Chapter 14

455 40 5
                                    


"Apa yang kau nak hah?!" Jerit Boboiboy dengan marah.

Borara tergelak. "HAHAHAHAH soalan apa tu? Mestilah...KUASA!! AKU NAK KUASA YANG SI OCHOBOT TU ADA!!!"

Fang berasa mual dengan ketamakan alien durjana sekor ni. "Tak cuku lagi ke kuasa teleportasi yang kai ada tu ha?!"

Rev terkejut melihat keadaan itu. Waktu tu Borara tak nampak dia lagi. 'Dia..masih tak ingat? Tak..tak mungkin la... Tapi..kalau dia nampak aku dan Reverse,dia mesti akan ingat...'

Perlahan lahan Revpergi ke arah Reverse yang juga tidak disedari oleh Borara. "Reverse..kita kena menyorok. Kalau tak Borara tu akan ingat dan Boboiboy dalam bahaya..."bisik Rev.

"Tapi..kata nak tolong Boboiboy..?"

"Ini je cara nak lindungi dia..."

Reverse mengangguk. "Ok. Jom!"

Rev dan Reverse pergi menyorok di satu tempat tertutup. Dengan menggunakan kuasa Reverse,mereka berjaya cover diri mereka tanpa sesiapa sedar.

"Oh..tak. Aku bukan nak kuasa teleportasi je..aku nak semua power sphera korang dan kuasa elemental kau,Boboiboy!!"

"Dasar alien tamak!"perli Fang.

Boboiboy juga menyokong. "Kau ingat aku akan benarkan kau sentuh power sphera kitorang? JANGAN HARAP!!"

Tiba tiba,Kapten Kaizo melangkah ke depan. "Kau jangan ingat kitorang akan serahkan semua power sphera ni! Kitorang semua akan kalahkan kau!"

Borara merenung Kaizo buat sementara sebelum tersengih. "Kau..aku ingat kau. Aku masih ingat mata merah dan rambut biru tu. Kau la yang buat aku gagal dapatkan Enerbot dulu..kau la yang menyusahkan aku masa tu.."

Kaizo mengertakkan giginya. "Kau..!"

"Oh ye..mana adik kau? Dia orang pertama yang terselamat dari lohong hitam aku. Dia masih hidup ke?"

Fang tersentak. Mana taknya,tiba tiba je dia dimention. "A..apa maksud dia Kapten?"

Kapten Kaizo tidak dengar kata kata Fang sebab jarak diorang agak jauh. Dia masih lagi merenung Borara dengan perasaan penuh dendam. "Mana mak ayah kitorang hah?!"

Sebaik saja mendengar soalan itu,Borara ketawa seperti orang gila,membuatkan semua terkejut.

"Kau tak ingat ke? Mak ayah korang dah mati dalam lohong hitam aku!!"

Mereka semua terkejut dengar kata kata Borara,lebih lebih lagi Kapten Kaizo dan Fang. Hancur hati mereka bila dapat tau yang ibu bapa mereka sudah tiada lagi.

"Mak dan ayah...termasuk dalam lohong hitam?! Tak mungkin!! Kau tipu,Kapten..kau kata..aku akan jumpa mak ayah lagi...KAU TIPU AKU!!! Kenapa..kenapa kau tipu aku?!"

Kaizo tersentak. Sama macam Rev,dia dah terlepas kata perkara yang adiknya tak patut tahu.

"Jawab la,Kapten. JAWAB!!!"

Kaizo menundukkan kepalanya. Malu nak pandang adiknya yang sudah tetipu selama bertahun tahun.

"Maafkan aku,Fang..."

Kata kata itu cukup membuatkan air mata Fang menitis satu persatu. Dia tak sangka dia dah ditipu bertahun tahun oleh abangnya sendiri. "Jadi...selama ni..aku sertai tapops tanpa sebab...? Kau kata aku akan dapat jumpa mak dan ayah..kalau aku sertai tapops ni..."

