Sudah tak sanggup dia sekolah disini. Hanya kerana dia berbadan gempal dan memiliki hati yang lembut, semua orang disitu mengambil kesempatan keatas dirinya.

Baru sahaja kakinya menjejak tanah diluar sekolah. Dia seakan tendengar seseorang memanggilnya dari belakang. Namun apabila dia menoleh, Orang itu tiada. Mungkin hanya Imajinasinya.

 Mungkin hanya Imajinasinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Weh, Riff. Kau tengok perempuan tu, Cantik kan?" Kata Amin sambil menunjukkan jarinya kearah seorang wanita yang berpakaian ketat berada selang tiga meja dari mereka.

Zhariff hanya mengerling.

" Kita datang sini nak belajar Amin. bukan usya awek." Amin mencebik.

Zhariff mengambil satu buku dan meletakkan dihadapan Amin. Aiman dan Ah Chai terkekek gelakkan Amin apabila Zhariff tidak memperdulikan lelaki itu.

"Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai pangkal lengan. Alang kita belajar, sambil tu usya awek." Amin menongkat bahunya sambil melihat gadis itu tadi.

" Kami belajar, kau usya awek." Jawab Aiman.

Zhariff mengelenggkan kepala.

" Zhariff, U jangan ambil peduli dengan si Amin. Otak dia bukannya betul" kata Ah Chai sambil meminum air lemon tea yang sudah cair.

Zhariff mengangguk perlahan. Dia menyambung tugasnya. Aiman dan Ah Chai mengikuti Zhariff untuk menghabisi pembelajaran mereka dengan segera.

Amin bangun dari kerusi lalu berpindah ke meja gadis yang dia lihat. Zhariff hanya mengekori Amin dengan pandangan mata. Buku yang tebal dia hempaskan keatas meja.

" Ini koranglah! Nak sangat si Amin tu join kita. Kata tolong dialah apa lah. Ini kerja dia kita kena buat, dia pergi mengatal." Zhariff berdecit.

"Sorrylah, aku pikir dia betul-betul nak belajar dengan kita." Kata Aiman. Ah Chai mengangguk perlahan.

Zhariff bangun lalu mengemaskan barang-barangnya. Topi yang diletak cantik di kepala, dibetulkan. Aiman mulai panik.

" Eh u mau pergi mana? Aiyaa, sabarlah Zhariff. Amin takmau belajar tapi kita mahu" Ah Chai cuba memujuk Zhariff.

Zharif melepaskan nafas dengan kasar. Kalau ikutkan hatinya yang tengah panas mungkin dia sudah pergi meninggalkan tempat itu. Namun kasihan akan mereka berdua ini, disebabkan seekor lalat mereka pulak menjadi mangsa.

Dia kembali duduk di tempatnya. Mereka kembali belajar seperti biasa. Tidak lama kemudian seorang pelayan datang kearah mereka.

"Order?" Soal pelayan itu.

"Dah order." Aiman menjawab dengan lembut.

"Makan tak ada?" Soal gadis itu lagi.

"Tak ada" jawab Zharif dengan nada keras.

Orang tengah sibuk belajar, banyak soal pula perempuan ini. Zharif memberikan tatapan tajam buat gadis itu.

Gadis itu menghela nafas. Dia menaikkan bebola matanya keatas apabila lelaki yang bertopi itu memberikan pandangan yang tajam.

"Okay," Baru sahaja gadis itu ingin pergi, tiba-tiba lengannya ditarik oleh seseorang.

" Eh gemuk.." Mereka bertiga mengangkat pandangan. Terlihat ada seorang gadis berbadan chubby berdiri dihadapan mereka dengan memakai topi

 Terlihat ada seorang gadis berbadan chubby berdiri dihadapan mereka dengan memakai topi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Amira menjelingkan mata. Satu persatu masalah yang menimpa dirinya. Tadi di sekolah kena hina dengan orang ramai. Kini si gedik Maisara itu mahu memalukannya di tempat kerja pula. Apalah masalah yang dicetuskan oleh Maisara kali ini.

" Aku dengar kau bagi surat Cinta kat Zafiq." Maisara tersenyum sinis.

" Aku tak sangka, badan macam ni pun.." Maisara melihat tubuh Amira dari atas hingga bawah dan terus mengukirkan senyuman sinis.

" Apa yang kau nak cakap? Boleh tak jangan tergantung. Apa kau nak kata orang yang badan besar macam aku ni tak boleh jatuh cinta atau rasa apa itu cinta?" Maisara gelak besar.

Amira menjeling. Kenapalah dia perlu hadap orang yang perangai sama seperti Maisara ini. Bukan sekali tapi dah beribu kali. Letih tak terkata.

"Kau faham pun maksud aku. Aku ingat kau ni jenis tak sedar diri. Bagus, nampaknya cermin dekat rumah kau tu berguna."

Amira mengeluh. Dia melihat sekeliling. Memang tidak ramai orang yang memandang mereka atau melihat mereka kini. Namun mereka semua ini ada telinga. Mestilah mereka curi dengar. Takkan taknak tengok WWE percuma. Tak dapat tengok, dengar pun jadilah kan.

Maisara masih berada dihadapan Amira tanpa berganjak sedikit pun. Nampaknya Amira yang perlu mengundur diri. Mengundur diri bukan mengaku kalah tapi menjaga maruah dihadapan khalayak ramai ini.

Amira berpaling dan sudah menetapkan langkah mahu pergi dari situ. Mahu dia tinggal orang utan dengan konco-konconya disitu. Baru beberapa langkah, dia ditarik ke belakang lalu ditolak dengan kuat.

Amira terkejut akan tindakan drastik Maisara. Dia hanya redha sekiranya badannya menghempas bumi. Namun apa yang diduga tidak terjadi. Bukan Amira seorang yang jatuh tapi dua orang. Lelaki yang bertopi itu turut bersama.

Ingatkan dia takkan jatuh kedebuk. Jatuh juga. Extra dengan penyelamat lagi. Amira segera menolak lelaki itu dari badanya.

Gila kau. Memang la mamat ini hensem namun hukum hakam agama jangan lupa ya..

Lelaki bertopi itu bangun dan berdiri menghadap Maisara. Maisara tersenyum sinis sambil memintal rambutnya. Amira mengosok belakang yang begitu sengal akibat jatuh tadi. Dia memanjangkan leher melihat lelaki itu tapi tidak lama kemudian dia dapat merasakan aura yang panas.

" Eh...awak handsome la... Emm... Jum kita pergi kat belakang minum air kosong." Hujung lengan baju lelaki itu dia tarik.

Sebelum ada lebih banyak pergaduhan baik dia elakkan. Lelaki itu hanya mengikuti langkah Amira. Dia tahu gadis ini mahu mengelakkkan sebarang pergaduhan.

Maisara tersenyum puas. Nampaknya ada cerita hit yang perlu dia sebarkan di sekolah esok. Kan fitnah lebih kejam dari membunuh. Sekurang-kurangnya membuat cerita takkan diberikan hukuman penjara seperti membunuh. Tapi dia tak fikir hukuman di akhirat lebih dasyat dari hukuman di dunia.

Cinta Yang HilangWhere stories live. Discover now