❦Chapter One❦

1.2K 145 72
                                    

«ᴇᴠɪʟ ғʟᴏwᴇʀ»
______________________

"Leeseul! Leeseul! Leeseul! "

Saat itu, Leeseul berada di tempat duduknya dalam kelas sambil melihat cermin. Sehari memang tak sah kalau tak tengok cermin. Namun kedatangan temannya membuatkan Leeseul menoleh.

"What's wrong, Heejin? " soal Leeseul. Heejin pula mengambil tempat duduk di sebelah Leeseul sebab mereka itu seatmate.

"Kau tau tak? Tadi en, waktu aku datang sekolah, aku nampak.. nampak.. "

"Cakaplah cepat. "

Heejin membuat isyarat untuk mendekatinya dan Leeseul hanya akur lalu Heejin berbisik, "Aku nampak Sunghoon datang sekolah dengan Hwayeon. "

Sebaik mendengarnya, Leeseul membulatkan matanya lalu berdiri, "Mwo?!"

Jeritan Leeseul berjaya menarik perhatian semua pelajar dalam kelas itu. Sesetengah dari mereka ada yang mengata-ngata tentang Leeseul tapi Leeseul tak kisah semua tu. Yang dia kisah adalah apa yang Heejin baru sampaikan tadi.

"Kim Hwayeon.. " gumam Leeseul perlahan. Memang dari dulu Leeseul tak sukakan perempuan tu. Bagi Leeseul, gadis bernama Hwayeon itu acah jadi bidadari, macam heroin. Semua orang sukakan Hwayeon sebab dia baiklah, cantiklah. Ah, sudah. Aku lebih baik darinya, itulah kata hati Leeseul.

---

Rehat itu, Leeseul dan kawan-kawannya di kafeteria sekolah. Buat apa lagi kalau bukan makan en?

"Leeseul. " tetiba Heejin memanggilnya. Leeseul memandang Heejin, manakala Heejin mengarahkan dagu ke arah sesuatu. Leeseul pun pandanglah apa yang Heejin maksudkan tu. Oh, rupanya si gadis Hwayeon datang dengan tray makanan di tangan.

Idea jahat tetiba muncul di akal fikiran Leeseul. Ketika Hwayeon lalu di tepi meja yang diduduki oleh Leeseul dan gengnya, dengan cepat Leeseul mengulurkan kakinya. Hwayeon yang tak sempat melihat akibatnya dia tersadung dan jatuh. Tray makanannya juga terlepas dan habis semua tumpah ke lantai.

Leeseul tanpa rasa bersalahnya menarik semula kakinya. Dalam hati dia berasa puas, nak je dia gelak kuat-kuat. Sedangkan pelajar-pelajar lain yang menyaksikan situasi itu ada yang ketawa, ada yang menahan ketawa, ada yang berbisik-bisik dan ada jugalah yang diam je.

"Omo.. you okay tak ni? " soal Leeseul selamba. Manakala Heejin dan satu lagi rakannya, Sunhwa, dah terkekeh-kekeh.

Namun kejadian seterusnya benar-benar tak disangka apabila Sunghoon datang ke arah Hwayeon lalu membantu gadis itu berdiri. Leeseul apalagi? Dia terus bangkit apabila melihat Sunghoon datang apalagi membantu Hwayeon.

"Hwayeon, kau okey? " dari tatapan wajah Sunghoon ke arah Hwayeon, jelas menunjukkan yang Sunghoon peduli akan gadis itu. Leeseul sudah mengepal penumbuknya, bukan ini yang dia harapkan.

"Aku o-okey.. " jawab Hwayeon tergagap. Tak berani dia nak pandang Leeseul kerana saat itu Leeseul memandangnya dengan pandangan tajam. Sunghoon perasan akan sikap Hwayeon. Oleh itu dia lak memandang Leeseul tajam. Leeseul yang sedar ditatap Sunghoon cuba memasang riak muka tak bersalah.

"I tak-- "

"Tutup mulut kau, perempuan. Aku tak nak dengar satu perkataan pun keluar dari mulut kau. " kata-kata Sunghoon menusuk hati Leeseul. Hwayeon pula terkejut dengan cara Sunghoon bercakap pada Leeseul. Nak je Hwayeon tenangkan Sunghoon tapi tak sempat sebab Sunghoon sudah menariknya pergi dari kawasan memalukan itu.

Leeseul memandang tak suka kedua manusia yang sudah beredar itu. Nafasnya memburu, marah nampak. Ya, Leeseul sakit hati dan sangatlah marah.

Evil Flower | Park SunghoonWhere stories live. Discover now