Bab 1

12 1 2
                                    


"Otoyan, sebenarnya kita nak pergi ke mana?" Tanya Reiji kepada lelaki yang duduk di sebelahnya sewaktu dia sedang memandu kereta berwarna hijau keluar dari kawasan tempat tinggal STARISH. Beberapa hari lepas, mereka berdua telah bertemu di Shining Academy setelah STARISH dan QUARTET NIGHT dipanggil oleh Shining Saotome. Tamat saja perjumpaan, Otoya datang bertanyakan sama ada Reiji memiliki jadual yang padat hujung minggu ini. Setelah mengesahkan kekosongan masa yang ada, dia mengajak lelaki berambut ikal paras bahu itu meluangkan masa bersamanya. Namun, Otoya langsung tidak memberitahu aktiviti yang akan mereka lakukan. "Siap minta saya bawa baby lagi. Apa yang awak sembunyikan daripada Rei-niichan, hah? Hah?"

"Ehehe...macam mana saya nak mulakan, ya? Saya segan," ucap pemuda berambut merah yang menjadi pemandu arah untuk perjalanan mereka pada hari itu. Dia memegang lehernya sambil menundukkan wajah ke bawah sebagai tanda malu. Pipinya menjadi merah tanpa sebab. Reiji mengerutkan dahi melihat tindak-tanduk junior yang telah dianggapnya sebagai adik sendiri sebelum kembali mengarahkan pandangan ke atas jalan raya di hadapan.

"Apa yang awak nak malu, Otoyan? Awak kata awak anggap saya macam abang kandung. Seorang adik yang baik takkan rahsiakan apa-apa daripada abang dia, kan? Bukannya apa yang awak cakap boleh buat saya terkejut--"

"Saya dah ada teman wanita," sengih Otoya.

Sebaik saja mendengar pernyataan itu, Reiji menekan brek secara tiba-tiba membuatkan kenderaan itu berhenti secara mengejut. Mujurlah mereka baru saja membelok ke sebuah jalan raya yang luas dan tiada kenderaan mengekori mereka secara rapat, jika tidak mungkin akan berlaku sebuah kemalangan kecil. Otoya mengeluh seketika sebelum mula merungut.

"Huh...Rei-chan, apa maksud tadi tu? Kenapa awak tekan brek secara mengejut? Kalau jadi apa-apa sebentar tadi--"

"SAMPAI HATI AWAK, OTOYAN!"

"Eh?"

"Berapa lama dah awak simpan rahsia ni dari saya? Siapa dia? Macam mana kamu berdua boleh kenal? Cantik tak orangnya? Bila awak nak kenalkan dia kepada saya? Otoyan!" Reiji menggoncang bahu Otoya dengan kuat sambil bertanyakan soalan bertubi-tubi sebelum sempat pemuda berambut merah itu menjawab. Dia benar-benar tidak menyangka lelaki itu akan mempunyai seorang teman wanita dan dia langsung tidak mengetahuinya.

Otoya tersengih lalu cuba menenangkan abangnya. "Rei-chan, bawa bertenang. Saya akan ceritakan satu persatu sebentar lagi. Tapi boleh tak kita teruskan perjalanan? Saya janji dengan dia akan sampai ke rumah untuk makan tengahari tapi sekarang dah pukul 11.30 pagi," katanya sambil melihat jam yang tertera pada kenderaan itu.

"Ah, jadi kita sebenarnya dalam perjalanan menuju ke rumah dialah? Baiklah! Serahkan semuanya kepada Reiji-niichan! Saya tak akan biarkan teman wanita Otoya menanti begitu lama untuk bertemu dengan abangnya," ucap Reiji sambil mengenyitkan mata kepada pemuda yang berada di sebelahnya sebelum kembali menghidupkan enjin kereta. Otoya mengerutkan dahi melihat telatah seniornya sebelum mengukir senyuman di bibir. Asalkan awak bahagia, Rei-chan, tutur pemuda itu di dalam hati.

"Baby, saya rasa Otoyan belum pernah tengok kemampuan sebenar awak, kan? Waktu macam ni lah masa yang sesuai untuk kita tunjukkan pada dia!"

"Hah? Apa maksud awak--AHHHHHHH!!!!!!!"

Kereta Beetle berwarna hijau itu meneruskan perjalanan mereka dengan memecut laju di atas jalan raya.

***

"Inilah rumahnya," kata Otoya setelah mereka tiba di hadapan pintu sebuah apartment. "Biar saya mesej dia untuk bagitahu yang kita dah sampai."

"Tak payahlah, Otoyan! Alang-alang dah sampai lambat dari yang sepatutnya, kita berikanlah dia kejutan. Semestinya dia tak akan marah bila tengok jambangan besar bunga ros kesayangannya di depan mata, betul tak?" Ujar Reiji dengan wajah ceria. Dua lelaki itu tiba di situ pada pukul 1 tengahari setelah Reiji bertegas ingin memberikan sesuatu kepada teman wanita Otoya sebaik saja mereka bertentang mata. Atas cadangan Otoya, mereka singgah di sebuah kedai bunga segar untuk membeli bunga ros kesukaan gadis itu.

Otoya tersenyum lalu membatalkan hasratnya sebentar tadi. "Sekarang ni nampak macam awak yang nak jumpa teman wanita awak, bukan saya Rei-chan," katanya sambil menekan loceng pintu apartment itu. "Awak kena cepat-cepat cari satu untuk diri sendiri," usiknya.

"Hei, janganlah buat saya cemburu! Bukannya saya tak cari, tapi saya masih belum berjumpa dengan orangnya," tutur Reiji sambil mengeluh. Dia masih teringat akan peristiwa yang berlaku pada musim luruh tahun lepas. Selepas kejadian itu, Reiji cuba untuk bertemu dengan bidadarinya sekali lagi dengan melalui tempat itu setiap kali dia mempunyai tugas di kawasan berhampiran. Namun, insan yang dinanti langsung tidak muncul. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia berputus asa mencari figura misteri yang berkemungkinan adalah mainan imaginasinya semata-mata, fikir lelaki itu.

Ketika Reiji dibuai dengan kenangan lalu, pintu apartment itu akhirnya terbuka lalu mengembalikan dia ke alam realiti. "Otoya! Aw--" Suara seorang gadis terhenti sebaik saja dia melihat jambangan bunga ros merah dihulurkan kepadanya.

"B-Bunga ni...?"

"Kepada Itsumi Farhana-chan, gadis yang berjaya mencuri hati Otoyan. Salam perkenalan daripada Kotobuki Reiji--"

Dia gagal menghabiskan kata-katanya sebaik saja melihat wajah gadis itu. Jambangan bunga ros yang dihulurkan sebentar tadi jatuh ke lantai sebelum sempat disambut oleh wanita yang berada di hadapannya. Otoya yang memerhatikan dari belakang terkejut melihat apa yang berlaku. "Rei-chan?"

Rambut itu.

Wajah itu.

Kecantikan itu.

Tidak syak lagi.

Dia adalah bidadari yang dicari-cari oleh lelaki itu selama ini.

Cebisan Masa [SLOW]Where stories live. Discover now