Chapter 11: Nurin Aisyah

Bắt đầu từ đầu
                                    

''Pertama sekali, cikgu adalah adik bongsu belah mak kepada Aisyah. Jadi, cikgu adalah salah seorang ahli keluarga dia yang terawal yang akan dapat tahu tentang berita buruk ni sebelum orang lain yang akan dapat tahu. Kedua, seperti yang cikgu dah katakan sebelum ni, cikgu dah buat kajian tentang semua rahsia alam ghaib kecuali tentang orang yang ada kelebihan Kasyaf. Jadi di antara rahsia-rahsia alam ghaib yang cikgu dah kaji ni, ilmu-ilmu sihir seperti santau adalah salah satu rahsia alam ghaib yang cikgu dah kaji sepenuhnya dan disebabkan itulah cikgu boleh tahu santau jenis apa yang si penghantar ni gunakan terhadap keluarga Aisyah.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan penuh panjang lebar. Mendengarkan kata-katanya itu, ianya hampir membuatkan aku mahu terkejut beruk. Cikgu Sulaiman adalah paksu kepada Aisyah? Ini memang kebetulan dan plot twist yang buruk.

''Habis tu, si pelakunya... Macam mana cikgu tahu yang si pelakunya tu tak ada kaitan dengan ahli keluarga Aisyah?'' Soal aku kepadanya lagi dengan nada yang serius.

''Tengok pada santaunya saja cikgu dah boleh agak macam mana si pelakunya ni. Orangnya memang suka menguji kekuatan dan keberhasilan sesuatu ilmu santau tu terhadap orang-orang yang tak bersalah. Biasanya orang yang selalu buat macam ni, gelarannya adalah 'Bomoh' sebab dia suka menguji kehebatan ilmu-ilmu sihir yang dilarang oleh Allah SWT dekat orang-orang yang lain.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar.

''Hmm... Kalau cikgu, cikgu rasa siapa yang buat semua ni?'' Soal aku kepadanya lagi.

''Wallahuaklam... Cikgu tak tahu. Tetapi, semoga orang yang buat semua perkara ni akan dapat balasan yang setimpal di atas apa yang dia dah buat dekat Aisyah selama ni.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang mendatar dan serius.

''Hmm... Insyaallah.'' Kata aku dengan nada yang perlahan sambil menganggukkan kepala.

''By the way, cikgu nak tanya kamu sesuatu.'' Kata Cikgu Sulaiman sambil memperbetulkan posisi kedudukannya.

''Apa dia, cikgu?'' Soal aku secara ringkas.

''Kenapa kamu tak datang ke sekolah hari ni? Sakit sebab luka yang ada kat kepala tu ke? Soal Cikgu sambil menuding jarinya ke arah luka dahi aku yang berbalut dengan plaster itu.

''Eh tak ada lah, luka kat dahi ni dah tak sakit dah. Saya tak ke sekolah hari ni sebab terlupa nak kunci jam je. Hehehe...'' Balas aku dengan sengihan sambil menggaru belakang kepala.

''Ouh... Habis tu, ni solat Subuh sempat tak?'' Soal Cikgu Sulaiman kepada aku lagi. Aku hanya membalas dengan sengihan sinis sambil menggelengkan kepala dengan perlahan.

''Ish ish ish... Nanti ganti balik. Jangan tak solat, nanti macam-macam pula jin datang nak kacau kamu. Ingat, solat tu adalah ibadah utama yang dituntut dalam agama kita. Selagi dalam tubuh kamu tu ada nyawa, jangan pernah tinggalkan solat. Faham?'' Pesan Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar.

''Baik cikgu.'' Balas aku dengan nada yang sopan sambil menganggukkan kepala dengan perlahan.

''Hmm baguslah... Kalau macam tu, cikgu nak pergi balik ke sekolah kejap sebab cikgu ada hal penting yang cikgu perlu uruskan. Jumpa kamu dekat sekolah esok, ya? Jangan tak datang pula...'' Kata Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar sambil bangkit berdiri daripada kerusinya.

''Baik cikgu. Nanti esok saya datang jumpa cikgu terus dekat dalam bilik kelab ya.'' Kata aku sambil turut bangkit berdiri daripada kerusi.

''Uniform lengkap?'' Soal Cikgu Sulaiman dengan ringkas dan aku pun terus membalas dengan anggukan kepala yang penuh dengan keyakinan.

''Hmm baiklah. Kalau macam tu, cikgu minta diri dulu ya? Assalamualaikum...'' Kata Cikgu Sulaiman dengan nada yang mendatar lalu dia terus berlalu pergi.

KASYAF (Hiatus)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