Namun, segera aku melarikan pandangan dan merenung karpet. Abaikan. Aku tahu, Daryan tidak akan tertarik dengan gadis seperti aku. Kasar. Keras kepala. Nakal. Memang out untuk dijadikan bakal isteri. Lebih baik aku hidup single sampai ke tua dari menghadapi dunia rumah tangga yang penuh dengan cabaran dan memerlukan mental yang cukup untuk menghadapinya.

Selesai papa memberi tazkirah ringkasnya, aku segera menyalami tangan mama. Kemudian, beralih ke arah papa. Aku berdiri sambil menanggalkan kain telekung. Daryan pula telah keluar bersama Faez sambil berbual kosong.

"Nanti turun bawah ya..."

Aku hanya mengangguk kepada mama Aisyah. Aku segera naik ke tingkat atas menggunakan lif. Malas nak mendaki anak tangga. Sampai di dalam bilik, segera aku menanggalkan telekung dan disangkut di tempat penyangkut bersebelahan almari solek.

Shawl malas warna kelabu menjadi pilihan aku. Dipadankan dengan baju tidur satin berlengan panjang warna hitam dan sangat loose dari tubuh aku yang kecil ini. Aku lebih selesa menggunakan pakaian yang loose atau besar dari saiz yang asal. Tidak suka tubuh aku menjadi tatapan mata lelaki di luar sana.

Aku segera turun ke tingkat bawah. Sampai di anak tangga terakhir, aku terkejut mendengar suara-suara dari ruang dapur. Wajah aku berubah sebaik saja melihat pemilik suara yang cukup lembut, tapi aku dapat rasakan semua itu dibuat-buat.

Aku berdehem hingga menarik perhatian mereka semua. Aku segera menarik kerusi di sebelah Faez. Duduk di antara mama Aisyah dan Faez dan menghadap wajah Daryan.

"Hai, kakak. Lama tak jumpa kan. Maaf lah, adik datang tak bagitahu kakak..." tutur suara itu dalam nada manja.

Yang membuatkan aku terasa sangat mual. Apatah lagi melihat pakaian dikenakan oleh gadis di hadapan mama Aisyah itu. Sangat mencolok mata. Terdedah dan cukup ketat.

"Erm...lama jugak lah..." sahut aku dingin.

Perempuan itu; Riesha Ilma. Adik kembar aku. Tapi Ilma memang dari kecil mengikut mummy aku. Dan aku pula mengikut papa sejak penceraian mereka. Sejak dari itu, hubungan aku dan adik kembar aku sangat dingin.

"Kakak macam tak seronok je Ilma datang sini. Kakak benci Ilma ke?" Soalnya dalam nada dibuat sedih.

Aku mendengus. "Kalau ya...kenapa? Kau terasa?" Soal aku sinis. Cukup sinis.

Aku melihat Ilma mengetap gigi. Heh, jangan harap aku akan layan kau elok-elok budak! Kau dan mummy kau tu, sama-sama boleh berambus dari hidup aku. Tak habis-habis menyusahkan aku dan papa!

"Isha..." tegur mama Aisyah di sebelah kanan aku.

Aku segera menyuap nasi ke dalam mulut dengan perasaan cukup sebal. Sakit mata melihat tingkah gedik Ilma yang asyik mengedik dengan Daryan. Sedangkan lelaki itu, wajahnya datar seolah-olah tidak terguris dengan goodaan dari Ilma.




















Ilma tersenyum sinis melihat kelibat kakak kembarnya. Makin meluap rasa bencinya kepada Delisha. Walaupun mereka mempunyai ikatan yang cukup kuat, namun perasaan benci Ilma pada kakak kembarnya sangat kuat. Hingga, dia dan mummy nya sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mendapat nama di bahagian harta Tan sri Hanz Mikael.

Seperti sekarang ini, Ilma asyik mengandeng tangan Daryan. Dia sudah tertarik dengan jejaka kacak itu sejak pertama kali melangkah masuk ke dalam rumah papanya. Dia harus mendapatkan Daryan yang kacak itu walau apa pun caranya.

"Abang Daryan...erm...abang dah berpunya ke?" Soal Ilma cukup berani.

Ilma sempat mengerling riak wajah Delisha yang tenang minum air tanpa mempedulikan dia. Ilma mendengus perlahan. Ingin saja dia melempar wajah tenang Delisha dengan sisa makanan di dalam pinggan dia.

"Dah" balas Daryan singkat.

