Al maklumlah Syamil ni handsome. Memang patutlah jadi perhatian orang.

Kaki Syamil berhenti di kelas tingkatan lima.Dia menjenguk kepalanya sambil tersengih.

Terbuntang mata Wardah melihat kehadiran adiknya di situ.

"What're you doing here Syamil al-Waqeel?"

Syamil tersengih lagi.

"Btw...boleh masuk tak teacher?"Syamil tergelak kecil.

Wardah mengeluh perlahan."Mnn masuklah.Syamil buat apa kat sini?Datang dengan siapa?Apa urusan datang sini?"tanya Wardah bertalu-talu.

Syamil tersengih sambil menadah tangannya.

"Nak apa?"

"Kunci kereta.Cepatlah bagi akak"

"Nak buat apa?"

Walaupun Wardah berasa ragu-ragu namun dia tetap memberi kunci keretanya kepada adiknya itu.

Syamil tersenyum lebar.

"Syamil bawak balik kereta akak okay.Akak balik dengan abang tau.Abang dan baby Hilya dah tunggu akak kat luar okay bye. Assalamulaikum"

Tangan Wardah disalaminya sebelum dia beredar dari situ.

"What?!Syamil!"

Wardah tercengang.Adehlahh adik aku ni pun!

Para pelajar Wardah memandang Wardah tidak berkelip.

"Aipp sambung buat kerja okay.Abaikan saya.Buat sampai siap.Saya nak keluar kejap.Nanti saya datang balik.And pastikan masa saya datang balik awak semua dah siap"arah Wardah sebelum dia keluar dari kelas.

Mata Wardah meliar mencari keberadaan anak dan suaminya.

Matanya terpaku pada seorang lelaki yang sedang mendukung seorang bayi perempuan di taman sekolah.

Kaki dihayunkan ke arah mereka.

"Abang... what're you doing here with Hilya?"Wardah bersuara.

Irfan terus menoleh ke arah isterinya sambil tersenyum manis.

Hilya yang melihat ibunya berada di situ terus terkapai-kapai tangan mahu didukung oleh ibunya.

Wardah tersenyum sendiri.

Dia mengambil Hilya daripada Irfan.Dicium sekilas pipi gebu anaknya itu.Eii anak sape ni yang comel sangat ni?Anak Kapten Irfan lah kan.

"Abang tak jawab lagi soalan saya.Kenapa datang sini?And kenapa kereta saya kena rembat dengan Syamil.Ni mesti abang yang rancang kan?"

Irfan memeluk pinggang isterinya sambil tersenyum manis.

"Ehh jangan peluk.Ni bukan rumah okay.Ni sekolah.Nanti ada orang tengoklah"ditampar kuat tangan suaminya agar tidak memeluknya.

Irfan mencebikkan bibirnya."Abang nak pergi pasaraya dengan sayanglah. Hilya pun nak pergi jugak.Esok dah start puasa.Alah bukan selalu abang boleh datang sini dengan Hilya"

Wardah tersenyum kecil.Alahai comelnya suami aku ni.

"Yelah yelah.Saya tak boleh lama-lama kat sini.Saya masuk dulu okay.Btw...Hilya why pegang tudung ibu kuat sangat ni?"

Tangan kecil Hilya menggenggam erat tudung bawal yang dipakai oleh Wardah.

"Hilya nak berkepit dengan ibulah tu"dicubit pipi tembam anaknya itu.

"Emm kalau macam tu sayang bawak jelah Hilya sekali.Abang tunggu kat sini"sambung Irfan.

Wardah memandang suaminya"Dah tu abang sorang-sorang kat sini?"

Irfan tergelak kecil.

"Takpe.Pergi je.Nanti bila kelas sayang dah nak habis,abang pergi kelas sayang okay"dicubit pipi isterinya pula melepaskan geram.

*****

"Wahh comelnya!"

"Teacher!Hilya comel sangatlah!"

Masing-masing berasa geram melihat kecomelan Hilya yang sedang didukung oleh Wardah.

Wardah hanya tergelak sahaja.

"Esok dah start puasa jadi jangan ponteng puasa tau.Anak pelajar saya baik-baik je kan jadi jangan buat hal okay"pesan Wardah sambil tersenyum manis.

"Okay teacher!"sahut mereka.

Sebelum pulang ke rumah, pelajar perempuan menyalami tangan guru mereka itu.

Sesetengah mereka sempat lagi mencuit pipi Hilya.

Irfan yang sedang berdiri di tepi pintu itu mendekati anak dan isterinya.

Beg tangan isterinya serta buku teks diambil olehnya.

"Okay jom kita pergi pasaraya"

Maka mereka berdua beriringan keluar dari kelas untuk ke kereta.Dalam perjalanan ke kereta,mereka terserempak dengan Devi dan Mei Ling.

"Eii Hilya.Why you comel sangat?Sama macam you punya ibu.Tapi muka Hilya sama sangat dengan muka you Irfan"

"Helo!Dah Irfan ayah dia.Tapi mata dan mulut Hilya ikut I okay"sampuk Wardah sambil tergelak.

Irfan turut sama tergelak.

"Okaylah I dah kena balik ni.Suami I dah ada depan sana tunggu I.And selamat berpuasa for both of you"ucap Devi dan Mei Ling kepada Irfan dan Wardah.

"Thanks"

Masing-masing memuji kecomelan Hilya.Sememangnya Hilya sangat comel dengan pipinya yang tembam itu.

























K done 😌
Haihhh pehal aku update???!!!
Dah jangan tnya hahhahaha
Tangan saya ni gatal betul nak update hehe so terimalahhhhh🙊♥️

[EBOOK]Dia Askar Aku CikguWhere stories live. Discover now