Terus matanya terbuka dan mimpi tersebut hilang dari mindanya.
Seluruh badan Raniyah basah berpeluh. Seram betul mimpi tadi.
" Allahuakbar, teruknya mimpi. Harap tu semua mainan tidur "
Tidak lama lepastu , Raniyah mula sambung melenakan diri.
Tapi lelaki di dalam mimpinya memang punya rupa yang tampan.
Tangannya mencapai jam yang berada diatas meja sebelah katil. Jarum sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Subuh !
Tergesa-gesa dia masuk ke dalam bilik air untuk berwuduk. Takut jika tertinggal solat.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bagasi besar berwarna coklat cair dibawa turun ke ruang tamu.
" Tersenyum dari tadi, suka lah tu. Tak perlu pergi Blind date "
Datin Melda menyakat anaknya yang tidak lekang dari tersenyum.
" Yes, aman sikit " diakhiri dengan gelak tawa.
" Jaga diri dekat sana, jaga tingkah laku "
Pesan Datin Melda setiap kali anaknya pergi outstation.
Raniyah bagai buruk belatuk, hanya menangguk setiap kali Datin Melda memberi pesanan yang sudah di hafal olehnya.
Selesai mengisi perut, Raniyah memulakan perjalanannya ke Kota dengan bismillah.
Hampir dekat 2 jam dia memandu. Akhirnya Raniyah mengambil keputusan untuk merehatkan diri di perhentian RnR.
" Ya allah, penuh betul parking sampai tak ada kosong "
Sudah banyak kali dia pusing hanya untuk mencari parking.
Setelah lama dia pusing, akhirnya ada sebuah parking yang sudah kosong.
Signal sudah dinyalakan dan stereng ingin di pusing ke kanan. Hampir sahaja keretanya terlanggar dengan sebuah kereta hitam yang masuk ke dalam kotak parking kereta.
" Apa ni ! Eh aku yang dapat dulu, kau yang masuk. Memang nak kena "
Pintu kereta dibuka lalu melangkah mendekati pemilik kereta hitam itu. Hati dia sudah panas ditambah lagi dengan cuaca di Malaysia yang sudah panas.
" Eh encik, saya yang jumpa dulu tempat ni " Terus diserbu pemuda itu.
" So? "
" So, encik perlu alihkan kereta ni "
Pemuda tersebut memandang Raniyah dari atas hingga bawah.
Raniyah yang sudah rasa tidak tenteram itu menyilangkan tangan ke dada.
' Dah kenapa mamat ni pandang aku semacam. Tau lah aku model yang lawa di abad ni ' Raniyah mula membuat andaian sendiri.
Tidak lama, pemuda didepannya gelak lalu menghulurkan tangan, ingin berkenalan.
" Sorry lah , saya tak salam dengan yang bukan mahram "
Raniyah tersenyum sinis terhadap pemuda didepannya.
" Wow, sepanjang aku hidup lah kan, orang yang macam kau ni tak kesah berpegang or peluk dengan bukan mahram "
" Dengan cara pemakaian kau yang tak tutup aurat, dedah sana sini "
Pemuda didepannya menanggalkan cermin mata hitam lalu di sangkut ke kocek bajunya.
Panas hati dengar ayat mamat depan ni.
" Hey dengar sini ya , tak semestinya orang yang pakai baju tak tutup aurat tak ada maruah nak peluk pegang jantan yang tak ada hubungan sah."
" Awak fikir saya ni apa? Pelacur dekat club ke?"
Hati dia sakit, sedih apabila di hina.
Tidak tunggu lama, Raniyah mula meninggalkan RnR tersebut. Sedih bila dihina sebegitu.