Wajah Ilma langsung berubah. Saat itu lah, mata dia perasaan yang Daryan asyik memandang Delisha. Ilma mengetap bibirnya. Tidak boleh jadi! Dia tidak mahu kalah dari Delisha.

"Ala...siapa lah perempuan malang tu ya...abang betul-betul sukakan dia ke? Abang yakin ke dia boleh setia? Mana tahu kan, perempuan tu jenis murah..." Ilma berkata dalam nada cukup kuat.

Membuatkan Delisha yang sedang minum air tersedar. Perit dada dia melihat senyuman sinis dari adik kembarnya. Tak guna! Ilma memang cari pasal dengannya.

"Shut up Ilma! We are eating right know! Where's your manner!" Tegas Tan sri Hanz Mikael. Tidak berkenan dengan mulut lancang anaknya.

Perangai sangat serupa dengan bekas isterinya; NurLina. Lagi-lagi di hadapan Daryan yang merupakan tetamu mereka. Ilma segera mengunci mulutnya.

Selesai makan, mereka membawa diri ke ruang tamu. Ilma masih seperti tadi, asyik mengandeng Daryan yang jelas-jelas tidak suka dengan kehadiran gadis itu. Sangat menganggunya. Ilma mengikuti Daryan hingga ke halaman luar. Begitu juga Faez dan Delisha.

"Stop follow me idiot!" Marah Daryan dalam nada masih terkawal. Tidak mahu mengejutkan Tan sri Hanz dan Puan Aisyah di dalam rumah.

Ilma mencebik bibir. Dia duduk di atas kerusi batu sambil menyilangkan kaki. Menampakkan peha gebunya yang hanya dibaluti mini skirt paras peha dan ketat.

"Dah bang. Jangan layan budak tak cukup akal ni. Memang selalu datang sini suka sangat buat masalah. Orang nak tenang-tenang pun tak boleh. Kau ingat rumah ni apa? Klub malam! Suka hati nak keluar masuk!" Marah Faez pula. Siap pakej sindirian.

Ilma mencebik. "Hello...ini rumah papa aku. Secara tak langsung ni rumah aku jugak! Hak aku! Kau tu, yang menumpang, buat cara menumpang!"

Faez buat bodoh. Dia membuka telefonnya dan melayan video di Facebook. Begitu juga Daryan yang membuka e-mail di telefonnya. Ada ingin melihat jika ada e-mail penting dari PA atau dari kliennya sepanjang dia berada di Malaysia.

"Jangan nak perasan sangat! Belum tentu lagi papa nak serahkan rumah ni pada perempuan busuk macam kau ni!" Sembur Delisha cukup pedas.

Ilma mengetap gigi. "Eh kau diam! Aku pun anak papa, dan aku memang ada hak! Kau jangan nak memandai sangat..."

Delisha tertawa sinis. Ya Allah, yakinnya.

"Aku memang pandai. Tak macam kau bodoh! Asyik bergantung pada papa. Tak pandai cari duit sendiri. Asyik meminta dari dulu. Kau ingat papa apa? Bank bergerak kau? Macam tu!"

Ilma menghentak kuat tangan dia di atas meja batu itu. Bengang mendengar kata-kata sindiran dari kakak kembarnya. Rasa benci semakin mendalam, membuatkan Ilma tidak sabar menghapus kakak kembar dia.

"Kau jangan megah sangat! Aku akan pastikan kau lenyap dalam dunia ni...Fasha Delisha..."

Ilma segera berlalu setelah berbisik penuh amaran di telinga kakak kembarnya. Wajah dia sangat merah. Namun, Delisha hanya berwajah biasa. Seakan tidak takut dengan amaran dari adik kembarnya.

"Aku akan gunakan muka aku ni untuk rampas semua yang kau ada Fasha Delisha! Setelah kau mati, semuanya akan jatuh ke dalam tangan aku kakak ku tersayang..."

Ilma membayangi dirinya yang bakal dilimpahi harta dari Tan Sri Hanz Mikael. Ilma tidak sabar menunggu berita kematian kakak kembarnya. Dan juga, tidak akan dia lupakan- Daryan akan menjadi miliknya.

Kerana wajah mereka seiras. Namun, ada perbezaan antara mereka yang tidak pernah Ilma tahu hingga kini. Hanya Delisha, dan orang tertentu sahaja mengetahui perbezaan mereka berdua.

DARYAN DELISHA | COMPLETED | S S •3•Where stories live. Discover now