☀22 - flight

352 54 2
                                    

Jam dinding di pandang berkali kali dengan hati yang gelisah . Aelli berasa semakin risau , sebentar saja lagi dia akan bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai untuk kembali ke tanah airnya , Korea Selatan .

Terlihat ayahnya menyusun barang di but kereta membuatkan dia menjadi tidak keruan . Rasa tak sampai hati nak bagi tahu , itulah patutnya inform dari haritu lagi .

"Aelli ? Kamu ok ke ?"

Halmeoni datang menghampirinya lalu duduk di sebelah Aelli . Wajah kerisauan Aelli ketara sangat , halmeoni yang dari tadi duk perhati je Aelli dari sebelah pintu rumah .

"Halmeoni....sebenarnya Aelli risau . Aelli...tak bagitahu lagi Ten , Lucas...Lisa dan lain lain yang Aelli nak balik Korea"

Aelli memandang sayu saja muka Halmeoni . Sedih betul nak tinggalkan Thailand , mana taknya sudah sebati tinggal kat sini apa boleh buat ?

"Aelli selagi ada masa ni , pergilah bagitahu . Taknaklah kamu pergi tanpa ucap selamat tinggal"

Aelli merenung seketika wajah neneknya . Dengar nasihat halmeoni membuatkan hati gadis itu jadi bersemangat sikit .

Jadinya , dia senyum kepada halmeoni lalu berdiri dan membuka langkah untuk ke rumah Ten yang bersebelahan rumah halmeoni .

Berdebar juga hati Aelli berjumpa Ten , takut dia kecewa sebab bagi tahu dia lambat . Haihhh serabut saja kepala Aelli , sudah lah baru baik dari sakit .

TINGG ! TONGG !

Loceng ditekan sekali , pintu di buka dengan pantas oleh Ten . Sejujurnya , gembira hati Ten melihat Aelli datang ke rumahnya .

"Ini dia princess sudah sampai . Masuklah..."

"Eh Ten takpe , aku datang sekejap je...sebab nak bagitahu kau sesuatu"

Senyuman yang terukir semakin pudar , dia dapat rasakan berita buruk yang bakal dikatakan oleh Aelli .

"Aku...japgi....Aku akan balik Korea sekejap lagi . Aku bukan taknak beritahu kau awal tapi aku harap kau faham"

Terkaku Ten mendengar ayat dari Aelli , kini hilang terus senyuman manisnya . Macam tak percaya apa yang Aelli katakan kepadanya .

"Bwo.....?"

"I'm so sorry , Ten"

Maka , Aelli berpusing untuk bergerak kembali ke rumah neneknya . Luluh hati Ten melihat Aelli pergi .

Tiba di rumah , Keluarga Jung sedang menunggu Aelli di dalam kereta . Halmeoni di pintu rumah datang dekat kepada cucunya itu .

"Aelli , jaga diri bebaik kat sana tau . Nanti kalau ada masa , baliklah sini"

"Ok . Halmeoni pun jaga diri bebaik tau . Hm Aelli pergi dulu"

Lalu mereka berpelukan dengan erat . Kemudian , Aelli berjalan memasuki perut kereta dengan rasa tidak senang .

Kereta sewa berjenama Hyundai mula bergerak di atas jalan raya lalu melepasi Ten di depan rumah keluarganya .

Ten nampak clueless dengan keadaan sekarang . Disebabkan pergerakan kereta yang perlahan , Ten nampak wajah Aelli yang kelihatan sedih .

Telefon di tangan Aelli mula menekan button unlock untuk menghantar mesej kepada Lucas dan Lisa .

Laju jari jemarinya menaip mesej kepada kawan kawannya itu . Sebenarnya , Aelli masih tidak percaya bahawa dia akan kembali ke Korea Selatan . Cepat masa berlalu .

TINGG !!

Lucas yang sedang bermain game , muncul notifications dari Aelli . Tergopoh gopoh dia menekan noti tu . Terus lupa pasal game dia .

From : Aelli
Text : Lucas , harini aku balik Korea . Aku harap kau tak marah sebab aku bagitahu kau lambat . Hm harapnya kita dapat berjumpa lagi . Bye

Terkelu lidah Lucas . Secara automatik dia berdiri dan lari keluar dari rumah . Laju saja dia berlari dan melihat kiri kanan sekiranya ada teksi untuk dia naik ke lapangan terbang .

Tepat pada masanya , teksi melalui kawasan tersebut maka Lucas terus menahan teksi itu .

•••

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai , Lucas berlari masuk dan cuba mencari figura Aelli .

Telefon di tangan menaip nama Aelli lalu menelefon gadis itu sambil tercungap cungap .

Tetiber dia terdengar lagu ringtone yang dia kenal iaitu ringtone telefon Aelli . Tidak jauh darinya , Lucas melihat ke belakang dan ternampak sosok tubuh Aelli bersama keluarganya .

"Aelli !"

Lucas menjerit namanya membuatkan Aelli tersentak dan memandang ke arah empunya suara .

"Lucas ?"

Lelaki itu mendekati Aelli dengan panik . Ya Tuhan lega hati dia masih ada peluang untuk melihat gadis itu buat kali terakhir .

"Kau buat apa kat sini ? Macam mana kau tahu aku kat sini ?"

Bertubi tubi soalan Aelli beri kepada Lucas . Naik turun naik turun dada Lucas dek tercungap cungap .

"Aku nak jumpa kau . Aku actually tak suka ucap selamat tinggal bukan face to face . Hm lapangan terbang ni je yang dekat....cuba nasib gitu"

Aelli tersenyum gelagat Lucas yang sudah tergaru sana sini . Tisu yang berada di poket tepi beg nya di tarik dua helai lalu mengelap peluh di dahi Lucas .

Tuan Jung dan Puan Jung menahan senyuman mereka . Start lah mereka menyangkakan Lucas ni boyf Aelli .

"Kau tak perlu susah susah datang dari jauh"

"Eh takpe , kau kan....kawan aku . Taknaklah lepaskan peluang untuk hantar kau balik Korea Selatan semula"

Tuan Jung melihat jam tangan , hampir 1.00 tengahari . Mereka bertiga perlu masuk ke dalam sana sebelum pukul 2.00 petang .

"Aelli , jom ?"

Ajak Tuan Jung . Aelli pun mengangguk dan akur kata ayahnya itu . Semakin sedih hati Lucas mendengar kata tersebut .

"Lucas , aku pergi dulu . Bye"

"Bye...."

Kalau diberikan peluang , mahu saja Lucas memeluk Aelli tapi dia kena hormat gadis itu . Dia tahu batas hubungan mereka sebagai kawan .

Macam sedih je chap ni ? Sedih ke guys ?
Aku tak berapa pandai buat scene sedih ni

+vote+comment+

[C] Highschool Cinderella : tenDonde viven las historias. Descúbrelo ahora