Delisha memincingkan mata dia. Tidak percaya. Dia mendekati Haikal. Membuatkan lelaki itu tidak tentu arah.

"Erm...okay"

Afif, Haikal dan Eric menghela nafas lega. Nasib baik mereka tak banyak soal jawab. Daryan pula diam memerhati. Ada sebab mereka berkumpul di mansion dia hari ini. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Afif dan Haikal. Selalunya, Eric yang selalu bersamanya.

"Haikal, kau teman Delisha. Bawa dia keliling mansion"

Haikal segera mengangguk. Daryan tidak mahu Delisha mendengari perbualan mereka. Daryan tidak mahu gadis itu terkejut. Delisha pula merelakan saja apabila hujung lengan baju dia ditarik oleh Haikal. Afif dan Eric memandang Daryan.

"Ikut aku"

























"Apa pergerakan baru dari Leo? Dia dah mulakan rancangan dia belum?"

Mereka berkumpul di bilik kerja Daryan. Agak tertutup dan tidak kelihatan sangat. Eric dan Afif berdiri tegak di hadapan Daryan. Sedangkan Daryan, lelaki itu duduk santai di atas kerusi empuknya.

"Belum lagi. Apa yang aku tahu, dia ada berjumpa dengan seorang perempuan. Aku tak pasti siapa. Tapi muka dia ada iras Delisha. Sama. Aku sampai terkejut sebab ingat Delisha. Tapi bila difikirkan balik, perempuan tu ada parut terbakar di bahu kirinya"

Daryan kerut dahi. Memikirkan perempuan yang dimaksudkan oleh Afif. Parut kesan terbakar di bahu kiri. Iras Delisha. Hanya seorang saja yang kini bermain di fikiran dia. Ilma. Adik kembar Delisha.

"Leo tak tunjukkan banyak sangat pergerakan dia. Aku dah buat apa yang kau suruh. Leo letak harga tinggi. Lima ratus ribu. Kau nak proceed ke?"

"Proceed je. Bagi lebih. Satu juta. Aku tahu, Leo licik. Dia pandai main duit. Harga akan naik. Better kau bagi tinggi dari harga asal. Pasal budak-budak tu, kau dah settle kan?"

"Dah. Aku dah suruh mereka tinggal di tempat perlindungan. Okay, kalau macam tu aku akan deal dengan Leo. Perempuan tua tu? Apa kau nak buat?"

Bibir Daryan mengukir senyuman sinis. Hampir lupa pula dia. Daryan melihat buku log di hadapan dia. Senarai nama peminjam wang darinya. Daryan tidak letak bunga. Jika mereka pinjam 10 ribu, maka 10 ribu juga mereka akan bayar. Tiada bunga.

"Kau dah jumpa perempuan tu? Apa dia cakap?"

"Macam biasa. Alasan sama. Aku geram tahu tak! Berjoli pandai. Hutang taknak bayar. Bodoh! Anak sanggup dia jual dekat kau!" Eric berkata geram. Melempiaskan emosi dia.

Daryan tertawa kecil. Mata dia tajam memandang sesuatu di balik langsir. Bayangan hitam yang kelihatan jelas dengan mata tajamnya. Laci meja dibuka. Desert Eagle yang sentiasa di letak dalam laci itu dibawa keluar secara sembunyi. Eric dan Afif masih belum sedar.

Bang! Lelaki itu tumbang. Terkena tembakan di bahagian dada. Eric dan Afif tersentak. Mereka memandang ke arah pintu balkoni bilik kerja Daryan yang terbuka luas.

"Macam mana boleh terlepas masuk!" Daryan berkata geram. Sistem keselamatan di mansion dia sangat ketat. Setiap pengawal, akan diimbas identiti terlebih dahulu.

Id kad diberi dan juga kod rahsia mereka. Jika di scan di pintu masuk, maka alarm akan berbunyi nyaring jika nama mereka tiada dalam sistem. Kebanyakkan musuh Daryan yang banyak tumbang. Kantoi disitu.

"Aku rasa dia menyamar jadi salah seorang pengawal kita. Tengok, id kad dia ada. Means, ada pembelot dalam kumpulan kita! Tak guna!" Eric menghentak kuat buku limanya di dinding.

DARYAN DELISHA | COMPLETED | S S •3•Where stories live. Discover now