Haechan dan Johnny berpandangan. 'Cara elok'? Tak silap diorang tadi si Lucas ni dah macam buka gelanggang gusti dah tadi.

Lucas segera keluar selepas mengambil power bank dia.

"Kenapa pipi aku sakit ek? Satu badan sakit ni" monolog Renjun seorang diri.

Kembali kepada team dipasar raya

Ceh macam rancangan tv pulak.

"Weih binatang apa ni?" tanya Chenle kepada Sungchan sambil menunjukkan sesuatu di dalam akuarium.

"Tak kan tak tau kot? Tu kan terung-"

"Terung ke mendenya kau ni, tu timun laut lah" Xiaojun mengusap tangan yang dia guna ketuk kepala Sungchan tadi.

"Hyung ni, baru nak kelentong mamat ni" Sungchan mencebik lalu pergi ke arah Jaemin.

"Balik nanti nak ngadu dekat Jae hyung lah" monolognya disebelah Jaemin.

"Asal dengan kau ni Chan?"

"Takde apa lah Jaem hyung"

Jaemin hanya mangankat bahu dan menolak troli pergi ke arah Kun yang sedang membelek sayur sayuran.

"Hyung, lepas ni nak pergi bahagian mana?" soal Xiaojun sambil tangannya mengheret Chenle yang berusaha nak lari.

Lari pergi mana? Pergi main osom dengan acik jaga kaunter. Jadah kau nak ajak dia main, dah lah kawan tu tengah kerja.

"Bahagian bahan mentah, hah kau Jun tolong ambik minyak masak dua botol"

"Dua botol?" Xiaojun bertanya, fuh kau minyak dah lah mahal.

"Ye lah, macam aku tak tau yang korang semua ni malas nak keluar. Sebab tu hyung suruh ambik siap siap, tahan tiga minggu rasanya" jawab Kun.

"Hah ok, kau ketot ikut aku" Xiaojun berlalu pergi.

"Dia panggil aku ketot? Dasar"

"Kau kena sedar Chenle, kau kena sedar" Sungchan menepuk bahu Chenle supaya bertabah. Chenle dengan malas abadi miliknya berjalan ke arah Xiaojun.

skip

"Dah nak dekat pukul tujuh, Chan pergi panggil Taeyong hyung" suruh Kun sambil tangannya memasukkan barang yang di beli ke dalam kabinet.
Sungchan hanya menurut lagipun dia nak pergi mengadu dekat Jaehyun.

"Taeyong hyung, Kun hyung panggil. Dia ada dekat dapur"

"Ok ok thanks" Taeyong bangun dari pembaringan untuk keluar dari bilik. Sempat dia turunkan suhu aircon sebab tengok Jisung tu dah teruk sangat berbungkus atas katil tu.

"Kita nak masak apa?" Taeyong memandang ke arah Kun sebelum beralih ke arah Doyoung dan Yuta.

"Alah masak je pape pun, semua jenis makanan diorang telan" kata Yuta.

"Haah, kecuali budak budak tu. Diorang ni payah sikit nak makan sayur" Doyoung mengambil beberapa batang carrot untuk dibasuh.

"Betul juga tu" Taeyong bersetuju.

skip

"Uwah sedapnya bau" Ten turun kebawah bersama Shotaro.

"Alang alang kau dekat sini, tolong panggilkan yang lain turun makan" Yuta menyuruh Ten yang dah ready nak terkam makanan yang siap terhidang.

ᴄᴏᴜsɪɴs ⁿᶜᵗWhere stories live. Discover now