya bibir merahnya tersenyum kerana Mellysa tahu begitulah penerimaan Qaid terhadap dirinya.Bukan baru sehari mereka berkahwin.Dah masuk tiga tahun dia hadap perangai dingin si Qaid tu...

"Sayannnngggg,why you—"

"Bangun!"arah Qaid tegas.

"Saaaayaaaang…why?"soal Mellysa sambil tersenyum.Mellysa merenung dua ulas bibir nipis Qaid yang terletak elok.Bibir itu seolah-olah memanggilnya agar mendekat.

Tangan Mellysa mula melingkar ke leher Qaid.Dan..

"Ouch!Hey, sakit lah!"marah Mellysa sambil memegang punggungnya yang terasa sakit kerana terhempas kasar diatas lantai.

Qaid bangun dari duduk.

"Bukan ke aku dah suruh kau bangun tadi?"

"You ingat I ni anak patung ke?Yang you main tolak I macam tu saja dah kenapa?!"marah Mellysa sambil bangun dari atas lantai.

Hilang rasa mabuk dibuatnya.

"Kau dah lah bau busuk!Kau ingat kau pakai seksi macam ni,duduk atas aku..aku akan tergoda?Oh please lah.Berapa kali aku nak kena cakap?!Perempuan macam kau bukan citarasa aku!"marah Qaid pula.

Memang Mellysa bau busuk pun.Dengan bau arak,bau rokok.Dan segala macam bau lah yang ada.

Qaid tolak dagu Mellysa. "And,dekat leher kau ni apa?Love bite?"soal Qaid sinis sambil menunjuk pada leher Mellysa.

Mellysa tepis jari Qaid. "Sibuk lah you!Jaga saja lah hal you.Jangan nak sibuk hal I pulak."balas Mellysa sambil menutup kesan merah di lehernya dengan tapak tangan.

Qaid tersenyum sinis. "Kau fikir aku ni tanya sebab kisah pasal kau ke?Huh,perasan betul!"

"Sebab aku tak bagi nafkah batin kau punya terdesak sampai cari nafkah batin dekat luar sana.Perempuan jenis apa lah kau ni?"kata Qaid sambil mencapai kasar fail diatas meja kopi.

"Nah,ambil ni dah baca.Aku nak kau sign.SEGERA."kata Qaid sambil melempar fail itu ke arah Mellysa.Kelam kabut Mellysa capai fail itu.

"A-Apa ni?"soal Mellysa.

"Buka dan baca lah sendiri."

Laju tangan Mellysa membuka fail itu dan mengeluarkan isi kertas yang ada didalam fail tersebut.

Qaid AtharWhere stories live. Discover now