Chapter 17

540 37 8
                                    


Setelah lama menunggu,akhirnya kelopak matanya terbuka. Matanya mengecil sedikit akibat lampu siling yang menyilaukan. Dia melihat sekeliling. "Sini..."

"Boboiboy dah bangun!!"kata satu suara yang dikenalinya.

"Betul ke Yaya?! Baguslah!!"kata lagi satu suara perempuan.

Fang datang mendekati katil Boboiboy dengan riak wajah yang sangat lega. Namun,sebaik saja melihat wajahnya,dia mula terkejut.

"Boboiboy...kenapa kau..."suara Fang menarik perhatian yang lain. "...menangis..?"

Semua orang yang berada dalam bilik itu terkejut mendengar kata kata Fang. Rev perlahan lahan mendekati Boboiboy. "Boboiboy..."

Tiba tiba Boboiboy memeluk Rev erat erat lalu menangis sekuat hati. Rev juga terkejut melihat kelakuan Boboiboy. "Ke..kenapa ni?"

Boboiboy diam saja dan teruskan menangis. Melihat keadaan itu,Rev hanya membalas pelukan Boboiboy dan mengusap belakang Boboiboy dengan lembut,sebagaimana ibunya buat dulu.

Beberapa minit kemudian,Boboiboy sudah berhenti menangis. Namun pelukannya masih lagi tak lepas mahupun melonggar.

"Kenapa kau menangis ni?"tanya Rev sekali lagi.

Boboiboy menarik nafas panjang sebelum bersuara. "Tadi..aku jumpa mak...".

Rev terkejut mendengar kata kata Boboiboy. Walaupun mustahil,siapa tahu kuasa Tuhan?

"Mak kata..." air matanya mula bertakung dalam mata. "Mak kata mak sayang kita.."katanya dengan gembira namun air matanya tetap jatuh.

Rev tersentak mendengar ayat itu. Akhirnya,air matanya turut gugur. "Macam tu ke..?"katanya sambil tersenyum.

Tiba tiba Kokoci mendekati mereka lalu bersuara,"Maafkan aku,aku bukan nak menyibuk ke ape tapi..Boboiboy,kenapa kau tak bagitau kitorang pasal kuasa kau tu? Kitorang dah lama cari kuasa tu supaya tak jatuh ke tangan yang salah. Nasib baik kau sertai tapops sebelum sesiapa dapat kau."

Boboiboy menundukkan kepalanya. "Maafkan aku..aku rahsiakan benda ni sebab aku dah janji..."

Kapten Kaizo melangkah ke depan untuk mendapatkan penerangan. "Kau janji dengan siapa?"tanyanya.

"Dengan aku."

Perhatian semua orang tertumpu kepada pintu bilik. Semua orang terkejut melihat pemilik suara itu. Tak sangka dia akan muncul di sini.

Dia mendekati katil Boboiboy lalu mengusap kepalanya. "Kamu dah buat yang terbaik untuk pegang janji tu."

Mendengar ayat itu,air matanya mula bergenang(Boboiboy: apehal aku banyak menangis dlm buku ni?!
Author:jangan salahkan aku jalan cerita macam tu😙)

Dia memeluk Amato dengan erat sekali. Pada mulanya,Amato agak terkejut namun tetap membalas pelukan itu.

Semua orang di situ kecuali Rev terkejut melihat situasi itu. Berani ek budak tu peluk orang terkuat tapops?

Sebagai seorang kawan baik,Fang segera menegur Boboiboy. "B..Boboiboy! Kau tau tak kau tengah peluk siapa?!"

Amato mengangkat tangan kirinya pada Fang tanda menyuruh dia berhenti. "Takpe. Biar dia tenang dulu."

Selepas beberapa minit dalam keadaan yang sama,Boboiboy melepaskan pelukannya lalu mengelap air matanya yang masih kelihatan.

"Boboiboy,kenapa kau main peluk je orang terkuat tapops?"tanya Fang lagi sekali.

Kemudian Gopal pula menyibuk. "Kau ingat dia ayah kau ke?"

Boboiboy membuat muka hairan. "Kenapa? Aku takkan peluk dia kalau dia bukan ayah aku."

𝐄𝐋𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐌Where stories live. Discover now