bab 1: lelaki Pengait

1 0 0
                                    

10 Februari 2013

Di hollywood, mereka mengadakan majlis Red Carpet untuk artis dan celebriti, mereka mengenakan fashion baju yang menarik beserta gambar mereka diambil oleh beberapa orang paparazzi.

wartawan " oh my god, lihatlah celebriti terkenal ini mereka mengenakan fashion baju yang menarik, yang perempuan mengenakan dress dan gaun, manakala lelaki mengenakan baju suit&tie, apa pendapat awak Ryan?". " ia saya sukakannya, designnya memang sangat menarik", "terima kasih encik Ryan, hah kalau anda mahu melihat fashion celebriti di hollywood, tontonlah Fashion Police di channel E!.

Tiba-tiba ramai orang berkumpul beserta ramai peminat berlari menuju ke ruang depan. wartawan itu berasa hairan "hmmm apakah yang sedang terjadi disana..mari kita lihat, siapakah artist itu?". Kereta hitam itu berjenama Mercedes telah berhenti betul-betul dihadapan orang ramai, body guard memberikan ia ruang untuk artist itu keluar lalu pintu kereta dibuka.

peminat-peminat setia menjerit kerana teruja melihat artis yang mereka minati. Paparazzi, wartawan dan peminat mereka semua mengikuti gerak langkah JT. keadaan sangat merimaskan.

Pada malam itu...

JT memandu kereta sambil melihat Waze di dalam Telefon pintarnya, agak sukar untuk menemui jalan untuk sampai lokasi yang mahu dituju. tujuannya untuk pergi ke rumah rakannya iaitu seorang rapper yang bernama Jay-z.

Sudah 20 minit dia memandu kereta, tiba-tiba waze itu berbunyi "Destinasi anda sudah pun sampai", JT berkerut kening melihat rumah banglo besar itu, tidak pernah dia melihat rumah itu, betulkah Jay-z tinggal disini. Tiba-tiba ada seorang lelaki, mungkin itu pembantu rumah Jay-z, lelaki itu menuju ke pintu panggar untuk membenarkan kenderaan milik JT masuk ke dalam. JT pandu masuk menuju ke dalam iaitu halaman depan rumah banglo milik Jay-z. Selepas itu, JT mematikan enjin kereta lalu keluar, dia disambut oleh pembantu rumah itu. Lelaki itu tersenyum mesra, "Selamat datang encik JT, encik nampak kacak mengenakan baju suit&tie", JT "err..ya terima kasih banyak-banyak", "encik Jay-z sudah menunggu encik dihalaman belakang rumah", JT "boleh tunjukkan saya di mana arahnya dengan segera", lelaki itu mengiakannya "baiklah encik ikut sini..jangan hentikan langkah ya".

setelah sampai dihalaman rumah, "Encik Jay-z, encik JT di sini" kata lelaki itu, "terima kasih banyak-banyak", lelaki itu berlalu pergi meninggalkan JT dan Jay-z berduaan. "hah ada apa awak suruh saya datang ke sini??", "aikk yang awak pakai baju cantik-cantik ni dah kenapa?", JT "saya ingatkan ada majlis ke apa", Jay-z kehairanan lalu ketawa "eh hahahaha takdelah..saya cuma nak pulangkan balik buku novel seram awak tu je hihihi", JT "laaaa..apalah ingatkan apa tadi", Jay-z "alah..janganlah marah, nanti cepat tua", wajah JT merah padam "err..hehe yelah yelah". "eh dahlah..saya nak pergi ke tandas kejap, sakit perut", Jayz berlalu pergi lalu meninggalkan JT keseorangan. Tiba-tiba...

"Hi JT" lelaki itu berada di muka pintu yang Jay-z baru sebentar tadi masuk. "err..hi" JT melambai, lelaki itu mendekati JT, "encik mesti rasa panaskan, saya bukakan baju koat encik" dia membuka baju koat JT lalu dia membuka butang baju kemeja putih JT. "Eh woii apa yang awak buat ni!!! to..tolong!", lelaki itu menarik tubuh JT lalu mengepit leher JT, dia mengeluarkan sebilah pisau poket "Diam! kalau tak aku kelar leher kau HAHAHAHA!" lelaki itu mengugut JT sambil ketawa psiko yang menyeramkan. mulut JT ditekup "mmm..mmmm..blahh, si siapa kau sebenarnya ni?!" kata JT dengan suara ketar, "aku? hah kalau kau nak tahu..aku adalah pengait!", JT berkerut dahi setelah mendengar perkataan yang keluar dari mulut lelaki psiko itu, "Pengait???", "Ya! aku ni suka potong leher orang dan buat kepala orang jadikan bahan koleksi, tidak kira lelaki mahupun perempuan HAHAHAHA!!"

