Daniel memandang Justin yang termenung melihat unggun api.

"Kau boleh panggilkan semangat kepunyaan Sebastian?"

"Evander?" soal Justin. "Aku boleh, tetapi terpulang kepada Evander sama ada dia mahu datang atau tidak."

Evander bukan miliknya jadi semangat itu tidak perlu mentaati perintahnya. Hormat mungkin, itupun hanya kerana dia keturunan Ambrogio. Tetapi perkara itu pun dia tidak pasti kerana hubungan dia dengan Sebastian tidak dapat dikatakan baik.

Daniel berfikir sejenak. "Vin, mana benda yang aku minta kau dapatkan?"

"Ada, tunggu sekejap" Marvin bangun dan kembali ke khemah.

Sconne dan Marviel mula berkumpul disekeliling unggun api. Ada yang menarik akan berlaku.

Justin pula cuma memandang sepi. Pasti Daniel merancang sesuatu. Dia tahu lelaki itu tidak akan menyoal tanpa ada sebab. Apatah lagi kalau semuanya terlibat.

Marvin kembali dengan membawa sehelai selendang merah tanah. Selendang itu kemudiannya berpindah tangan.

"Ini selendang milik Sebastian. Selendang yang menjadi kunci kepada kebebasan kau" Ujar Daniel.

Daripada memori Justin dan diari Declan, Daniel dapat menyimpulkan sesuatu. Ada sesuatu yang menjayakan rancangan makciknya, dan sesuatu itu adalah selendang ini. Selendang ini ada kesannya kepada Evander. Oleh itu dia meminta teman-temannya untuk mencarinya.

"Aku sudah cuba menyeru Evander. Tetapi itu bukan fungsi wujudnya selendang ini. Jadi aku perlukan kau."

Justin tersenyum segaris. Apakah niat Daniel pada Evander?

"Baik, aku cuba" Justin menarik kertas pentagram yang kosong. Dia menulis dengan darahnya. Evander bukan miliknya, jadi dia tidak dapat menyeru Evander seperti mana dia menyeru Selena. Dia membaling kertas itu ke dalam api.

"Evander!" Justin memanggil Evander dengan suara yang lantang. "Datang!"

Kesunyian memenuhi ruang. Masing-masing memerhati keadaan sekeliling. Tiada apa yang terjadi.

"Tak ada apa-apa pun" komen Marviel setelah merasa kesepian berlalu terlalu lama.

Marvin mengangkat bahunya. "Kita cuba sekali lagi. Kot benda alah tu tak dengar"

"Tempat ini bukan mudah untuk dicari" Suara lelaki kedengaran dari balik kegelapan.

Evander menapak ke dalam cahaya. Dia yang memiliki tubuh sasa, rambut hijau yang panjang sehingga menyapu lantai, tetapi masih nampak kemas.

"Salam sejahtera, tuan William. Kita bertemu kembali setelah sekian lama" Evander berkata dengan nada nostalgia.

Evander tidak sama seperti Selena dan Dela. Sebastian melayan Evander sebagai setaraf,  dan sebagai makhluk sepertinya, bahkan dia boleh dianggap sebagai adiknya. Sehingga lenggok bahasa dan gaya tidak ubah seperti Sebastian.

"Panggil aku Justin. William sudah tiada"

Evander tersenyum. "Ya, keturunan Goldsilv yang menghapuskan William. Dan kamu..." Evander memandang ke arah Daniel. "Kamu juga keturunan Goldsilv."

Daniel mengangguk. "Aku Daniel,  anak buah Arabella, keturunan Goldsilv yang mencarimu satu ketika dahulu."

Evander tersenyum. Namun senyumannya memudar apabila melihat selendang di tangan Daniel.

Daniel yang menyedari pandangan mata Evander bersuara, "Aku yang meminta Justin untuk memanggil kamu ke mari."

"Atas urusan apa?" Evander menyoal. 'Sentiasa dengan niat tersembunyi' desir Evander.

Daniel bangun, "Evander Elfr Elivagar..."

Evander dan Justin terkejut. Kekuatan semangat terletak pada nama sebenar semangat. Justin pasti semasa dia menulis nama Evander pada kertas, Daniel tidak dapat melihat daripada kedudukannya.

"Jangan risau, Evander. Hanya mereka yang berada disini sahaja mengetahui namamu." Ya, kembar Cornerludge dan Sconne juga membantunya jadi tiada rahsia di situ.

"Dan antara mereka, hanya aku yang mampu membawa namamu"

Evander ketawa. Geli hati dengan niat Daniel.

"Aku semangat yang dianugerahkan kepada keturunan Ambrigio. Engkau bukan sesiapa"

"Kau silap, Evander. Aku Goldsilv" Daniel membalas ejekan Evander dengan tenang. "Aku tahu tujuan selendang itu ditinggalkan dan aku tahu caranya. Tapi demi Sebastian dan makcik aku, aku memilih untuk bersemuka dengan kau."

Daniel berjalan ke arah Evander. Balutan ditangannya di buka. Dia membuka lukanya membuatkan ia berdarah semula lantas dilap dengan selendang ditanganya.

"Evander Elfr Elivagar, sudikah engkau pinjamkan aku kuasa?" soal Daniel. Selendang ditangannya mula bercahaya. Selendang itu dihala kepada Evander.

Evander mengeluh. Dia mula melutut sebelah kaki tangannya meraih selendang itu. "Demi Sebastian, Demi Arabella, aku Evander Elfr Elivagar akan berkhidmat untukmu"

Selendang ditangannya bertukar menjadi  dua bentuk cincin hitam yang bersarung pada jari Daniel dan Evander. Cincin yang dibuat dengan darah Sebastian. Cincin sahabat.

"Atas nama mereka, tiada tuan antara kita. Hanya sahabat. Bangun wahai sahabat."

Daniel membantu Evander bangun. Dia tiada niat untuk menjadi tuan kepada sesiapa selepas Trimple.

Evander tersenyum. Sekali lagi cincin itu tersarung pada jarinya. Dan nasib baik, masih tersarung dengan cara yang sama. Masih atas nama sahabat.




ROYALIZEWhere stories live. Discover now