Maaf, kalau tiap soalan dari saya sebelum ni buat awak fikir macam-macam.
Mulanya saya malu dengan awak sebab fikir awak mungkin salah seorang dari peminat kumpulan saya yang cuba cari alasan untuk dekati saya.
Tapi bila saya tahu awak tak kenal kumpulan saya, saya agak hampa dengannya.
Rasa seperti kumpulan saya masih ketinggalan untuk terus berada di pasaran muzik global kerana masih tak dikenali ramai orang.
Contohnya awak.
Awak kenal Lee Min Ho dan BTS tapi pasti awak tak pernah dengar nama kumpulan Astro kan?
Haih...
Nampaknya saya dan kumpulan saya perlu berusaha lebih keras untuk serlahkan lagi bakat nyanyian kami.
Mungkin inilah perasaan MJ hyung bila dia berdepan dengan peminat yang hanya kenal BTS dulu.
Sya,
Saya harap, suatu hari nanti kita akan bertemu lagi dan di saat itu saya juga harap... awak dapat panggil saya Cha Eun Woo. Itu tanda awak betul-betul dah kenal siapa saya.
Sya,
Setiap lagu yang saya nyanyikan di fanmeeting solo saya tu sedap ke tak?
Saya harap awak suka dengannya.
Tapi saya nak awak tahu sesuatu...
Dalam banyak-banyak lagu dari kumpulan kami, saya paling suka lagu By Your Side. Itu hati saya buat Aroha(peminat kami).
Saya harap awak dapat dengar juga lagu tu, agar awak tahu perasaan kami(Astro) bila dapat bersama Aroha... walaupun kami dipisah jurang dimensi yang berbeza.
Sya,
Saya suka bertemu dengan awak, itu tanggapan yang saya letak pada awak, lepas kita berpisah depan balai polis hari tu.
Sebab tu, walaupun saya tahu saya artis, saya tetap ingin rapatkan jurang antara kita, kerana saya suka berbual dengan awak.
Sya,
Untuk kata terakhir ini, saya nak awak ingat kata-kata ni..
"Wanna be your star! Nega Cha Eunwoo, Astro imnida!~"
Jika awak nak, saya sudi jadi bintang untuk awak,
Sya.<3
Dari, 차윽우 (Cha-Eun-Wu)
Aku hanya tersenyum kecil sebaik melihat nama dia dalam tulisan hangul tu yang tertulis di akhir kata.
Semerta saja mindaku diterjah kembali kata terakhir darinya semalam.
"Nanti jangan lupa support comeback kitaorang ya,"
"Jangan lupa tonton mv Hide&Seek, saya jamin lepas tengok mv tu awak pasti akan jatuh cinta dengan Astro."
"Jangan berhenti sokong Astro. Semangat kami ada pada kamu,"
"Jalga, pastikan nanti awak tak hanya kenal Lee Min Ho, Sya. Saya tunggu awak turut kenal Astro. Jangan lupa kami.."
Senyum yang diukir makin aku mekarkan bila kata dia yang satu itu berjaya mengusik hati aku.
Lee Dong Min ni, anti betul dia dengan Lee Min Ho aku.
Tapi aku mengaku, kerana dia, aku mula kenal siapa Astro malah siapa Cha Eun Woo.
Malah di saat ini juga, aku mula terjatuh ke dalam lubang cinta yang digali Cha Eun Woo buat peminatnya.
Semuanya kerana pertemuan tak sengaja aku dengan Lee Dong Min.
Kerana pertemuan ini juga, jurang yang tercipta antara kami berdua, makin dirapatkan.
.모모:tamat.
*note: Tamat sudah kisah yang entah apa-apa ini. Aku buat story ni sebab idea datang secara spontan malah tak diundang. Sebab tu setiap bab sekerat-sekerat je.
By the way, do you know Abyss, yep lagu Jin but heollo weh, takkan Jin buat lagu tak ada maksud?
Yup, maksud Abyss dalam story ni adalah JURANG. Yup, jurang yang tercipta antara dua dunia, namun cuba dirapatkan kerana ingin saling mengenali.
Wah~ penuh gramatis ayat aku but aku cuma nak cakap, point story ni dituju pada orang yang tidak meminati seseorang namun once aura si dia berjaya memikat, buatkan hati terus melekat. K, itu je.
Then, di bawah ni cover untuk story ni...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Title:Abyss Genre:Short Story Theme:Fanfiction Status:Complete Date of Created and Done:19/4/2021
Description:
—Jurang yang tercipta, cuba dirapatkan kita...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.