🍀L🍀

104 20 20
                                    

Drama Satae Kejang kembali lagi 🍢🍲

🌻🌼🌻🌼🌻

𝑲𝒐𝒐𝒌𝒕𝒖𝒑𝒂𝒕 𝑷𝒂𝒍𝒂𝒔🌼
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 9


"Jimin! Jungkook! Namjoon! Ayam 100, Daging 80 ye." laung Taufiq Hidayat dari jauh sesudahnya menerima pesanan daripada pelanggan.

"Baik boss!"

Ketiga-tiga pekerja Satae Kejang pun mengambil ratusan batang sate dari peti secara bergilir sebelum disusun di atas pemanggang.

Kipas tangan juga tidak henti-henti dihayunkan bagi memastikan bara kekal menyala dan tidak terjadinya api.

Bagi memastikan sebahagian isi di bahagian bawah sudah masak, mereka pun tangkas membalikkan bahagian sate yang belum dimasak.

Setelah siap dipanggang, Syahmi terus menyusun batang sate-sate di atas pinggan.

"Nah, pergi hantar meja no. 12 sana." alur bibir Syahmi sengaja dimuncungkan ke arah meja tersebut, mahu salah seorang daripada mereka berdua menghantar pesanan ke situ.

Akan tetapi, Muhaimin dan Najmi sekadar buat-buat tak endah.

"Korang ni tau makan upah buta je, cubalah kerja sikit." hambur Syahmi dengan geram sebelum langkahnya dihayunkan ke meja 12.


🌼🌼🌼

Setelah menatang pinggan yang dipenuhi sate, aku akhirnya tiba di meja itu. Sambil aku perlahan meletakkan pinggan di atas meja, sempat aku mengulum senyuman manis buat pelanggan-pelanggan ke singgah ke sini.

Mahu saja aku mengubah arah ke tempat pemanggang, tiba-tiba aku dikejutkan dengan soalan daripada pelanggan di meja itu.

"Eheh, ni bukan ke anak Odahthevasss?" soal wanita itu sambil menayangkan riak wajah teruja.

"Haah, ye saya." jawabku ringkas.

"Harini tak berniaga kat pasar tani ke?" aku menggeleng seusai ditanya buat kali kedua.

"Tak, saya kerja dekat sini. Esok off baru saya berniaga kat sana." ujarku diselangi senyuman sebelum melangkah kembali ke tempat pemanggang.


🌼🌼🌼


Keesokan paginya, aku berkunjung ke tempat Najmi dan Muhaimin berada, iaitu pangkin di bawah pohon mempelam.

Harap-harap apa yang aku bawakan ini buatkan mereka terpegun nanti. Setibanya aku di situ, jadi aku pun cepat-cepat membuka ikatan gulungan kain rentang lalu kain itu direntangkan sepenuhnya di hadapan mereka berdua.

"TA-DA! Cantik tak?"

"Kooktupat Palas?" berkerut-kerut dahi Najmi dan Muhaimin melihatkan kain rentang yang siap dicetak itu.

"Semalam, aku ada buat announcement pasal business kita kat Instagram mak aku. Entah macam mana terkeluar nama 'Kooktupat Palas' tu... mungkin sebab mai lepas je cakap kot hehe." lambat-lambat aku memberitahu kepada mereka. Sambil-sambil itu aku kembali menatap raut wajah milik Najmi dan Muhaimin.

"Korang okey tak dengan banner ni? Ke nak tukar nama lain?" tanya aku untuk kepastian, mana tahu jikalau ada diantara mereka berdua tidak menyukai nama aku reka.

"Suka tu suka, tapi..." Muhaimin kembali menikam pandangan pada kain rentang tadi.

"Kau ni takde gambar lain ke nak pilih? Ni kalau mak aku nampak aku pakai pomade biru ni, mampus aku weyhh!" terbahak-bahak aku dan Najmi tertawakan dengan reaksi Muhaimin

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

"Kau ni takde gambar lain ke nak pilih? Ni kalau mak aku nampak aku pakai pomade biru ni, mampus aku weyhh!" terbahak-bahak aku dan Najmi tertawakan dengan reaksi Muhaimin.

"Aku rasa ni saja gambar yang elok. Ke kau nak aku tukar gambar kita yang buat posing curi buluh lemang bang Gesdi dulu?" gurauan aku buat diterima gelengan laju oleh mereka berdua.

"So, korang dua okey tak tengok banner ni?"

"Okey je Kook... Eh dah jom-jom buat apa yang patut! Kang tak berniaga pulak kita harini." segera mereka bangkit dari pangkin.

🌻🌼🌻🌼🌻

Jom serbu pasar tani nanti (tiber) mueheeheh 😂😂

【✔️】𝑲𝒐𝒐𝒌𝒕𝒖𝒑𝒂𝒕 𝑷𝒂𝒍𝒂𝒔 • 𝓙𝓮𝓸𝓷 𝓙𝓾𝓷𝓰𝓴𝓸𝓸𝓴Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora