03

227 57 12
                                    

"Allahuakbar." Aryna menghempaskan badan nya diatas sofa yang empuk. Satu hembusan berat dilepaskan. Dalam beberapa hari ni, kepala nya sakit dan wajah nya pucat. Mungkin atas faktor cuaca sejuk.

"Cik nak balik dah ke?" tanya Nini. Aryna mengangguk. Dia bingkas bangun lalu mengambil beg tangan nya. Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 petang.

"Saya balik dulu." kata Aryna. Dia melangkah keluar daripada bangunan pejabat nya. Masing-masing mengenakan baju tebal saat keluar daripada tempat kerja. Aryna bercadang untuk beli kopi sebelum pulang ke rumah.

"Dua Americano." pesan Aryna. Dia duduk menunggu di meja kecil berdekatan kaunter. Sedang ralit dia bermain telefon, Aryna dikejutkan dengan bunyi ketukan.

"Dr.Kim? Doktor Kim kan?" tanya Aryna. Sejak kemalangan yang menimpa Doyoung, doktor Kim dikatakan telah berhenti kerja. Tapi, tidak tahu sebab nya.

"Betullah Aryna. Lama tak jumpa." kata Doktor Kim. Aryna hanya mengangguk. Wajah Doktor Kim telah banyak berubah atas faktor usia yang semakin meningkat.

"Doyoung mana? Datang sini sorang je ke?" tanya Doktor Kim. Aryna mengangguk. Doyoung sekarang sibuk menguruskan syarikat ayah nya.

"Doyoung kerja. Syukur, kami berdua sihat je." jawab Aryna pendek.

"Saya memang nak jumpa kamu. Saya nak tanya Doyoung sihat atau tidak. Sebab—" tidak sempat Doktor Kim ingin menyambung ayatnya, pesanan kopi Aryna telah sampai. Doktor Kim berdehem kecil.

"Oh, apa yang doktor nak sambung tadi?" tanya Aryna. Doktor Kim hanya menggeleng sambil tersenyum.

"Saya balik dulu ye. Kalau ada masa, kita jumpa lagi." kata Aryna sambil senyum. Doktor Kim membalas dengan satu senyuman kelat.

"Doyoung takkan bertahan lama."

✴✴

"Coffee." Aryna menyerahkan secawan kopi kepada Doyoung. Lelaki itu diserang selsema akibat suhu yang terlampau sejuk. Selimut tebal dikenakan di atas Doyoung.

"Nak balik Malaysia cepat. Tak tahan sejuk nii." omel Doyoung. Aryna mengiyakan. Sejujurnya, dia pun tidak tahan sejuk.

"Oh, awak dah makan ubat?" tanya Aryna. Doyoung menggeleng perlahan. Aryna merengus geram.

"Makan ubat. Sakit awak tu belum sembuh lagi. Janganlah degil!" marah Aryna. Doyoung menjeling tajam.

"Saya dah sihat. Lagipun dah 5 tahun saya makan ubat tu. Dah jemu tau tak?" kata Doyoung. Aryna diam. Betul juga kata Doyoung. Sudah 5 tahun dia makan ubat. Takkan tak sembuh pula.

"Awakkk, kalau tibe-tibe sibuk...taknak kawan." kata Doyoung. Aryna menjelirkan lidahnya sambil ketawa kecil.

"Oh ye. Pembantu awak tu dah berhenti kerja ke? Dah lama saya tak tengok dia datang sini untuk ambil awak." kata Aryna. Doyoung mengangguk. Bukan apa, pembantu Doyoung itu sudah tua.

"Oh ok. Ha, awak ni dah solat ke belum. Pergi solat sekaranggg." kata Aryna sambil menepuk belakang badan Doyoung. Lelaki itu mengerang kesakitan.

"Ok ok. Saya pergi sekarang."



after you. dy✔Where stories live. Discover now