❦Chapter Seventeen❦

556 97 133
                                    

WARNING !
+ chapter yang panjang
+ scene cliche sumpah nak mampus

______________________

«ᴇᴠɪʟ ғʟᴏwᴇʀ»
______________________

"Baris ikut kelas sekarang! 5-A1 di sebelah kiri! 5-A2 di sebelah kanan! Cepat gerak! " lalu cikgu Yoon meniup wiselnya. Apalagi? Cepat-cepatlah pelajar dari kelas itu beratur seperti yang diarahkan.

"Okey! Hari ini.. " cikgu Yoon mula menjelaskan aktiviti mereka pada hari itu. Semua pelajar fokus mendengar. Tapi tidak bagi Leeseul. Hati dia tu melonjak gembira sebab kelasnya bergabung dengan kelas Sunghoon. Jarang tau ada peluang macam ni. Biasanya kelas Leeseul bergabung dengan kelas hujung. Tapi kali ini bergabung dengan kelas kedua pula. Amboi, dahlah ada crush kat situ. Kerap kali Leeseul mencuri pandang ke arah Sunghoon walaupun lelaki tu tidak memandangnya. Pernah tak korang macam ni? Kalau pernah, haa duk diam-diam and enjoy your moments!

'Ini peluang kau untuk rapat dengan dia, Leeseul! Pedulikan tentang deal tu.' bisik hati Leeseul. Senyuman sinis terukir di hujung bibirnya.

____

"Okey! Next, pelajar perempuan. Dua dari kelas 5-A1 dan dua dari kelas 5-A2. " kata cikgu Yoon.

Tanpa ragu, Leeseul terus keluar. Dan seorang lagi ialah Yeonhee. Sunhwa dan Heejin dah awal-awal wakilkan diri tadi.

"Semangat betul Leeseul tu kan? Padahal dialah nombor satu paling cerewet kalau disuruh berlari. "

"Alaa macam kau tak tahu. Nak tunjuk-tunjuk dekat Sunghoon la tu. "

Jake yang mendengar bisikan dari pelajar lain itu terus menoleh ke arah Sunghoon. Saja nak tengok reaksi dia. Namun reaksi Sunghoon seolah dia tak dengar apa-apa padahal jelas sangat suara-suara yang mengumpat pasal Leeseul tadi.

Leeseul sibuk meregangkan ototnya sebelum berlari. Tapi aktivitinya terhenti bila mendapati wakil dari kelas 5-A2 pula ialah Hwayeon. Leeseul memandangnya tak percaya.

"Bwoya? " Leeseul bersuara membuatkan Hwayeon menoleh. Apalagi ketika Hwayeon tersenyum.

"Hai Leeseul. " ucap Hwayeon dengan mesra namun Leeseul hanya menjeling. Kalau aku tahu dia satu team ngan aku, tak nak aku jadi wakil tadi. Itulah kata hati Leeseul saat itu.

"Sila bersedia sekarang. Ke garisan.. " Leeseul mula bersedia. Begitu juga dengan Hwayeon dan dua orang pelajar itu lagi.

"Sedia... " memasing jantung mula berdegup kencang. Belum berlari lagi kot tapi jantung dah berdegup laju.

Preeeetttt!

Sebaik saja wisel dibunyikan, keempat-empat pelajar perempuan itu memulakan larian mereka. Sunhwa dan Heejin paling bising menyorak untuk Leeseul.

Sungguh mengejutkan bila Leeseul dan Hwayeon mempunyai kelajuan yang sama. Tapi Leeseul takkan mengalah. Dia nak juga menang dan ingin mendahului Hwayeon.

"Woahh betul ke tu Leeseul? "

"Sejak bila pula dia pandai berlari? "

"Dulu dia lari macam katak tapi sekarang macam kuda--akh! " Jisung mengaduh kesakitan apabila terasa kepalanya dipukul dengan botol.

"Kau cakap macam tu lagi aku potong lidah kau. " ugut Heejin membuat Jisung menciut takut.

