20

210 45 3
                                    

"Yuta, kau ok tak?" Nini membantu Yuta bangun. Tali dawai di pergelangan kaki Yuta dibuka. Lelaki itu mengerang kesakitan akibat luka yang terlalu dalam. Nini mengeluh lemah.

"Apa kau buat ni?" tanya Yuta. Dia berasa curiga. Dia tahu, Nini yang menikam belakang sahabatnya sendiri iaitu Aryna. Yuta takut jika Nini berbohong lagi.

"Tolong, percaya kan aku. Aku nak tolong." kata Nini. Yuta merenung nya tajam. Baju hoodie nya dibuka lalu dibuang ke dalam tong sampah. Terlalu banyak kesan darah dibaju nya.

"Aryna. Aku nak cari Aryna." kata Yuta. Dia berlari pantas ke tingkat atas. Setiap satu bilik diperhatikan namun tiada tanda-tanda Aryna di dalam bilik tersebut. Yuta terbatuk kecil lalu beberapa titisan darah keluar.

"Sakit." ujar Yuta. Perut nya terasa seperti dihiris sembilu. Sakit itu hanya tuhan sahaja yang tahu.

"Aryna!" Yuta membantu Aryna bangun. Wanita itu sudah nyawa-nyawa ikan. Darah tidak henti-henti keluar daripada badan nya. Aryna perlu dirawat segera supaya badan nya tidak kekurangan darah.

"Ah!" Yuta mengerang kesakitan. Kepala nya diketuk dengan besi panas yang besar. Tubuh Aryna dipeluk erat. Doyoung meludah air liur tepat ke muka Aryna.

"Kau fikir kau boleh lari?" tanya Doyoung. Nini dibawa masuk ke dalam bilik itu. Habis pipi nya ditoreh akibat menolong Yuta tadi. Nini memberikan tanda bahawa ada senjata api di bawah carpet  itu.

"Doyoung, tolong. Kau sanggup nak bunuh isteri kau? Kau tak ingat islam yang mengajar kau selama ni? Kenapa sampai macam ni kau buat dekat Aryna?" tanya Yuta. Dia menyelok tangan nya ke bawah carpet.

Rambut Aryna ditarik. Doyoung memandang wajah bekas isteri nya lama sambil tersenyum sinis. Pipi mulus Aryna ditepuk beberapa kali. Satu ciuman lembut diberikan.

"Aku tertipu dengan wajah suci kau tu. Lelaki macam kau patut pergi neraka tau tak!" jerit Aryna. Doyoung menampar wajah Aryna kasar. Rambut Aryna ditarik semakin kuat.

"BANG!" Yuta melepaskan beberapa das tembakan. Di anggap peluru itu terkena pada Doyoung namun tidak. Peluru itu terkena tepat diperut Aryna.

"Aryna!" Nini memegang kepala sahabat nya sambil memohon maaf. Bunyi siren polis mula kedengaran. Doyoung ketawa kecil sambil mendekati Yuta.

"Good bye. Semoga hidup kau bahagia di dalam penjara." kata Doyoung. Dia terus mengarahkan orang nya untuk menyiapkan segala persiapa untuk pergi. Yuta lihat segala dadah dan senjata haram telah dipindahkan ke dalam lori.

"Bye, semoga kita berjumpa lagi."

✴✴

"Aryna." mayat Aryna akan dibawa pulang ke Malaysia. Majlis solat jenazah itu hanya mampu dilihat daripada luar. Yuta dibawa oleh beberapa orang polis untuk hadir ke majlis kecil itu.

Bayi kecil yang digendong doktor Kwon itu dipandang lama. Kulit putih mulus dan mata hazel perang. Yuta memandang bayi kecil itu sambil tersenyum kecil.

"Ni lelaki ke perempuan?" tanya Yuta. Doktor Kwon ketawa kecil. Dia dan isteri nya ditugaskan untuk menjadi penjaga sebentar kepada bayi itu. Selepas itu, baru dipulangkan semula kepada Yuta untuk menjaga nya.

"Aku check tadi. Perempuan." kata Doktor Kwon. Yuta mengangguk faham. Bayi satu lagi tidak dijumpai polis. Mungkin itulah bayi lelaki yang telah dibunuh oleh Doyoung.

"10 tahun je wei. Masa akan bergerak pantas. Jangan risau, aku akan jaga budak ni dengan baik." kata Doktor Kwon. Dia juga mesti berjaga-jaga agar Doyoung tidak menjumpai anak perempuan nya.

"Tolong jaga dia, untuk aku. Jangan cerita apa-apa. Dia takkan percaya apa yang telah berlaku pada keluarga dia." kata Yuta. Dia dibawa masuk ke dalam kereta polis. Doktor Kwon hanya memandang sayu. Tingkap kereta dibuka bagi memudahkan Yuta melihat bayi perempuan itu buat kali yang terakhir.

"Bye Helena. I'll come back soon."

after you. dy✔Where stories live. Discover now