Bab 18

9K 426 2
                                    

Faeeq dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar kerana dia perlu melakukan pembedahan untuk membuang peluru di lengan kirinya. Raissa kini berada dalam bilik ICU. Air mata Raissa semakin deras apabila melihat wayar yang berselirat di badan Faeeq.

Ditambah lagi dengan rasa bersalah serta berdosa kerana menderhakai suami. Raissa mendekatkan diri dengan katil Faeeq. Dia mencapai tangan Faeeq dan menciumnya dengan tangisan yang semakin teresak.

"Raissa minta maaf... Raissa banyak dosa dengan Iyyan... Raissa tak sepatutnya buat Iyyan macam tu...

Iyyan bangun lah... Raissa menyesal... Raissa minta maaf...

Encik Hazran dah cerita semuanya dekat Raissa... Raissa tak kisah pun apa pekerjaan Iyyan...

Raissa tak akan tinggalkan Iyyan... Raissa sayangkan Iyyan....

Iyyan.... Iyyan.... "

Tiada sahutan mahupun gerak geri daripada Faeeq. Luluh hati Raissa melihat keadaan Faeeq yang terlantar di katil itu. Faeeq yang selalu menyakat Raissa hilang sekelip mata.

" Raissa.... Bangun.... Mama bawa makanan ni... Jom pergi makan dulu..."

Mama Sue mengejutkan Raissa yang sedang tidur di kerusi bersebelahan katil Faeeq. Dari kelmarin menantunya setia di sisi Faeeq tanpa makan & minum. Dia hanya membersihkan diri & solat, selebihnya dia akan menemani Faeeq.

Raissa hanya menggeleng lemah.

"Kalau Raissa tak makan macam mana nak jaga Iyyan.. Mama masak bihun favourite Raissa ni...

Mama suap ye?

Raissa membuka mulut apabila sudu di sua oleh ibu mentuanya. Hanya tiga suap yang mampu ditelan oleh Raissa walaupun itu makanan kegemarannya. Mama Sue mengerti kesedihan menantunya itu.

*****
Throwback

"Tuan, kita dah berjaya kesan suspek yang seludup dadah dari Thailand"

Faeeq ditugaskan untuk menangkap pengedar dadah terbesar di Malaysia yang menyeludup dadah dari Thailand. Faeeq merupakan Ketua Bahagian Siasatan Khas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, jadi dia harus mengendalikan kes yang melibatkan dadah.

"Bagus. Siasat masa dan laluan yang digunakan oleh mereka"

"Faham tuan"

Faeeq terus meneliti maklumat yang diperoleh hasil siasatan yang dibuat oleh beberapa orang pengedar yang telah ditangkap.

Tiba - tiba salah seorang inspektor bergegas ke arah Faeeq sambil tercungap-cungap.

"Tuan, ada panggilan untuk tuan."

Faeeq bingkas bangun ke arah telefon tersebut.

"Kuatkan speaker, rekod perbualan ni"

Arah Faeeq.

"ASP Faeeq Zayyan bercakap. Ada apa2 yang boleh saya bantu?"

(ASP - Asistant Superitenden Polis)

"So ini lah polis yang nak tunjuk hebat sangat tu? Sampai serbu anak buah aku di Sabah. Serbu je lah encik polis, tak jejas apa pun untuk aku"

"Kau jangan ingat kau boleh terlepas kali ni John. Kau ingat kau bagus sangat?! Dah bagus sangat kenapa sembunyi?!"

Gertak Faeeq.

John membalas dengan ketawa sinis.

"Raissa Zulfa... Sedap kan nama tu encik polis?"

"Shit. Kau jangan berani sentuh isteri aku!!"

Faeeq sudah mula berang apabila nama Raissa disebut. Macam mana dia kenal Raissa. Raissa ok ke sekarang. Ya Allah, lindungilah isteri aku Ya Allah.

Faeeq sudah tidak keruan apabila John ketawa terbahak-bahak.

"Kau jangan cari pasal John. Aku akan cari kau sampai lubang cacing!"

"Haih laaaa encik polis. Kau tak sayang isteri ke eh? Tinggal isteri sorang2 dekat Perak tu semata-mata nak tangkap aku.. Kalau aku dapat tangkap isteri kau dulu macam mana?"

John terus menutup talian.

"Tak guna lahhhh!!"

Faeeq mencampak segala barang yang berada di atas meja & menghentak meja sambil menggenggam penumbuk.

Suamiku, Sang Saka Biru?Donde viven las historias. Descúbrelo ahora