PENGENALAN

18 0 0
                                    

Hai. Aku erm, boleh kenal aku sebagai Deliscia. Untuk menyenangkan yawlss, boleh sahaja panggil aku Lis. Aku berumur 17 tahun ,bakal mencecah 18. 'BAKAL' okey?

Aku sebenarnya ex FORM 5 PRO MAX tau, baru sahaja habis SPM Mac lepas. Which was on 16 of Mac. And the last day of the exam, Biology's papers. Fuhhh~ Finally, I did it yawllss !! Hahaha.. Buat yang sehabis baik pun dah cukup memadai. Tapi takdelah macam letak harapan untuk dapat A terus. Dalam mimpi je lah tu~

Anyways, I hope yawllss do enjoy kisah aku sepanjang aku bersekolah di peringkat menengah. Yaaa, aku tahu ramai di antara yawllss mesti merasai seperti apa yang aku rasa masa tu en en en?? Takyah nipu laaa. Aku perempuan juga. Aku faham kaum kaum aku ni. Tapi tegas aku nyatakan di sini yang aku ni sebenarnya seorang yang introvert. Remember, being an introvert does not mean that you are socially anxious or shy. Wanna to know more about these? Here the link,
https://www.verywellmind.com/signs-you-are-an-introvert-2795427
FEEL FREE TO READ 'EM ☘️

Okey, dalam story ni aku akan cuba untuk ceritakan balik, serba sedikit apa yang masih bersisa dalam kepala otak aku ni tentang ex crush (s) Aku sepanjang tahun 2016 hingga 2020. 2021? Naahh, takde kot. Malaih laa. Buang masa. Tapi, kalau ada?😳

Sebelum itu, aku ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Kamilia selaku penerbit utama Majalah Remaja edisi 2021. Ini kerana, beliau telah berbesar hati mencadangkan bahawa karya sulung aku ini perlu dikongsikan kepada remaja di luar sana. Tujuannya bukan hanya semata untuk mengongsikan kisah sendiri yang menarik. Malah, untuk menarik para remaja di luar sana untuk melahirkan minat untuk menulis dan mencipta sebuah penulisan. Bagus, bukan?

Bagi sesiapa yang telah lama meminati Majalah Remaja, bagi edisi ke 2021, pada bulan lepas, penulisan aku yang pada awalnya aku suka suka sahaja untuk menulis lalu berkongsi kisah aku dengan semua pembaca majalah tersebut. Tidak tersangka pula, seminggu kemudian, Puan Kamilia menelefon aku dan menyatakan hasratnya. Di mana beliau ingin penulisan aku yang baru lahir itu ingin dikongsikan melalui buku dalam talian yang dinamakan Wattpad. Sungguh aku tidak mengetahui sebelum ini pasal kewujudan aplikasi tersebut. Rupa rupanya buku talian! Jadi senanglah untuk aku, kita semua untuk membaca. Tak kita di mana sahaja kita berada. Tapi tidak semestinya aku melupakan buku. Paling aku suka novel! Pantang ada duit lebih, terus berbakul novel aku borong. Hahah! Tak adalah sampai begitu. Kita mestilah pandai berjimat-cermat tahu dok? Demi masa depan juga.

Jadi, untuk karya sulung aku yang diberi tajuk, DIA YANG BERGELAR CRUSH harap dapat menceriakan hari hari anda. Ingat pasal crush ni jangan selalu sangat. Terlalu berharap nanti aku, kau sendiri yang akan sakit. Tapi, yaa mereka hanya crush atau seseorang yang kita suka tanpa mereka mengetahui siapa yang menyukai mereka dalam diam. Remember, CRUSH IS CRUSH. THEY WILL NEVER..NEVER UNDERSTAND US. Kalau kau bertuah, memilih crush yang sememangnya ada hati dekat kau, wah you are so LUCKY! Wajarlah kita sakit hati pasal lepas dapat tahu yang crush kita sendiri ATAU orang yang kita suka DALAM DIAM mempunyai pasangan. Atau lebih senang, "Dia dah taken!"

Sakit hati en? Tapi tidak mengapa. Kumpullah banyak mana selagi mereka itu tidak menyakiti hati kau. It's about our happiness! Rekalah sesuatu yang menggembirakan hati kita selalu. Kalau selalu mendung je hati tu, tiada siapa yang nampak, jadi mereka tak dapat nak tolong. Lebih baik kita sendiri yang jalankan operasi 'Bahagiakan Hati Sendiri'. Hahah! Tak baik juga tau kalau moody je selalu, nanti depress? Stres? Siapa susah? mama dengan papa juga yang risau nanti. Eii aku ni dah macam doktor cinta pula. Eh doktor untuk orang yang ada crush je ni. Hmm. DOKTOR KERUSH. Hahah! Takpe, bakal...bakal ;)

Dia Yang Bergelar CRUSHWhere stories live. Discover now