Prolog - First Checkpoint

68 10 75
                                        

Your POV

"Kembalilah dikau ke alam sebenar. Sini bukan tempatmu."

"Tak nak! Aku selesa kat sini!"

Tak, aku tak mahu kembali! Aku gembira di sini! Orang tua baku tu sungguh menyakitkan hati! Mulutku tidak henti-henti mencela orang tua itu akibat rasa marah yang tidak terhingga.

Tidak mahu berlengah lagi, aku mengatur langkah untuk meninggalkan orang tua dan rumah usang miliknya itu. Malas mahu mendengar kata-katanya. Rasa meluat, menyampah, semua ada!

"Engkau sudah lama menetap di sini. Sini bukan tempatmu."

Aku melajukan langkah dan memekakkan telinga. Sedar tak sedar aku sudahpun berlari keluar dari belantara tebal yang bergelar Hutan Kebenaran. Nama sahaja Hutan Kebenaran, kebenaran apa yang sampai mahu aku kembali disakiti? Bukankah kebenaran itu untuk menjadi penegak keadilan untuk kami?

Aku mengusutkan rambut aku yang asalnya tersikat rapi akibat geram. Kata-kata lemah yang dituturkan oleh orang tua sebentar tadi tidak henti-henti berulang-ulang di dalam fikiranku seperti radio yang rosak. Setiap kali kata-kata itu muncul, jantungku akan berdegup kencang.

Adakah itu petanda bahawa aku sedang takut? Apakah kerisauan sedang menghantui diri aku yang sudah sedia serabut ini?

Ya.

Aku takut.

Aku risau.

Aku tidak mahu dikembalikan ke neraka itu. Aku gembira di sini. Aku boleh menukar pilihan aku pada bila-bila masa. Aku boleh reset kehidupan aku di sini. Aku boleh ubah takdir aku sekiranya aku tidak suka dengan takdir yang telah aku pilih.

Aku boleh ubah latar belakang diriku. Aku boleh ubah siapa jodohku. Aku juga boleh ubah perjalanan kisah aku melalui pilihan yang muncul di hadapan aku di setiap checkpoint yang telah disediakan di beberapa tempat.

Walaupun pilihannya agak terhad, paling banyak 10 pilihan sahaja, aku masih gembira. Aku boleh lakarkan hidupku dengan gembira malah dunia ini tiada peraturan yang tetap seperti dunia asal aku.

Aku boleh pakai apa-apa yang aku suka, buat apa-apa yang aku mahu. Tiada orang akan memarahi aku. Aku bebas!

Aku tak faham, kenapa orang tua itu mahu menyuruh aku kembali ke tempat asalku? Masih ramai yang seperti aku, memasuki dunia ini yang menjadi impian setiap insan yang tersakiti. Kenapa aku? Pergilah cakap dengan mereka juga.

"Aku bukanlah mahu menyuruh engkau pulang kerana sikap pilih kasih aku. Tetapi sudah ramai manusia telah kucuba untuk kembalikan mereka ke dunia asal. Jawapan mereka sama seperti engkau. Aku nampak engkau masih punya harapan untuk kembali, maka kembalilah ke duniamu."

Serta-merta ayat orang tua itu seakan-akan berbisik di telinga kiri aku. Aku menggelengkan kepala beberapa kali. Mulut mengeluarkan decihan kecil tanda geram

Ah, aku tak percaya!

Orang seperti dia hanya menyuruh mereka yang nampak buruk macam aku untuk kembali. Ingat aku tidak tahu?

Aku tak akan tertipu lagi. Aku tak akan biarkan diriku dipijak lagi.

Aku terus berjalan menuju ke arah Kotaraya Sakiriya. Aku harap ada teksi lalu di sekitar kawasan ini. Kau gila nak berjalan kaki sahaja untuk ke kota itu? Jarak antara Hutan Kebenaran dengan Kota Sakiriya ialah 10 kilometer, aku tidak gila mahu membuang tenaga semata-mata untuk itu.

Or maybe aku patut call sesiapa?

Tubuhku yang berbaju dengan gaya kesukaan aku ditilik sebentar. Seronoknya duduk di sini, aku boleh buat segala benda yang aku tidak dapat lakukan di neraka itu.

Jodoh Tak ClichéWhere stories live. Discover now