Wahai Kawan...

88 22 174
                                    

Assalamualaikum w.b.t

Korang semua apa khabar? Sihat ke tidak?

Aku? Alhamdulillah aku sihat.

(walau tak siapa tanya, aku nak jawab gak HAHAHAHA)

Aku ada beberapa friendly question yg aku nak tanya korang. Tolong jawab ok?

Soalannya :

1. Umur korang berapa?

2. Korang asal mana?

3. Aku nak panggil korang apa ni? Baby ke sayang?

( sbb ada yang aku dh tahu nama, ada jugak yg belum so tu sebab aku tanya nama tu. Baby ke sayang tu gurau je ye... )

Haa.. Tu je soalan aku. Senang an? Macam makan kacang dalam cendol je.

Daripada kita terus kelaut, kita main dekat gigi air je dulu k? (Apa aku merepek ni)

Jom kita mula!

بسم الله الرحمن الرحيم

༺═──────────────═༻

Buatmu insan,
yang bergelar kawan,
Dikau hadir sebagai teman,
Temani aku yang kesunyian,

Susah senang dikau bersama,
Andai ku jatuh dikau ada,
Bantu aku bangkit semula,
Kaulah teman yang sering dipinta,

Tika aku rasa kehilangan,
Kau ada memberi semangat,
Kau teman mebawa keriangan,
Kau penyebab aku selamat,

Oleh itu wahai kawan,
Janganlah dikau tinggalkan aku,
Menyendiri tidak berteman,
Kerana aku tidak mampu,

Andai diri aku bersalah,
Janganlah dikau biarkan aku,
Tegurlah aku dan bimbing lah aku,
Bawa ku kembali pada yg SATU,

Jangan ditegur dalam amarah,
Tegurilah aku dengan berhemah,
Kerana diri sering dicemuh,
Buatkan aku semakin lemah,

Terima kasih wahai kawan,
Setialah di sisi ku selamanya,
Semoga dapat kekal persahabatan,
Di dunia hingga ke syurga NYA

Insya Allah...

༺═──────────────═༻

Aku minta maaf andai ayat susah difahami. Aku tak pandai do nak buat ayay power ii ni. Tapi sibuk jugak nak letak. Hehehe sorry wehh.

Ok, apa yang aku cuba sampaikan ialah...

Kalau korang ada kawan / sahabat yang selalu ada di sisi korang saat korang susah senang. Jangan pernah lepaskan dia dan jangan pernah sakitkan hati dia. Kawan mcm ni susah untuk kita cari. Sekali Allah dh bagi dia dekat kau, kau kena hargai dia.

Kalau kau rasa masih belum ada, Insya Allah dia akan datang juga dekat kau suatu hari nanti dalam keadaan yang kau sendiri tak tahu.

Mungkin kau rasa belum ada, tapi percayalah ada org yang anggap kau kawan macam ni. Mungkin diorang tak tunjuk tapi diorang pun jaga kau dalam diam.

Cik Penyibuk Talk'sWhere stories live. Discover now