SINOPSIS (BLURB)

75 1 0
                                    

Delaila bekerja sebagai runner di syarikat penghantar barang di Runner Hub biarpun memiliki ijazah. Tak kisahlah kerja apa, kerana baginya, rezeki Allah yang bagi. Ini bahagiannya.

Segalanya bermula di suatu petang, selepas sahabatnya, Wardina membocorkan satu rahsia mengenai abang sulung; Fard Arjuna kepadanya.

"Gini ajelah, kalau lagi empat bulankan, aku masih juga single dan abang kau pun masih berstatus duda trang tang-tang aum cak-cak dan dia tak bercadang langsung untuk rujuk balik dengan bekas isteri dia semula dannn bekas isteri dia pun comfirm-comfirm tak gila talak, kau beritahu abang Arrrjuna tapa kau tu masuk minang aku aje, habis cerita.” Selorohnya bersulam ketawa mengekek sikit punya kuat dengan harapan dapat melihat senyuman di wajah Wardina segera bertukar. Dia cuba ubah mood stres perbualan kembali ceria.

Apa jadi setelah cukup empat bulan...

“Angkatan aaapaaa?” terbeliak biji mata Delaila mendengar ayat penerangan maknya sebentar tadi. Rasa macam gempa bumi dah di sekitar meja makan ni. Mak Nirah cuba bertenang diri sehabis baik sepanjang sesi perkhabaran tersebut. Dibiarkannya Delaila meluahkan apapun rasa asalkan tidak kurang ajar, cukup. Cekodok di tangan, siap cicah sebelum disuanya ke mulut.

“Mak, bekas isteri dia supermodel Malaysia. Orang ni runner aje mak. Kulit muka pun kejap gelap kejap putih.” Tambah Delaila terus. Panik jangan cakaplah.

“Apa salahnya kerja tu? Mulia dan halal okey. Lepas ni, senanglah kamu nak berkhemah makan-makan kat rumah Mak Rahah. Taklah segan sangat muka aku ni nak mengadap jiran hari-hari. Kalau tidak, setiap kali musim mangga, musim kedondong, musim jambu, segala mak nenek musimlah lah yang duk ada kat keliling rumah Mak Rahah, kamu dengan muka tak malu kamu tu duk tercongok pergi sana makan buah free. Sedih!” jelas Mak Nirah menahan geram.

Kau tahu apa itu cinta? – Duda Klang Valley

Tak. - Delaila

Jadi hargai aku yang dah mula jatuh cinta pada kau sekarang ni. Selamat malam. - Duda Klang Valley

Dia Delaila; seorang perempuan yang berpewatakan agak lasak bak tomboi, pandai masak, mencabar secara berseloroh tanpa fikir natijahnya.

Dia Fard Arjuna; seorang duda yang agak dingin, sukar senyum, pendiam, yang akhirnya jatuh cinta dengan pencabarnya sendiri.

Kalau betul sayang gila, naturalis nya kau bisa lepaskan segalanya dan biar dia bahagia sepenuhnya; Itu tanda cinta kau sebenar-benarnya; Biarpun dia tidak tahu... - Caption; Instagram @delaila.husin

Caturan ku mudah; Aku King. Kau Queen. Tiada lagi Crush mulai esok, kecuali Pawn. Jangan kata abang tak warning! - Caption; Instagram @dudaklangvalley

Duda Klang ValleyWhere stories live. Discover now