Kereta tiga ada Kun, Renjun, Sungchan, Xiaojun, Lucas dan Chenle.

Kereta empat ada Taeyong, Doyoung, Haechan, Shotaro dan Jaehyun.

Tambah sikit author kat atas bumbung— maaf sila teruskan.

Dengan lafaz bismillah mereka mula bergerak.

Kereta satu »

"Hyung" Mark memanggil Taeil yang fokus memandu.

"Lah kau tak tidur ke?" soal Taeil.

"Tak, ni nak tanya. Jauh lagi ke?"

"Lebih kurang lagi 6 jam rasanya sampai la kot"

"Lambatnya, hyung boleh tahan ke nak bawa? Kalau tak boleh, tukar dengan Mark"

"Boleh je, jangan risau la. Hyung ok"

"Siapa kata Mark kisahkan hyung? Mark tanya sebab Mark ada dalam kereta ni. Nanti tak sempat kahwin macam mana? Lagipun hyung bawa lagi lima nyawa dalam ni" Mark terkekek kekek ketawa lepas Taeil jeling dia.

"Natang ini budak"

"Alorhh hyung, gurau je gurau manja" sekali lagi Mark ketawa.

"Banyak lah kau punya manja" Taeil mendengus geram. Kalau bukan sebab syarat atok, dah lama dia tinggal mamat ni dekat tepi jalan.

Seronok ah tu sakat orang? Siap kau Mark.

Mereka berdua mula rasa agak selesa, rupanya tak lah teruk sangat pun perangai memasing.

Maka mereka pun terus dan terus dan terus takde belok belok bersembang sementara yang lain dibuai ✨mimpi✨

Kereta dua »

"YO WORK IT!"

Ya dalam tu ialah team work it. Lagu nct yang dimainkan di radio menyemarakkan lagi suasana dalam kereta itu. Semua nctzen dalam tu.

"Tak sangka yang korang pun minat nct" Johnny sebagai driver idaman setiap wanita tak kiralah tua atau muda, single atau janda tergelak kecil.

"Tu lah pasal" Ten disebelah turut tergelak.

"WOKEH NEXT SONG IS 90'S LOVE YO! JAEMIN PLAY THE MUSIC" Hendery dan Jaemin menjadi dj berjaya dibelakang sekali sementara Yuta dan Jisung tengah main fon.

"READY SET!" Jaemin menekan butang play di henfon miliknya. Jangan pelik, ia bersambung dengan radio guna bluetooth.

Yuta dan Jisung kelihatan agak kurang berminat jadi diorang main fon. Yuta tengok anime, Jisung main pubg tapi mulut sedang ikut yang lain menyanyi.

Dan akhirnya mereka juga terjebak sekali. Kuat betul godaan Hendery ni ajak diorang join.

Jadi bergegor lah kereta itu kerana mereka sedang mengadakan club secara haram atas highway. Kereta yang selisih sebelah pun terus pecut bila tengok diorang terkinja kat dalam.

Kereta tiga »

Sunyi, itu je boleh ungkap sekarang ni. Memasing masih kekok lagi.

"Apahal kereta depan tu?" tanya Lucas kepada Kun.

Kun hanya mengangkat bahu tanda tak tau sambil tengok kereta dua.

"Hyung, jom main game" Chenle bersuara di belakang. Dari tadi duduk tak diam dolphin ni.

"Game apa?" Xiaojun bertanya tapi matanya masih lagi memandang luar tingkap. Tengok apa pun tak tau la, jodoh kot.

"Rantai huruf?"

"Hah boleh juga tu, aku pun bosan ni" kata Sungchan disebelah Chenle. Dia pun lebih kurang je duduk tak diam.

"Disebabkan Kun hyung paling tua so dia mula dulu" Renjun ketawa sebaik saja melihat muka tak puas hati Kun.

"Alah buat macam kau tak tua nanti" balas Kun dengan senyuman sinis. Muka ceria Renjun terus bertukar jadi muka cemberut.

Hambek kau memain lagi soal umur. Kan dah mendapat.

"A" laung mereka kepada Kun.

"Atok memang cari nahas dengan kita"

"Wah hyung, pandai eh sekarang" Lucas tatap jejaka yang memandu disebelahnya itu dengan tatapan tidak percaya.

"B"

"Betul juga cakap Kun hyung tadi" Xiaojun turut ketawa bersama Kun.

"C"

"Celaka betul perangai sesorang" Renjun menambah lagi gelak ketawa mereka. Sakit perut diorang dia buat.

"D"

"Dah cucu atok, memang celaka lah" Sungchan pun bermain lah sep sep dengan Chenle. Bangga dengan jawapan dia.

Jap, korang main game ke kutuk atok sendiri ni ಠ_ʖಠ

Pepelik je ayat korang.

Permainan di teruskan bersama gelak ketawa, seronok ek kutuk atok korang. Dasar cucu mithali betul.

Kereta empat »

"BABIH—"

"WOIH WOIH SALAH LIRIK LA HANAT" Haechan mengetuk kepala Shotaro yang berada di depan tempat duduknya.

"Kau ni Hyuck, dia baru belajar korea kan. Apa la kau ni" Taeyong mempertahankan Shotaro. Tak, benda betul dia baru nak belajar korea. Maklum la duduk jepun lama sangat sampai tak balik langsung.

"Hah sambung sambung" Jaehyun cuba memberhentikan pergaduhan antara Haechan dan Shotaro sebab Taeyong sokong Shotaro tadi.

Doyoung buat tak tau je, lebih baik dia fokus memandu.

"BABY SHARK DOO DOO HIT CHU WITH DAT DU DDU DU DDU OYEAH OYEAH!"

"WOI KAU LAGI LA SALAH LIRIK" Shotaro menjeling Haechan. Ceh tadi kata dia tahu lirik betul. Ni mende ni? Tetiba keluar lagu hitammerahjambu.

"Apa lah korang ni, yang sebetulnya macam ni uhuk uhuk IGE URI TANG TANG TANGTANG DU DU DU DU D—"

"NI BUKAN SETAKAT SALAH, NI SESAT TERUS!" jerit penghuni kereta itu kepada Taeyong. Acah je lebih last last lagu kanakkanakliar yang keluar.

"Better korang nyanyi lagu lain" Doyoung memberi cadangan. Dia pun dah stress dengan diorang semua ni.

Nak nyesal tak guna dah bro.

Mereka teruskan konsert tak berbayar mereka dalam kereta itu. Memasing ada bahagian tersendiri, seperti Haechan, Jaehyun dan Doyoung yang menjadi vocalist.

Taeyong pula rapper. Sementara Shotaro buat raver kat belakang, ye la tak kan dia nak berdiri menari kot. Kereta lain yang nak buka tingkap ambik udara pun terus terbantut lepas dengar diorang.

Pencemaran bunyi istilahnya.






ᴄᴏᴜsɪɴs ⁿᶜᵗWhere stories live. Discover now