Faris loves Aish

9 1 0
                                    

AISH memasuki dewan kuliah seperti biasa. Mengikut perkiraan Aish sendiri, dia selalu menjadi orang pertama yang sampai. Tabiat Aish untuk datang awal kerana dia begitu menyukai perasaan itu. Matanya tertangkap 3 orang lelaki yang terlebih dahulu sampai sebelumnya. dalam tak sedar Aish membuat muka menyampah sebelum berlalu ke tempat yang selalu didudukinya.

Sebelum memulakan kelas, dalam masa 15 minit Aish akan membuka aplikasi free fire. Masa untuk menembak. Walaupun tidak dapat membunuh di dunia nyata, apa salahnya membunuh di dunia permainan. Sebelum menekan butang 'mula', Aish perasan ada seseorang yang menghampirinya namun tidak dihiraukan. Kerana bagi Aish, dia langsung tidak mengenali lelaki-lelaki yang dilihatnya tadi.

"hai, boleh I duduk?" tegur Faris dengan senyuman yang membunuh. Namun Aish hanya melihat dengan pandangan tanpa perisa. "tak boleh, aku dah tanda untuk member aku." Terdengar gelak kecil daripada 2 orang kawan Faris. Aish memandang skrin telefonnya kembali. Dibibirnya sudah tergaris senyuman sinis. Seperti sudah mengagak apa yang akan dibuat oleh Faris yang mustahil untuk menegurnya sedangkan ramai lagi perempuan yang lagi cantik.

"alaa, sekejap je. nanti kawan you datang, I duduk kat tempat kawan-kawan I." Faris mencuba lagi. Kali ini Faris tak boleh gagal, dalam jadual hidupnya selepas bermain permainan 'truth or dare' perkataan gagal langsung tidak tersenarai.
"no thanks sebab aku nak main game, kalau kau nak borak dengan aku lah. macam mustahil je kau saja-saja nak duduk sini tanpa sebab yang logik kan?" Aish terus menekan butang mula tanpa menghiraukan Faris yang masih berdiri di sebelah.

Faris terus duduk tanpa mendapat keizinan daripada Aish. Muka menyampah ditayangkan. "sampai hati you buat I macam tu. Nak merajuk lah." Faris memuncungkan bibir, berharap Aish akan rasa bersalah.

"kau tak payah nak buat ayat geli-geli dengan aku lah. jijik." Tanpa melihat Faris, Aish bersuara. Faris rasa maruah dirinya seperti dipermainkan Aish. Faris terus bangun dan menolak kepala Aish dari belakang. Syazwan dan Mikhael terkejut dengan tindakan Faris. Aish memejam mata seketika. Dalam masa sesaat Aish bangun dengan menghentak menampar meja.

"dayus, kau nak apa? Kalau setakat nak tunjuk hebat, bukan dengan aku. Kehebatan kau takkan diiktiraf kalau kau cari gaduh dengan perempuan." Rendah nada suara Aish namun tersimpan beribu senjata.

"kau ingat aku nak sangat manja dengan kau? Kalau aku diberi pilihan between kau dengan anjing. Aku lebih pilih anjing lah." Aish tersenyum sinis. "patutlah perangai macam hancur, kawan dengan anjing rupanya. Hey dayus. Aku tak mintak kau sweet talk dengan aku tau. Try kau tanya member kau. Dia yang start dulu kan?" Aish bertanya kepada Syazwan dengan Mikhael. Kedua-duanya hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu.

"apa je yang korang tahu? Hancurkan hati perempuan? Macam lah aku tak tahu plan korang. Eh, story pasal korang dah merebak ke seluruh tempat tau. Tak susah pun aku nak baca tindak tanduk korang bila lelaki yang langsung tak kenal aku tiba-tiba nak geli-geli dengan aku. Korang ingat aku nak expect apa?!" rahang Faris bergerak-gerak tanda menyimpan sakit hati yang amat kuat.

Kedatangan pelajar lain membuatkan Syazwan dengan Mikhael terpaksa menarik Faris menjauhi Aish sebelum orang ramai melihat tindakan Faris yang seterusnya. Aish duduk dengan debaran hangat terasa. Kalau Aish boleh bertindak ikut hasutan abang dan akan Lis, dah lama kepala Faris pecah.

AISH memandang bangunan hotel dihadapannya. "betul ke Syuhada nak jumpa aku kat sini? Asal tak call aku terus?" Aish terus bergegas ke sini apabila mesej daripada nombor yang tidak dikenali mengaku sebagai Syuhada yang diragut dan dibawa ke hotel ini. Telefon Syuhada telahpun dicuri. Sebelum sempat Aish melangkah, seorang pekerja di hotel itu mendekatinya.

"cik Aish kan? Kawan cik Syuhada?" sapa pekerja itu dengan pertanyaan. Aish hanya mengangguk dengan senyuman. "ikut sini ya cik." Arah pekerja itu. "okay." Aish hanya mengikut langkah pekerja itu tanpa curiga kerana pekerja itu perempuan jugak.

Collection Short StoriesWhere stories live. Discover now