“Mmm... abang aku sikit punya suka kuah rojak kau tau? Aku dah asingkan sesiap untuk dia. Botol kecil ni, dia punya. Dia dah pesan awal-awal kat aku, suruh ambil stok baru daripada kau. Stok lama, habis.” Tangan Wardina sudah siap-siap alihkan botol tersebut ke sisinya. Bukan boleh percaya Delaila ni. Kang dah puas makan mangga, dia buat muka tak malu, bawa balik botol kuah rojak dia. Bukan ditinggalkannya. Buruk siku.

Delaila buat muka. Dirampasnya Iphone Wardina. “Aku kenal abang kau bukan sehari dua tau? 25 tahun.” Tertancap matanya merenung ke skrin, sambil menyambung bebelannya. “Sampaikan kes dia lari satu taman ni naik basikal dengan sepender londeh, gara-gara tak nak bersunat pun aku tahu tau.” Dipilihnya satu posting secara rawak dengan gambar tangan ke udara seakan meraikan cahaya matahari yang hampir berlabuh. Dibacanya caption tersebut dalam hati sekali lalu.

Jangan ajar, hatta beri rujukan sekalipun kenapa putus cinta tu memang sakit begitu-begini. Biar Tuhan jadi guru. Biar aib dan lukanya terarah dan diadukan kepada TuhanNya sahaja dulu. Jika ya, hatimu masih mahu membantu, beri dia bahu, buat sandar saat lelahnya datang bertamu. – Caption Instagram; @dudaklangvalley

“Eh?” berkerut dahi Wardina berfikir, “...bukan ke masa tu abang aku 10 tahunlah, kau baru lahir ya? Aku pun belum wujud lagi. Jangan nak berda’ah.” Terangnya, “...keee sebenarnya kau memang dah lama ada hati kat abang ak...,” belum sempat dia habiskan ayat terakhir, Delaila menepis laju.

“Choi! Cakap cantik sikit! Mak aku ceritalah. Dia akan paksa telinga ni dengar semua pasal abang kau.” Dengan pantas Delaila membela dirinya daripada ditebak terus menerus.

“Dah, jangan kacau. Aku nak menelaah curhat abang kau ni.” Sambung Delaila lagi. Mulutnya sahaja yang berbunyi, tetapi mata tetap fokus pada posting seterusnya. Makin menarik.

Tak kuat mana; sekadar bertahan untuk tatapan mata kasar agar tidak diperkotakkan. Usaha cari DIA dan La Tahzan. Tak mudah. Tahu (tetapi percayalah), masa bisa merawat apa pun (dengan IZIN-Nya). – Caption Instagram; @dudaklangvalley

Satu saat kemudian.

Dua saat kemudian.

Tiga saat kemudian.

Tap! Wardina petik jari depan muka Delaila. Lama pula melopong perempuan ni, “...terkedu lettew?” usiknya.

“Serius dia yang tulis ni?” soal Delaila dengan dahi berkerut.

Wardina angguk.

“Uyooo!” Delaila buat aksi, lima jari kuncup sentuh mulut, “...Masyaallah, shantiklah ayat dia, shantiklah. Boleh bikin ana punya batu sincinlah!(cincinlah)” diperolok-olokkan ayat-ayat curhat Fard sebelum ketawanya terburai di situ juga dengan meriahnya.

“Ssssshhhhh kau ni. Janganlah ketawa kuat sangat.” Menggelupur Wardina pekup mulut Delaila sepantas mungkin, apabila sahabatnya itu langsung tak makan saman dengan amarannya agar rendahkan nada ketawanya. ‘Beria sakan kau gelakkan orang ya?’

“Del!” ditepuknya bahu Delaila, “...abang aku, ada dalam bilik dialah.” Wardina raup wajah. Pangkin yang mereka berdua duduk melepak betul-betul menghadap bilik abangnya. Dia ni memang cari nahas betul.

“Huhuhu,” jenuh Delaila mengawal ketawanya yang masih rancak berbaki, “…maaf-maaf.”

“Aku nak follow dialah... kasihan kawan tak ramai sangat. Mesti dia tak tahu, keseronokan dapat like dan comment, kan?” tambah Delaila lagi.

Duda Klang ValleyWo Geschichten leben. Entdecke jetzt