Satu kejadian tak dijangka apabila Leeseul berasa seseorang menendang kakinya. Leeseul terjatuh tapi pada masa yang sama dia tertolak Hwayeon juga membuatkan kedua-dua mereka jatuh bersama. Kejadian yang cliche tapi kalau nak cerita menarik, kena ada benda-benda cliche kan? Haa merepek lagi.

Tapi itulah yang terjadi. Hwayeon dan Leeseul mengalami kecederaan tapi Yeonhee dan seorang lagi wakil dari kelas 5B itu pula teruskan larian sehingga ke garisan penamat. Manakala pelajar yang menonton pula ikut terkejut. Cikgu Yoon segera menghampiri kedua pelajar yang jatuh itu. Sama juga dengan Heejin dan Sunhwa serta ada jugalah beberapa pelajar lain yang sibuk nak ikut.

"Eommaaaa kaki Seul sakitlah! Huaaaaa macam mana ni?!!! Seul dah takleh berjalan! Seul taknak jadi cacat! " Leeseul merengek macam budak kecik kat situ manakala Hwayeon cuba menahan kesakitan di tangannya.

"Leeseul-ah! Neo kwenchanha?! " Heejin dan Sunhwa segera mendapatkan Leeseul.

"Tak, aku tak okey! Kaki aku sakit ni! "

Sedangkan Hwayeon memandang Leeseul dengan raut wajah hairan.

'Bukan Leeseul ke yang tolak aku? Kenapa dia pulak kesakitan?'

"Hwayeon-ah, kau okey? " satu suara yang sangat dikenali Leeseul mahupun Hwayeon kedengaran. Leeseul tak puas hati. Kenapa? Sebab orang itu ialah Sunghoon dan Sunghoon lebih peduli tentang Hwayeon?! Nak je Leeseul nangis betul-betul kat situ.

"Err.. a-aku okey.. tapi tangan aku ni.. " Cikgu Yoon segera memeriksa tangan Hwayeon. Tetiba Hwayeon menjerit kecil apabila tangannya dipulas. Ya, memang sakit. Tak tipu tau.

Sunghoon terus memberi tatapan tajam ke arah Leeseul. Leeseul memasang wajah meminta simpati seolah dia tak bersalah.

"Mengaku je lah, Leeseul. Kitorang nampak kau yang tolak Hwayeon tadi. " tak, ini bukan Sunghoon. Tapi salah satu rakan sekelas Hwayeon. Sunghoon hanya diam.

"Hey! Jangan tuduh sembaranganlah! Leeseul pun cedera jugak! " Sunhwa cuba membela Leeseul.

"Elehh kau pun nampaklah. Tapi kau saje je nak bela besfren kau tu. "

"Yah! "

Cikgu Yoon menghentikan perdebatan itu. "Haih sudah-sudah! Hwayeon, betul ke Leeseul tolak kau tadi? "

"Cikgu! Saya tak tolak dia! Saya-- "

"Diam dulu, Leeseul. Cikgu tanya dia bukan kamu. " kata Cikgu Yoon membuat Leeseul menutup mulutnya.

"S-saya.. tak pasti.. tapi.. Leeseul macam langgar saya then kami jatuh sama-sama.." itulah yang Hwayeon rasakan apa yang terjadi.

Leeseul tetap nak bela dirinya. "Cikgu! Tadi ada yang tendang kaki saya, cikgu! Sebab tu saya jatuh! Saya tak sengaja tolak dia pun! Betul cikgu! Lihat ni kaki saya! "

Semua memandang ke arah kaki Leeseul. Bahagian buku lalinya mula sedikit membiru.

"Tu karma namanya. Kau cuba nak tolak Hwayeon tapi diri sendiri pun kena. Takde sesiapa pun nampak tendang kaki kau. Yang jelas kau tolak Hwayeon. " kata salah satu rakan sekelas Hwayeon. Leeseul tak puas hati sebab hampir mereka semua tak percaya dengan kata-katanya.

Apabila Leeseul memandang Sunghoon, namun lelaki itu pula mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

Ya, hati Leeseul lebih sakit berbanding kesakitan kakinya itu.







Evil Flower | Park SunghoonWhere stories live. Discover now