Bab-24: True Love

Start from the beginning
                                    

Dari jauh Daisy melihat anak sulungnya, Daryan membaca bukunya dengan tekun.

"Apa yang anakanda baca itu?" tanyanya lalu mengambil tempat di sebelah Daryan. Lelaki itu terus tersenyum manis kearah Bondanya.

"Tentang Elf. Bonda tahu bukan kewujudan mereka? Iyan mahu tahu lebih terperinci tentang asal-usul mereka."

Daisy menggelengkan kepalanya perlahan. Rajin Daryan ini memang tidak boleh dibuat main. Benda yang dia tida disuruh belajar itulah yang dia belajar.

"Anakanda, nanti Bonda mahu Anakanda belajar cara jadi matang dalam membuat keputusan pula."

Daryan terus menutup bukunya. "Why? Bonda ingat Iyan tak reti buat pilihan lagi ke? Hello, Iyan sudah besar okey."

Daisy sekali lagi menggeleng perlahan.

"Iyan tahu? Suatu hari nanti Iyan akan ada pilihan. Dan pilihan Iyan itu yang menentukan apa yang Iyan akan hadapi. When you have to choose between a true love and your kingdom."

Daryan terdiam. "Then what will I choose?"

"Love."



Ryan mendekati Luna. "Nampaknya si Puteri sudah bertemu si Putera."

Permaisuri Luna mengangguk setuju begitu juga Raja Khai. "Mereka akan meneruskan takdir mereka."

"Takdir mereka atau takdir Luna?" Ryan mengangkat keningnya tinggi.

"Bukan salah akak okey. It's their own fate."


"Ryan. Bila Ryan nak betulkan semua keadaan? Ryan tidak mahu Kerajaan Ryan semula?" soal Queen Luna. King Khai sudah lama meninggalkan mereka dan bercampur bersama Raja yang lain. Tidak mahu masuk campur.

"I will. Tapi bukan sekarang. Selepas semuanya pulih, Ryan rampas semula tahkta itu. Tapi bukan untuk Ryan." Iris merah Ryan menembusi sesuatu tempat. Queen Luna juga melihat kearah yang sama.

"He will. Prince Raikarl Christ."



Darwin tegak berdiri disebelah Aryan. Rayana juga tidak ketinggalan. Mereka hanya menjamah jus oren dan sekali-sekala Rayana menjengah pancuran coklat yang boleh menyalut buah-buahan yang dihidang. Kecur air liurnya.

"Kau kenal tak anak Raja tu semua dekat sini?" tanya Rayana kepada Darwin. Memandangkan hari sudah mahu sampai kemuncak, dia dibenarkan untuk meluangkan masanya sebentar bersama rakannya.

"Aku kenal anak-anak Raja tu. Sebab biasanya aku ikut Ayahnda aku melawat Kerajaan lain." Sememangnya Raja Luke tidak kisah membawa Darwin bersamanya sebagai pembantu. Lagi pula, dia mahu Darwin mengenali kesemua Kerajaan demi masa depan. Lain pula dengan si abang sulung iaitu Daryan kerana jejaka itu lebih gemar belajar melalui buku. Tidak hairan Daryan memakai cermin mata manakala Darwin tidak.

"Ouh. Kenalkan lah, lagipun jarang semua Kerajaan berkumpul macam ini." Kata-kata Rayana dipersetujui oleh Aryan. Dia juga mahu tahu tentang orang lain. Sampai bila mahu duduk di bawah tempurung sahaja.

Darwin memerhati sekelilingnya lalu menunjuk kearah seseorang. Dia mengenakan pakaian kehijauan dan terdapat sayap yang jatuh kerana tidak dikembangkan di bahagian belakangnya. Di atas kepalanya terdapat Tiara kecil yang bertahktakan Emerald hijau.

"Itu Princess Adara Lucien. She's Tressa Princess. Macam kau tahu, Tressa kan Udara. Sebagai Puteri disana wajarlah dia ada sayap seakan bidadari di kayangan. Tapi dia ada abang, kejap aku tak jumpa."

Matanya tertancap pula kepada seorang jejaka yang gagah bersut hitam. "He is Prince Adarlan Lucien. The angle."

Rayana seperti berminat. Tidak mengapalah, puji jodoh orang lain.

"He is Prince Edhan Leonard. Orang yang kita jumpa di Wertaz. Dia itulah Putera Wertaz."

"Oh, si Leo yang muka dia asyik masam tu? Yang macam orang tidak cukup zat tu? Patutlah." Sempat lagi Rayana memerli. Bukan apa, sejak dia kena tangkap dengan Leo kerana curi masuk bunga di laman Istana Wertaz sejak itulah Rayana berdendam dengan Leo kerana Leo melayukan bunga tersebut dengan ais. Nasib baik Rayana ini seorang penguasa tumbuhan yang diwarisi dari ibunya, Lizza. Tak guna!

"Amboi kau, sedap kutuk anak raja. Nak kena pancung ke?" usik Darwin. Rayana menyepetkan matanya.

"Sudahlah. Bila majlis nak habis ni? Aku penatlah," rungut Aryan yang merupakan seorang yang mudah melelapkan matanya.

"Kejap lagi. Aku pun tengah tunggu Daryan ni. Sunyi pula aku berpisah dengan dia." Hati kembarnya merintih syahdu.

"Biarlah dia dengan siapa tu? Rhosyn?" Darwin mengangguk mengiyakan kata-kata Rayana.

"Irene?" tanya Aryan pula bila Irene juga hilang dari pandangan.

"Dia tengah... Wait aku ingatkan dia dekat ruang jamuan sana melantak kek." Rayana mula mencari kelibat Irene. Baru tadi Irene mengajak dia untuk curi makan kek blueberry di hidangan meja.

"She's with him. Don't worry about it."

"Siapa?" Pelik dengan Darwin. Siapa 'dia' itu?

"Ah nanti kau orang tahu lah."

"Their true love."

♚♚♚

To Be Continued...

Read•Comment•Vote

Berita tak baik. Saya lupa dah watak dalam ni. Oke bye.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now