Jay-z tiba-tiba muncul untuk kembali kepada JT, tapi apa yang dia lihat sungguh tragis, dilihatnya leher JT dikepit. mata Jay-z terbuntang "Woii apa kau buat ni! lepaskan dia!", "kau diam! jangan sampai giliran kau pula yang leher dipotong nanti!", Jay-z cuba untuk menenangkan keadaan "apani..selama ni aku sangka kau baik", "eh tak ada maknanya, aku baik depan kau je, tapi di belakang kau tidak tahu HAHAHAHA!". JT melihat disekeliling, tiba-tiba dia ternampak ada satu botol beer kosong berdekatan dengan tubuhnya, dia mencapai perlahan-lahan botol itu lalu menghayunkan ia ke kepala penjahat itu. Praaangg!! "Aaarrrgghh!!" lelaki itu menjerit kesakitan, kepalanya berdarah. JT terlepas dari genggaman lelaki tersebut, dia berlalu menuju ke Jay-z dan berlari masuk ke dalam rumah, mereka meninggalkan lelaki psiko itu keseorangan. "SIAL KAU JT!, jaga kau"..dia melihat sekeliling dia ternampak ada parang di depan pintu stor itu, dia mencapai lalu masuk ke rumah".

JT dan Jay-z berlari ke tangga menuju ke tingkat atas, mereka masuk ke salah satu bilik lalu mengunci pintu. "Jay-z apa yang kita mahu buat ni, saya takut" berkata dengan suara getar, "lembutnya suara kau", "ishh..ini bukan masanya nak soal suaralah..ni soal kita nak lari kemana ni!" , "errr..aku tak tahu biar aku fikir dahulu" Jay-z sedang berfikir bagaimana hendak keluar dari rumah ini, sebelum penjahat itu datang kembali.

Tiba-tiba..

BAAAMMM!!, pintu rumah disepak dengan begitu kuat oleh penjahat itu "jaga kau JT, hidup kau dah tak lama dah". "Jay-z macam mana ni, saya dengar pintu belakang disepak, saya rasa lelaki tu sedang buru kita!" JT menjadi panik dan menggoncangkan tubuh Jay-z. tiba-tiba petir menyambar dan seluruh bekalan eletrik terpadam, suasana dirumah gelap, "alamak gelaplah pulak!!" marah penjahat itu. "Jay-z saya rasa dah nak hujanlah", "yelah..kita kena segera keluar dari rumah ni, tu, kita keluar dari tingkap ada pokok di depan..kita panjat terus turun dan pergi ke kereta", "awak gila ke apa hah Jay-z?!!", "kita tidak ada pilihan lain, inilah satu-satunya jalan keluar, mari!", Jay-z dan JT segera keluar melalui tingkap dan capai ranting pokok yang besar itu lalu gelongsor turun ke tanah. akhirnya mereka berjaya menyelamatkan diri dari penjahat yang digelar pengait itu. Hujan semakin turun lebat, mereka lantas masuk kedalam kereta, JT segera menghidupkan enjin, tiba-tiba lelaki itu lompat di hadapan kereta mereka "KORANG NAK LARI KEMANA!!!" dengan wajah menakutkan, "aaarrgghh!!" mereka berdua menjerit, "JT, jalan je!!" arah Jay-z, vroomm vroom kereta terus bergerak dipandu oleh JT, JT menjadi panik kerana ada pintu pagar ditutup, "Jay-z macam mana ni ada pagar dihadapan kita!", "REMPUH JE!!", JT memusingkan ke gear 3, kereta semakin laju dan mereka berjaya merempuh pagar itu lalu keluar dari kawasan rumah banglo itu. "Yeay we Made it. woohoo!!" mereka gembira dan menepuk tangan.

Mereka teruskan perjalanan, sekarang mereka berada di lebuh raya. mereka dalam perjalanan untuk ke kafe berdekatan. Akhirnya mereka sudah sampai ke destinasi dan mereka berehat di dalam. "fuhh penatnya, saya tak sangka lelaki tu adalah penjahat" Jay-z mengelap peluhnya di dahi, "mana awak kenal mamat tu?" tanya JT. "err...saya..saya nak ada pembantu rumah, and then lelaki tu cakap dia nak cari kerja jadi saya ambillah dia, tapi tak sangka berakhir dengan begitu tragis" kepala Jay-z berpusing. "oooo" angguk JT. tiba-tiba pelayan kafe itu mendekati mereka dan mahu mengambil pesanan "ehem ehem..encik berdua mahu pesan apa?", "saya mahu sandwich tuna dan beer" senyum JT, "saya cuma nak kopi" kata Jay-z, "ok tunggu sebentar" pelayan itu berlalu pergi.

setengah jam kemudian...

"awak tu dah mabuk dah tu..." Jay-z berkerut kening, "awak pergilah balik saya..saya..zzzzzz" kepala JT diletakkan di atas meja lalu dia tertidur. "selamat malam JT, aku balik dulu ya", Jay-z meninggalkan kertas untuk JT yang bertulis "good night".

ulat?Where stories live. Discover now