Prolog

340 28 4
                                    

Langkah demi langkah dia ambil. Kaki yang berjalan tanpa memikirkan tempat untuk dituju. Perut yang makin membesar itu diusap dengan lembut. Tangisannya makin kuat apabila tergenangkan si dia.

"Aku Benci Kau Zharif" Jerit Amira.

Dia tersungkur. Kini dia menjadi insan yang paling lemah. Dia sudah tidak seperti dulu. Amira meraung dengan sepenuh hati dia jalan sunyi. Dikelilingi pokok-pokok disekitarnya.

"Auch" Amira segera memegang perutnya apabila terasa tendangan.

Dia menarik senyuman. Dia mengumpulkan kekuatannya untuk kembali berdiri. Air mata yang penuh dipipi dihapuskan dengan kasar.

"Maafkan ibu sayang, Ibu ingat ibu lemah. Ibu terlupa yang baby ada dengan ibu sekarang. Ibu terlupa yang baby ibu ni, kekuatan ibu" Amira kembali mengaturkan langkah.

" Ibu janji, kita sama-sama akan hadapi ujian ini. Ibu dah tak ada siapa-siapa selain baby. Ibu ada baby sorang ja. Cinta ibu dah hilang sayang. Baby saja Cinta ibu"

"I love you anakku".

************

" Akhirnya..berambus jugak perempuan tu. Puas hati aku." Puan Maznah tersenyum sinis.

Sekarang dia sudah begitu puas dengan apa dia lakukan kepada anak menantunya. Dia langsung tidak sedar perkara yang dia lakukan sekarang akan mendatangkan keburukan kepada dirinya sendiri.

"Betul tu mak, perempuan gemuk macam Amira tu memang tak layak dengan Abang. Macam manalah diorang boleh kenal?. Syikin cukup malu ada kakak ipar macam dia" Asyikin Fazmi. Siapa yang tak kenal dengan gadis bermulut lancang itu.

Asyikin menarik bahu Puan Maznah untuk mengambil tempat di sofa. Television segera dia pasang. Baru sahaja Puan Maznah hendak menutup mata. Tiba -tiba...

Bang!!!

Pintu hadapan dibuka dengan kasar. Seorang lelaki masuk kedalam rumah sambil melihat sekeliling. Puan Maznah menelan air liur dengan kasar. Belbagai perasaan yang berada di hatinya sekarang.

"Mana Amira?"

Asyikin menarik badan Puan Maznah kehadapannya untuk melindungi dirinya dari amukan lelaki itu.

" Mana Amira?! Kau buat apa dengan dia?" Puan Maznah mengetap bibir.

*******

" Zharif cepatlah bangun. Tolonglah. Kesian dekat amira. Kau tahu tak? Dah dekat 7 bulan Amira mengandungkan anak kau. Dia dengan anak kau tunggu kat Malaysia. Tunggu kau balik" merayu seorang perempuan berumur 20an disitu.

Tangannya tidak lepas dari tangan kasar Zharif. Dia menundukkan kepala. Sudah dekat 3 bulan lelaki itu tidak sedarkan diri.

Dia pun tidak tahu untuk membuat apa. Sudah banyak cara dia lakukan untuk lelaki itu sedarkan diri namun tiada reaksi dari lelaki itu.

"Solusi apa lagi aku nak buat untuk kejutkan kau Zharif" gadis itu meraup rambutnya kebelakang.

Baru dia teringat akan satu video yang mungkin akan membuat lelaki itu tersedar. Mungkin dengan video ini mampu membuat Zharif kembali.

Telefon pintarnya diambil lalu dia menekan butang play di video.

"I love you suamiku, genap setengah tahun kita dah kawin Encik suami. Sebenarnya Mira tak expect yang perkahwinan kita akan bertahan sampai sekarang. Dari ujian mak tak restu sampai Encik suami kena terbang pergi ke bumi London. First tu Mira..". Amira cuba menahan sebak.

" Mira kalau boleh nak Encik suami mira sentiasa ada dengan Mira Tapi.. Mira tak ada pilihan. Ini cita-cita Encik suami. Mira sayang Encik suami. Encik suami , mira nak minta Encik suami tolong ingat Mira, simpan Mira baik-baik dalam hati Encik Suami. Tolong Jaga Cinta kita ya Encik suami. Jangan hilangkan Cinta kita. Balik dengan cepat sebab Mira ada hadiah Untuk Encik Suami.".

Dari video itu Amira terlihat bangun dari kerusi lalu membuka jaket yang dari tadi membaluti dirinya. Perut yang sedikit terlihat besar diusap.

" Mira dan Baby akan selalu tunggu Encik suami"

Video terpadam.

"Amira.." Suara yang serak itu menarik perhatian gadis itu.

"Geisha.. Aku nak jumpa Amira" Zharif cuba untuk bangun namun ditegah oleh Geisha.

" No! U cant. Kau gila ke?. Kau dah tak sedar 3 bulan and sekarang kau baru je sedar kau nak cari Dia!. Kau boleh berehat dulu tak?" Geisha meninggikan sedikit nadanya.

Zharif tergelak sinis.

"Aku nak kau keluar dari bilik ni." Geisha terkedu.

" Aku dah tahu Sha apa yang kau buat selama ni. Aku tak sangka. Kau kawan baik Amira, sanggup buat macam itu dekat Amira" Geisha mengigit bibir. Rahsianya sudah terbongkar.

" Sebab kau Cinta aku dah hilang.."

Cinta Yang HilangWhere stories live. Discover now