Bab 1

218 17 2
                                    

Semua pelajar berkumpul penuh didepannya saat ini. Melihat apa yang terjadi sekarang. Mungkin ini penamat baginya.

Malu, sememangnya malu namun apa yang perlu dia lakukan dalam situasi sebegini. Menyorok dibawah meja kantin? atau melarikan diri seperti pengecut.

"Nurul Amira Binti Saat, Maaflah aku memang tak ada rasa suka pun dengan kau. Bukan rasa ja, langsung tak terpikir pun yang kau akan suka pun dekat aku" Bangga sungguh lelaki ini bila berkata.

Tak terima perakuannya, tolak sajalah. Tak perlu kut lelaki itu menjerit bagai seolah memberi arahan untuk kawad sekolah.

Amira mengetap bibir sambil tangan digenggam.

"Zafiq!, Kalau ye pon, boleh selesaikan benda ni secara elok kan. Perlu ke sampai nak bagi orang berkumpul tengok kita macam ni sekarang?" Amira berkata dengan keras.

Lelaki yang bernama Zafiq itu gelak dengan mengejek. Dia menjeling mata keatas.

"So? Ada nampak aku kisah?."

So Childish!!

Amira mengecilkan mata.

"Kau jangan ingat aku heran sangat kalau kau tolak aku. Aku luah sebab aku nak rasa lega kat hati aku ni. Kau terima ke tolak sama ja. Hati aku tetap lega, sebab dapat lepas apa yang selama ini aku pendam" Amira melihat orang disekelilingnya.

Orang disitu ada yang berbisik, bergelak ketawa dan ada yang sedang meremehkan Amira.

Antara dia dan Zafiq, sudah tentu
orang akan menyokong Zafiq sebab lelaki ini mempunyai segalanya melainkan dia.

Anak dari keluarga golongan sederhana, gemuk, dan hodoh pulak tu. Zafiq akan menang jugak. Baik dia pergi meninggalkan tempat itu seperti pencundang. Dia harus mengalah.

"Amira, Kau perlu sedar diri, kau tu pelajar yang terbuang. Kau musuh je banyak, kawan?." Zafiq berdecit.

" Sedih betul hidup kau ni. Tak pernah buat apa pun dah penuh musuh. Satu batch kau pulau kau. Kawan pun tak ada, kalau ada pun semua gunakan kau. Kau sedar tak?. Dan kali ini, aku akan tambah kisah sedih kau dengan aku tolak cinta kau" Zafiq gelak dengan kuat.

Beberapa pelajar turut ketawa bersama. Apa yang lucu sangat pun tak tahu. Amira hanya bertahan. Kalau dia menangis, orang disitu menganggap dirinya lemah. Akhirnya dia turut ketawa. Dan giliran mereka semua terdiam termasuk Zafiq.

"Eh? kenapa korang tak gelak?. lawak la. Lawak bila otang tu dijatuhkan dengan satu kekurangan. Lawak bila orang menindas rakan sekelas atau pelajar yang lain. Lawak bila dapat menjatuhkan maruah seseorang di khalayak ramai. Lawak!!" Satu persatu titisan air mata jatuh mengalir di pipi.

Mereka semua terdiam. Tak mampu mengeluarkan kata dari mulut mereka yang lancang itu.

"Terima kasihlah sebab sedarkan aku, Zafiq. Aku dah cakap dari awal. Kau terima atau tak, tak ada effect apa-apa bagi aku. Aku taknak pendam. Aku jatuh hati dekat kau sebab aku pikir kau ikhlas kawan dengan aku. Ikhlas bantu aku masa aku jatuh basikal haritu" Amira menarik nafas sambil mengumpulkan kekuatan

"Aku jatuh hati dekat kau dengan mudah sebab aku tak pernah rasa pengalaman berkawan. Aku tak pernah ada kawan Zafiq. So aku tak boleh nak bezakan perasaan aku samaada cinta atau kawan. Kenapa kau tak buka, baca surat tu sampai habis. Kenapa kau memilih untuk malukan aku?. Kalau dengan memalukan akan akan buat hati kau senang, Aku sanggup sebab demi kawan aku. Tapi This is to much. Cukup. Aku akan pergi.Tolong baca isi surat tu sampai habis.".

Selesai sahaja dia lepaskan apa yang terbuku didalam hatinya saat itu. Dia terus berjalan keluar dari kawasan kantin itu. Dia masuk ke kelas dan mengambil begnya.

Cinta Yang HilangWhere stories live. Discover now