Chapter 12

670 49 6
                                    


Q͟u͟i͟c͟k͟ a͟/n͟:

Buku ni dah nak habis dh,sbb author rasa sambungan dia macam tk logik... Tapi korang boleh pilih,sama ada buku ni ada lagi satu chapter and chapter ni la yg last,atau nak sambung lagi tiga atau empat chapter atau lebih. Comment kat bawah pendapat korang ye😉

Ok back to the story~

Trio Trouble Maker sedang bermain dengan Reverse yang masih lagi baru di stesen tapops. Tak lama lepas tu,keempat empat mereka rasa bosan dan mula berfikir apa aktiviti yang boleh mereka lakukan untuk masa yang terluang. Tiba tiba,Reverse memetik jari tanda dia sudah dapat idea. Ini membuatkan perhatian 3 ahli TTM dituju kearahnya.

"Korang nak prank abang abang korang tak?"tanya Reverse sambil tersengih.

Blaze memandang lagi dua orang ahli kumpulannya lalu mereka tersengih serentak. Dan kekecohan dalam kapal akan bermula...



Kelihatan Halilintar sedang asyik melayan telefon bimbitnya di atas sofa. Ice pula sedang tidur dengan lena di sebelahnya sambil memeluk bantal pausnya.

Tiba tiba bahu Hali dicuit oleh jari seseorang. Dia memandang ke kiri dan kelihatan Thorn sedang menuding jari ke arah kanannya. Hali menoleh ke arah kanan hanya untuk bertemu dengan objek berbentuk bulat dan berwarna merah. Matanya melebar sebaik saja objek yang ditakutinya diletupkan. Dia segera terjun dari sofa dan lari separuh nyawa daripada sofa tersebut sambil menjerit. Taufan dan Thorn menukar pandangan dan ketawa terbahak bahak melihat reaksi abang kedua mereka itu.

"Aku..aku tak sangka dia akan lari sejauh tu!!"Taufan berjaya menghabiskan ayatnya sebelum ketawa semula."Tulah!!"Thorn bersetuju dengan Taufan. Gelak tawa mereka terhenti apabila mereka terdengar bunyi dengkuran. Perlahan lahan mereka tersengih.

"Sekarang,giliran Blaze pulak..."kata mereka serentak.




















"Sedapnya pai epal ni..."

Air liur mengalir keluar daripada mulut Ice. Nampaknya dia tak terkesan dengan bunyi bising yang berlaku di sebelahnya beberapa minit lalu. Tiba tiba ada satu bayang mendekatinya. Namun,ia masih tak cukup untuk buat si pemalas itu bangun.

Blaze mengangkat pai epal ditangannya,sedia untuk dilempar ke muka Ice. Sebaik saja pai itu mengenakan muka Ice,pemegang kuasa api itu segera larikan diri sambil ketawa terbahak bahak.

Ice mencari cari siapa gerangannya yang melempar pai ke mukanya sedangkan mangkuk pai epal itu masih melekat di mukanya. Fang yang nampak apa yang terjadi sweatdrop melihat telatah elemental elemantal kawan baiknya itu.

"Kadang kadang tak boleh nak percaya yang diorang semua ni orang yang sama..."katanya sambil sweatdrop.

"Oi,Fang!"

Fang menoleh kebelakangnya dan kelihatan Reverse sedang melambai tangan kearahnya.

"Kenapa,Reverse?"tanya Fang.

Reverse tersengih sebelum bersuara. "Nak tak prank abang kau?". Keningnya terangkat angkat sambil melihat kawan berkaca matanya itu.

Mendengar ayat itu,Fang juga ikut sekali tersengih bersama sama dengan Reverse.







Kelihatan Kapten Kaizo keluar dari satu bilik. Sebaik saja dia melangkah masuk ke ruang tamu(ᴛᴋ ᴛᴀᴜ ʟᴀ ᴀᴅᴇ ᴋᴇ x ʀᴜᴀɴɢ ᴛᴀᴍᴜ ᴋᴀᴛ ᴅʟᴍ ᴋᴀᴘᴀʟ ᴀɴɢᴋᴀsᴀ😂),perhatiannya tertumpu kepada dua kelibat yang hampir sama,tetapi warna baju dan topi berlainan.

Kelihatan Hali sedang duduk memeluk tubuh di sudut bilik seakan akan trauma. Dalam bilik yang sama,kelihatan Ice sedang mencari seseorang dengan sangat marah.

𝐄𝐋𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐌Where stories live. Discover now