1: REALITI

8 0 0
                                        

.

.

5 years ago_

"Kau buruk!!! Kenapa nak sangat masuk pertandingan tu?! Kau tak layak la! Muka macam kentang."

aku ditolak dengan kasar oleh kawan seumur dengan aku.

Baju dan wajah aku kotor akibat tepung yang dibuang oleh mereka kepada aku.

mereka kata,

"Memang bagus tepung ni untuk kau. Kau kan gelap, nampak la sikit putih tu lepas mandi tepung ni HAHAHAHHAHAHAHA."

Aku hanya mendiamkan diri apabila mereka mencaci diri aku kerana memang betul pun.

Aku buruk. Ada hati nak menjadi seorang idol? Jangan jadi bodoh la.

"Yah! Anak nakal! Jangan buli anak aku la!!!"

"Omma?"

"Ji-Eun! Jangan dengar kata mereka, kamu anak yang cantik. Kamu anak omma sudah pasti kamu cantik!" Omma memeluk aku dengan erat.

"Omma, gwenchana.." aku tersenyum pahit.

.

.

.

"Ji-Eun! Bangun.."

"Emm?" Aku menggosok mata aku.

"Manager Min akan datang, cepat!" Kata Lia dengan ketakutan.

Aku segera bangun daripada mamai.

Kelihatan manager Min masuk ke dalam ruang studio kami dengan membawa alat penimbang badan.

Aku menelan liur.

Aku dapat melihat Irine sudah berpeluh, dia salah satunya kawan aku yang susah untuk diet jadi dia selalu dimarahi oleh manager Min.

"Lia. Kamu dulu." Kata Manager Min dengan dingin.

"Nae!" Jawab Lia. Dia berjalan dan berdiri di atas penimbang.

"Bagus. 44 kg. Seterusnya, Yira."

Yira terus kehadapan dan berdiri di atas penimbang.

"39 kg?! Aish terlalu kurus. Tak sesuai untuk ketinggian kau. Seterusnya, Ji-Eun."

Aku menarik nafas panjang dan berdiri di atas penimbang dan memejamkan mata aku.

"41 kg. Bagus. Seterusnya, Irine! Macam berisi je kau ni?" Manager Min melihat tubuh Yira.

Aku menarik nafas lega. Nasib aku sempat menjalani extreme diet. Semangat Ji-Eun.

Irine menggigil berdiri di atas penimbang.

"Hm? 46kg?! Irine!!! Apa ni? Kau nak debut ke tak nak?! Ke nak jadi trainee sampai bila-bila?" Bebel manager Min.

"Sa..saya.." Irine tertunduk lemah.

"Sudah. Trainee yang lain boleh makan tengahari bersama-sama. Irine, kau workout di sini 30 minit dan jangan makan tengahari. Diet!" Manager Min pergi dari situ.

"Hiks..." Irine menangis.

"Yah gwenchana?"

"Jangan la menangis..."

"Takpa nanti aku bawa makanan senyap-senyap?"

Kami semua memeluk erat tubuh Irine.

"Jangan. Jangan bawa makanan kesini. Kau tahu kan CCTV ada dimana-mana sahaja. Kita diperhatikan 24 jam." Irine tersenyum kecil.

Dream Come TrueWhere stories live. Discover now