Jung Seven

702 167 21
                                    

Author's POV

"Ini wish kau?" soal Sooyeon sambil melontar pandangannya pada funfair yang sedang berlangsung dengan meriah itu

"Haah! Dah jom!"

Tangan gadis itu ditarik untuk membeli tiket sebelum masuk

"Apa kite nak main dulu?" soal Sooyeon teruja

"Eleh, tadi macam tak berminat."

"Itu tadi, sekarang lain cerita."

"Kalau datang sini mestilah wajib naik viking! Lesssgo!"

Sebuah permainan yang kelihatan seperti kapal itu mereka naikki untuk permainan yang pertama

"Weyh! Haunted house weyh! Jom cepat!!"

Tangan Jungwon ditarik ke arah rumah hantu yang wajib dikunjungi jika berada di situ

Sebaik sahaja mereka menapak masuk ke dalam, tengkorak tengkorak palsu dan haiwan seperti ular dan labah labah palsu menyambut mereka

"Weyh aku protect kau tau! Jangan takut.." ujar Jungwon

Sooyeon berhenti melangkah lalu memandang ke arah tangan Jungwon yang menggengam erat lengan bajunya 

"Bwarghhhh!"

Sooyeon dan Jungwon dikejutkan dengan sergahan satu makhluk berambut panjang membuatkan Jungwon terus membuka langkah

Tidak semena menanya manusia bertopengkan hantu itu ditendang olehnya membuatkannya tersungkur ke lantai

"Yah! Asal kau tendang?"

"Aku terkejut lah!!"

"Lari cepat!!" ujar Sooyeon lalu menarik tangan Jungwon

"Aduh, apalah nasib aku ni. Aku buat kerja je pun kena tendang." rungut pekerja tadi

Sebaik sahaja berjaya keluar, Sooyeon memukul bahu Jungwon perlahan

"Boleh pula kau tendang pekerja tu tadi eh?"

"Sape suruh dia kejutkan aku."

"Pabo-yah! Dah memang itu kerja dia."

"Hm yelah yelah.."

"Kau haus tak? Aku pergi beli air eh." ujar Sooyeon lalu terus meninggalkan Jungwon untuk membeli air

"Dua orange juice.." pesannya pada penjual air lalu menyambut airnya setelah siap

"Kamsahabnida.."

Sooyeon kembali ke tempat Jungwon tadi namun lelaki itu tidak kelihatan di mana mana

Dia berpusing pusing di sekitar kawasan itu namun masih tidak kelihatan

"Jungwon-ah! Takkan dia sesat macam dulu tu. Aduh, kenapalah aku tinggalkan dia tadi."

 ⊱✎⊰ 10 Months┆ Jungwon   ུ⸙͎Where stories live. Discover now