Melihat keadaan adik kesayangannya,dia juga berasa ingin menangis. Tapi dia tahan saja air mata yang hampir melimpah itu. "Maafkan aku,Fang..."

Boboiboy mula naik berang. Berani alien durjana tu buat macam ni kat kawan baik dia,kan?

Fang fikirkan semula apa yang abang dia buat. Masa dia kecil,abangnya kata kalau dia sertai tapops,dia dapat berjumpa semula dengan ibu bapanya. Padahal abangnya sendiri tak pasti mak ayah mereka masih hidup atau tak. Tapi sekarang,kebenaran telah didedahkan. Ibu bapa mereka sudah tiada di dunia ni.

Fang fikir balik,kalau abang dia tak kata macam tu,dia takkan jumpa Boboiboy dan kawan kawannya. Kalau abang dia tak tipu dia,dia takkan jadi lebih kuat. Kalau abang dia tak tipu dia,dia takkan berada di sini,melindungi galaxy. Dengan itu,dia mengelap air matanya yang mencurah dari tadi lagi.

"Mak..ayah...saya akan balas dendam untuk mak dan ayah..."

Kaizo yang mendengar hanya pandang Fang dengan muka yang sedih. "Fang..."

Bunyi ketawa Borara mengambil semula perhatian Kapten Kaizo dan yang lain.

"Oh..jadi kau la adik dia...patut la sebelum ni rasa macam pernah nampak...Korang adik beradik sama je. Lemah!"

"Kau...!"Kaizo mengertak giginya. Dia sudah tidak tahan. "Pedang tenaga!! Hiyahh!!!"

Kaizo menerpa kearah Borara dengan kelajuan yang luar biasa untuk menyerangnya. Namun,serangan itu dielak dengan mudah oleh Borara.

"Oh..kau dah guna kuasa Enerbot tu...tapi,kau tak layak!!" Dengan itu,Borara serang balik dengan menendang Kaizo di perut dengan kuat. Kaizo melayang kebelakang lalu melanggar dinding dengan kuat sehingga dinding itu pecah. "Ahhh!!" Darah terpercik keluar dari mulut Kaizo.

"Kapten!! Berani kau..!! Separa garuda bayang!!" Kali ini Fang pula yang menyerang. Sama seperti abangnya,serangannya juga dielak dengan mudah. Dia menyerang berkali kali namun tiada hasil.

Borara tergelak melihat hanya serangan sama saja yang diberi. "Serangan ni takkan berkesan untuk kali kedua..Rasakan ni!!"

Borara memukul Fang sebagaimana dia memukul Boboiboy Air masa berlawan dulu. Tapi serangan kali ni lebih kuat.

"Aaahhhh!!"Fang mengerang kesakitan.

"Fang!! Eee..jaga kau!!!"Boboiboy segera berlari ke depan untuk menyerang. "Kuasa elemental! Boboiboy Solar!!"

"Oh..kuasa ni la yang kalahkan aku masa tu? Kau dah makin kuat,Boboiboy."kata Borara sambil memberikan senyuman jahatnya.

"Gerakan Solar! Tembakan Solar Gerhana!!"

"Nanti Boboiboy!! Jangan guna kuasa terkiat dulu!!"Maskmana cuba halang Boboiboy namun terlambat. Serangan Boboiboy sudah dilepaskan.

Solar termengah mengah selepas menggunakan serangan terkuatnya yang mengambil banyak tenaga.

"Berkesan ke?"tanya Fang.

Mereka harap sangat serangan tadi berkesan. Namun,harapan kecundang,bayang bayang disebalik asap dari kesan serangan tadi kelihatan.

"Bukan kau je yang makin kuat!! HAHAHAHAHAH!!!"




Sementara itu,di tempat persembunyian Rev dan Reverse...

Kelihatan Rev dan Reverse sedang memerhatikan perlawanan mereka dari jauh. Mereka makin risau melihat kuasa Borara yang makin kuat.

"Dia dah betul betul makin kuat...habislah..."

















Bersambung...

𝐄𝐋𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐌Where stories live. Discover now