Setelah berjam mereka berdrama. Pihak tadika meminta mereka untuk balik walaupun anak anak diorang masih tersedu sedan tak nak dilepaskan.

"So kita nak buat apa sekarang ni? Aku malas la nak pergi kerja" Haechan menguap. Ceh mentang mentang dia bos, boleh la dia buat apa je. Mereka berborak di kantin tadika tersebut.

"Aku pun" sokong Jeno.

"Dah la aku nak pergi dating-"

"DENGAN SIAPA?" Hyunsun memontong percakapan Renjun. Terkejut dia kak.

"Dengan awak lah tak kan dengan Yangyang anak Liu ni pulak" Renjun mengerling Yangyang disebelah Ryuna yang buat muka tenuk blur dia. Mereka menapak keluar dari kawasan tadika kecuali Yaenim yang pergi ke kelas Soeun.

Soeun, Sungjae, Jiaoni & Sungmin*

"Kamu duduk sini elok elok tau" Sungchan menghadiahkan satu senyuman kepada Sungjae yang blur. Matanya dikelipkan banyak kali.

"Appa nak pergi mana?" soalnya.

"Balik lah" Sungchan menjawab.

"Nak ikut"

"Eh tak boleh kamu kena sekolah"

"TAK NAK HUARGHHH NAK IKUT APPA BALIKKKK." Sungchan menepuk dahinya. Jaena menggelengkan kepala kesal, kesal ada suami macam Sungchan.

Ha sudah.

"PAPA JANGAN TINGGALKAN JIAONI HIKS JIAONI TAU JIOANI ANAK YANG BAIK SOPAN SANTUN AYU BERBUDI BAHASA LAGIKAN COMEL NAK MAMPOS. TAPI JANGAN LAH BUANG JIOANI KAT SINI NAK BUANG TU BUANG LA DEKAT HONGKONG KE BANGKOK KE TAK PUN OSAKA"

"Kamu merepek apa ni? Sejak bila papa nak buang kamu?" Chenle mengerutkan dahinya sambil mata memandang anak perempuannya yang tengah berguling atas lantai.

"Oh ye ek?" Jiaoni bangun lalu menyapu debu serta habuk dari baju sekolahnya sebelum kembali memandang Chenle dan Hyuni. Tangan dia hulurkan.

"Apa?" soal mereka berdua serentak.

"Nak kad" jawab Jioani membuatkan ibu bapanya menepuk dahi frust.

"Soeun, janji dengan appa jangan buat perangai tau" Jaemin melutut menyamai ketinggian anaknya itu.

"Tak janji huehuehuehue" Soeun menaik turunkan keningnya sambil tersenyum nakal. Jaemin memasang muka datar. Baru je dia nak buat father and daughter moment anak dia pergi spoil.

"Appa, Sungmin nak ikut appa balik!"
Jisung memandang Minkyung meminta pertolongan. Minkyung mengeluh lalu mengambil Sungmin dari pangkuan Jisung.

"Tak boleh la, Sungmin kena belajar kang tak pasal pasal jadi macam appa kamu tu. Dah la tak tau beza bunga kantan dengan bunga cengkih, nasib omma sayang" Minkyung menjeling Jisung disebelahnya yang tengah memegang dada. Terasa pedih di situ.

Mereka bertujuh keluar dari kelas tersebut. Boleh nampak anak diorang melambai melalui tingkap dengan hingus meleleh. Yaenim yang baru tiba memandang Jaemin sambil hirup air sirap yang dia beli dekat kantin tadi.

"Diorang dah mula ke?" soalnya.

"Haah, ajomlah kita pergi dating" Jaemin menarik Yaenim yang tersengih minta di tampar dengan kuali. Yang lagi enam tu pergi ikut haluan sendiri.

Ajomlah kita tengok bebudak tahun 3 pulak.

Block tahun 3*

"Weih Haeyong, lepas ni subjek apa?" Dayeon di sebelahnya menyelongkar beg mencari buku untuk subjek seterusnya tapi dia lupa kejap lagi waktu apa.

"Jadual kau mana?"

"Aku tinggal dekat rumah, sebab aku tau kau akan bawak. Aku tau aku bijak tak perlu puji"

"Ceh, hah kejap lagi waktu Sir Namjoon. Kau ada bawak kamus lebih tak?"

"Ada, kenapa?"

"Aku nak pinjam, aku tau kau akan bawak sebab tu aku tinggalkan kat rumah. Aku tau aku bijak, mohon jeles" Haeyong mengflipkan rambutnya dengan acah bergaya. Tapi last last rambut tu dah jadi macam sarang burung. Dayeon tatap dia jijik.

"Dah pahal dengan kembar tu?" Hinata disebelah Hoyeun mengerutkan dahinya. Taemi di depan mereka turut memandang kembar Lee tersebut.

"Biarkan diorang, perangai hanat keluar dah tu. Jangan layan" Taemi pusing semula ke hadapan kerana kelas dah nak mula.

Block tahun 2*

"Weih Cikgu Kang tak datang ke?" Zhaofe menepuk bahu Aeyoon dari belakang.

"Tak dia cuti" balas Aeyoon tanpa berpusing ke belakang.

"Cuti apa? Tak kan first day sekolah cuti" Minha di sebelahnya mengerutkan dahi.

"Cuti bersalin"

Keadaan diam untuk seketika.

"PERGHH BERTAMBAH LAGI ANAK DIA. FUH AKTIF NAW" Zhaofe kembali bersandar pada kerusinya sambil meletakkan kakinya di atas kerusi sebelah. Rakan semeja dia takde pergi tandas so rilek lu.

"ASTAGHFIRULLAH WOI MENGUCAP WOI" Minha bangun menghadapnya diikuti Aeyoon. Hampir terjatuh seketul Zhaofe dari kerusi sebentar tadi.

"KAU FIKIR APA HANAT?!" Aeyoon membulatkan matanya. Terkejut dengan apa yang dia dengar dari sepupunya itu.

"Tak sekarang ni korang dua yang fikir bebukan pastu di tuduh pulak aku yang inesen dan kacak serta comel ini" Zhaofe membuat mimik muka kesian seperti dia menjadi mangsa keadaan. Kedua dua gadis itu membuat roll eyes-agitheww.

Ajom kita biar diorang sekolah. Author pun nak pergi kelas ni huehuehue melencong jap. Jangan bagi kantoi author 2 sekian.












Nah buat tatapan readers semua HAHAHAHAHAHAHAHAHA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nah buat tatapan readers semua HAHAHAHAHAHAHAHAHA

ᴄᴏᴜsɪɴs² ⁿᶜᵗ ʲᵘⁿⁱᵒʳ [HIATUS]Where stories live. Discover now