13

175 45 5
                                    

"Doyoung, please. Dengar apa saya nak cakap." tangan Aryna ditepis kasar. Masing-masing memandang ke arah Aryna dan Doyoung. Aryna tau ia agak memalukan tapi dia perlu juga berjumpa.

"Doyoung,saya tak nak kita cerai." kata Aryna. Doyoung berhenti lalu mengeluh kasar lalu mengarahkan Ryumin untuk pergi dahulu.

"Kau yang mintak cerai dulu. Apa yang kau nak sekarang ni?" tanya Doyoung. Aryna memegang hujung lengan baju Doyoung erat.

"Jangan buat macam ni. Risiko tinggi. Awak nak ke anak ni lahir tanpa bapa?" tanya Aryna. Doyoung berdecit kecil. Tangan Aryna ditepis sekali lagi.

"Kau gugur kan tak boleh? Senang. Kau datang merayu dekat aku ni jijik tau tak. Macam mintak sedekah!" kata Doyoung. Air mata Aryna mengalir sekali lagi.

"Tolong Doyoung, saya dah tiada apa-apa sekarang ni." kata Aryna. Beberapa orang pengawal menyuruh Aryna untuk keluar. Doyoung tersenyum sinis sambil memandang isteri nya.

"Awak jangan ingat awak dapat harta ibu ayah saya. Walaupun semua ahli keluarga aku dah mati, tapi awak masih ada anak yang berjantina lelaki." bisik Aryna. Dia melangkah keluar dengan wajah sembam dan serius.

✴✴

"Doyoung terlibat dengan pengedaran dadah dan senjata haram. Dulu, ayah dia pun buat kerja haram yang sama. Dan sekarang, Doyoung smbung balik." kata Yuta. Aryna termenung seketika. Perut nya dipegang erat.

"Doyoung mesti tahu yang kau tahu apa yang dia buat. Doyoung mesti takkan benarkan kau bagitahu satu dunia. Sekarang, syarikat dia dah berkembang luas." kata Yuta. Aryna mengeluh perlahan. Dia tidak menyangka Doyoung akan buat begini.

"Report polis jelah. Senang." jawab Aryna.

"Kau report polis, dalam masa 30 minit...kau akan diburu. Kau diperhatikan tau tak. Cuma kau yang tak tahu." kata Yuta. Aryna menggaru kepala nya yang tidak gatal.

"Kau stay dekat hospital jelah. Kau makin sarat. Jangan bahaya kan nyawa budak berdua tu." bebel Yuta. Aryna berdecit kecil.

"Oh, btw. Esok aku sibuk. Jangan rindu pulak." kata Yuta. Aryna menggeleng laju. Tak kuasa mahu merindui bagai. Banyak lagi yang erlu difikirkan.

"Cakap jelahhh. Ehehh. Kau kena bernasib baik sebab ada kawan macam aku ni." kata Yuta. Aryna ketawa kecil. Segala masalah yang difikirkan hilang sementara.

"Tolong masak. Aku lapar." kata Aryna..Yuta mengangguk lalu melangkah ke dapur.


✴✴

"Macam mana ade pewaris lelaki! Kalau nak harta keluarga tu, hanya perlu ada pewaris lelaki! Tapi, masalah nya perempuan tu ada anak lelaki! Kau rasa!" jerit Ryumin. Nini menyuruh sahabat nya bertenang.

"Harta Doyoung, takkan tak cukup lagi. Relax lah. Harta Doyoung takkan habis." kata Nini. Ryumin menjeling rakan nya kasar. Disisip segelas wain ditangan nya dengan rakus.

"Aku akan ambil cawangan perniagaan ayah pompuan tu! Lepastu, aku dengan Doyoung bakal jadi orang terkaya di dunia. Takdelah lepas ni, penjualan rahsia dia terbongkar!"  kata Ryumin.

"Hm, yelah." kata Nini. Ryumin tersenyum puas.Segala yang dirancang sudah berjaya. Dengan Doyoung yang sudah tertipu dan Aryna sudah bercerai, boleh lah dia lakukan rancangan seterusnya.

"Bunuh Aryna dengan anak dia sekali."

after you. dy✔Where stories live. Discover now