Chapter 2: Pulang Bersama

Start from the beginning
                                    

''Kau... Setiap hari kalau balik sekolah, memang kau melepak kat sini ke?'' Tanya aku kepada Aizat.

''Haah. Setiap kali kalau balik daripada sekolah, aku selalu melepak dekat warung ni dengan semua kawan-kawan aku.'' Balas Aizat dengan nada yang santai.

''Ouh... Mana semua kawan-kawan kau tu?'' Tanya aku lagi. Tiba-tiba reaksi wajah Aizat berubah menjadi sayu.

''Hmm... Diorang semua dah meninggal dunia dah. Kemalangan tahun lepas...'' Balas Aizat dengan nada yang perlahan. Tiba-tiba aku terlihat satu gambaran kemalangan jalanraya daripada minda Aizat. Daripada gambaran tersebut, kelihatan Aizat bersama dengan semua arwah kawan-kawannya itu sedang berkonvoi dengan menaiki motosikal masing-masing di atas jalanraya dan satu kemalangan yang dahsyat berlaku apabila satu lori treler telah hilang kawalannya lalu merempuh mereka semua. Di dalam kemalangan tersebut, hanya Aizat seorang sahaja yang terselamat manakala yang lain pula telahpun pergi menghembuskan nafas mereka yang terakhir.

''Ouh... Aku minta maaflah, aku tak tahu.'' Kata aku dengan nada perlahan.

''Tak apalah, aku pun okey je.'' Balas Aizat dengan senyuman kelat.

''Haa... Nah, ni minuman kamu berdua.'' Tiba-tiba Pak Umar datang ke meja kami lalu menghidangkan minuman yang dipesan tadi kepada kami berdua.

''Terima kasih, Pak Bilal.'' Balas Aizat dengan nada yang perlahan. Pak Umar meletakkan dulangnya di atas meja lalu mengambil tempat duduk di sebelah Aizat.

''Sama-sama... Ah ni, Aizat... Pakcik nak bagitahu ni... Nanti malam, pakcik nak kamu datang ke rumah Makcik Siti tau. Anak perempuan dia tu kena gangguan lagi katanya.'' Kata Pak Umar kepada Aizat.

''Hah? Kena gangguan lagi? Tapi kenapa saya yang kena pergi ke sana? Bukan ke selalu Ustaz Daud yang pergi mengubatkan anak perempuan dia tu? Suruh je lah Ustaz Daud yang pergi.'' Balas Aizat dengan soalan yang bertubi-tubi.

''Ustaz Daud ada urusan penting dekat luar daerah, 2 hari dia kena pergi ke sana. Jadi dia tak boleh nak datang malam ni. Nak tak nak kamu lah yang kena datang ke sana.'' Kata Pak Umar dengan panjang lebar.

''Tapi kenapa saya? Kan ada banyak lagi ustaz-ustaz kat dalam pekan ni yang pandai meruqyahkan orang. Panggil je lah diorang tu semua. Nak suruh saya ke sana tu buat apa? Saya bukannya pandai nak mengubatkan orang pun.'' Balas Aizat dengan nada yang selamba. Aku yang tak faham dengan perkara yang sedang dibincangkan oleh mereka berdua ini pun hanya mampu mendiamkan diri sahaja sambil menyedut air di dalam cawan dengan menggunakan straw.

''Tapi kamu kan boleh nampak mahkluk halus? Dengan kelebihan yang macam ni, kamu mesti boleh berinteraksi dengan hantu tu. Lagipun, kamu tu kenalah belajar sikit-sikit dalam bab ni. Nanti kalau kawan ataupun ahli keluarga kamu kena rasuk ke apa ke, senanglah sikit kamu nak handle benda ni nanti. Boleh ke tak boleh ni?'' Kata Pak Umar dengan panjang lebar lalu menyoal kepada Aizat.

''Tunggu... Apa? Aizat boleh nampak hantu?'' Aku menyampuk dengan soalan yang bernada pelik.

''Haah. Kenapa? Kamu tak percaya ke?'' Balas Pak Umar lalu menyoal semula kepada aku.

''Percaya...'' Balas aku dengan anggukan kepala.

''Kau percaya?'' Aizat menyoal aku dengan rasa pelik.

''Yelah. Kenapa?'' Aku menyoal balik kepadanya.

''Tak ada lah... Dekat dalam pekan ni, hanya Pak Umar seorang je percaya yang aku ni ada kelebihan yang boleh membuatkan aku nampak hantu. Orang yang lain semua tak percayakan aku. Katanya hantu tak wujudlah, aku penipulah apa lah. Tapi kau, orang baru kat dalam pekan ni boleh percaya? Seriuslah?'' Balas Aizat dengan soalan berganda yang bernada serius.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now