~Prolog~

13 2 0
                                        

???'s pov :

"Kejar dia!" jerit seorang lelaki.

    "Jangan biarkan dia terlepas!" jerit seorang wanita pula.  Terdapat sekumpulan orang yang sedang mengejarku. Aku terus berlari tanpa memandang belakang. Tiba², aku dapat merasakan seseorang menarik tanganku dan menolakku ke tanah. Tangan itu kemudian memusingkan badanku supaya belakang badanku menghadap tanah. Dia kemudian mengacukan pisau ke arahku.

    "Kau sudah nampak apa yang kami sedang lakukan tadi, bukan?” tanya seorang lelaki masih mengacukan pisau ke leherku. Kemudian, kawan²nya yang lain datang ke arah kami. Ada yang sedang memegang pistol, ada yang sedang memegang senapang.

Sebelum ??? dikejar :

???'s pov :

Aku baru pulang daripada kelas tusyen malam yang diadakan di sekolah. Aku pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Ketika aku melalui sebuah jalan yang gelap, tiba² aku terdengar bunyi tembakan dan orang menjerit. Aku ingin lari, tapi juga ingin tahu. Kemudian aku berjalan ke arah bunyi tadi.

    Sebaik sahaja aku sampai ke lokasi bunyi tadi, aku terkaku. Aku ternampak sekumpulan orang sedang memegang senapang, pistol dan pisau.
Aku juga ternampak beberapa orang mayat sedang terbaring di lantai. Kemudian, salah seorang daripada mereka terlihatku.

    "Woi!" Jerit orang itu. Kumpulan itu lantas melihat ke arahku. Aku terkejut dan takut. "Jangan lari!" jerit salah seorang daripada mereka. 'Orang dah takut, takkanlah nak diri kat sini je, kan_-?’. Aku terus lari dan mereka pun mengejarku.

Kembali ke situasi tadi :

"Y-ya..." jawabku tergugup-gugup.

    "Jadi nampaknya, kami terpaksa bunuh kau," kata lelaki itu sambil tersenyum sinis.

    Sebelum lelaki itu sempat membunuhku, aku terdengar suara seorang wanita.

    "Tunggu!" kata wanita itu.

    "R-raven Claw.." lelaki itu tergugup. Dia kemudian memundurkan diri untuk memberi ruang kepada wanita yang dipanggilnya 'Raven Claw' itu.

    "Aku tak rasa kita patut bunuh dia," ujar wanita itu.

    "K-kenapa?! Kalau kita lepaskan dia, dia mungkin akan laporkan tentang kita kepada polis!" bantah lelaki tadi.

    "Aku tak kata kita nak lepaskan dia," katanya sambil menjeling lelaki tadi.

    "Aku nak offer dia untuk ikut turut serta dalam agensi kita," dia berkata sambil tersenyum kepadaku. Aku menelan air liur yang terasa kelat di tekakku.

    "Kau nak tak ikut agensi kami? Kalau kau tolak, kami terpaksa bunuh kau. Jadi, kau pilih. Terima atau mati?" Dia memandang tepat mataku.

    Fikiranku buntu. Patutkah aku ikut mereka? Setelah melihat apa yang mereka telah lakukan tadi? Atau, haruskah aku menolak dan mati di sini?

    ...

    "Aku pilih untuk..."

Hi, guys! Thank you for reading this! Kalau korang suka dan ingin tahu apa yang bakal terjadi, jangan lupa untuk follow dan tunggukan episod yang seterusnya!💕

Little AssassinOnde histórias criam vida. Descubra agora