Bab 2

83 2 0
                                    

EMPAT bulan kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

EMPAT bulan kemudian.

“Angkatan aaapaaa?” terbeliak biji mata Delaila mendengar ayat penerangan maknya sebentar tadi. Rasa macam gempa bumi dah di sekitar meja makan ni.

Mak Nirah cuba bertenang diri sehabis baik sepanjang sesi perkhabaran tersebut. Dibiarkannya Delaila meluahkan apapun rasa asalkan tidak kurang ajar, cukup. Cekodok di tangan, siap cicah sebelum disuanya ke mulut.

“Bila?” tanya Delaila lagi.

“Petang semalam. Pak Saleh datang berdua dengan Mak Rahah.” Sambung Mak Nirah. Disuakan kotak baldu putih berisi cincin. “Tengoklah, kut berkenan.”

“Kenapa dia orang datang petang? Kenapa tak malam, masa orang ada di rumahhh?” Delaila tertepuk meja makan dengan kuatnya, dek kerana panik dan tertekan setelah mengetahui keluarga Fard Arjuna masuk meminan tanpa pengetahuannya. 

“Rumah terbakar panggil bomba! Bomba datang berlumba-lumba... phon! Phonnn!” sekali dengan bunyi hon okey. Terkejut Mak Nirah dibuatnya. Habis terpelanting cekodok yang sudah separuh digigitnya, jatuh ke lantai.

“Mak...” Delaila terus gapai tangan emaknya lalu mengusapnya lembut. Lupa dia yang emaknya melatah. ‘Maaf mak.’

“Budak bertuah ni lah! Kan aku dah melatah! Seee...kaliku tampar baru tahu!” Mak Nirah urut dada. Kali ini, barulah betul terkejut.

“Orang tak kira. Orang tak nak dia, mak. Diakan duda? Lagipun dia bukan taste orang tau. Ghani tu barulah taste. Eee, serabutlah dia tu.” Delaila lap peluh di dahi. Oh tidak!

Mak Nirah terangguk-angguk, “...dah berani guna perkataan taste sekarang, tak menahan betul. Kemahin.” Dia berbicara sendiri tetapi masih boleh didengari dengan jelas.

“Langit dengan bumi, takkan boleh didekatkan sampai kiamat mak. Pipit dengan enggang, takkan boleh terbang sama paras.” Nak pecah kepala dia memikirkan alasan yang kukuh buat menyokong diri sendiri supaya peminangan tersebut dibatalkan. Delaila dengan Fard Arjuna? Aduh! Kenapa boleh jadi macam ni?

“Dah namanya pun langit dan bumi, sah-sahlah diciptakan khusus di tempat masing-masing. Pipit dan enggang tu burung juga. Dua-dua tetap boleh terbang, biarpun tak boleh terbang sama paras.” Dicantasnya pantas alasan demi alasan yang dibangkitkan oleh Delaila untuk terus mengelakkan diri. Mak Nirah tak nampak satu pun kekurangan Fard. Malahan, dia bersyukur anak perempuannya masih ada yang sudi memandang.

“Dah habis menikah semua anak dara dan mak janda di taman perumahan kita ni ke, sampai dia terpaksa pilih orang jadi isteri dia?” sambung Delaila lagi.

“Dah di berkenan dengan kamu. Biarlah.”

“Mak, bekas isteri dia supermodel Malaysia. Orang ni runner aje mak. Kulit muka ni pun, kang kejap gelap, kejap putih mak.” Tambah Delaila terus. Panik jangan cakaplah.

Duda Klang ValleyWhere stories live. Discover now