BAB 5: The Untold Secret

33 2 0
                                    

"Harris dah hantar Miera balik?"

Syed Harris menganggukkan kepala lalu mengambil tempat duduk di hadapan ibunya. Puan Marlia memandang wajah anaknya yang tersenyum sambil tertunduk sehingga dirinya turut tersenyum.

"Orang dah jumpa buah hati ni... Sampai lupa mama dekat depan," perli Puan Marlia.

"Apa ni, ma... You know, mama still number one. Don't worry," Syed Harris berdiri dari duduknya lalu mendakap erat tubuh ibunya itu. Puan Marlia membelai rambut hitam Syed Harris.

"Assalamualaikum," Puan Marlia dan Syed Harris serentak memalingkan wajah mereka ke arah suara yang amat dikenali. Syed Harris terus bangun dari posisinya.

"Waalaikumussalam. Papa sihat?" Syed Arman menganggukkan kepala sambil menyambut tangan yang dihulur isteri dan anaknya.

"Papa sihat je tadi. Tengok Harris manja dgn mama ni, tiba-tiba rasa tak sihat pula" Puan Marlia mengerutkan dahinya.

"Awak ni! Dah tua-tua nak bermanja lagi" rungut Puan Marlia apabila Syed Arman melentokkan kepalanya ke bahu si isteri. Syed Harris yang memerhati cuba menahan tawa.

"Aduh, pa... Bagilah Harris nak manja dengan mama dulu. Nanti papa boleh settle yang lain kat tempat tertutup" Syed Arman hanya tergelak mendengar kata-kata anaknya.

"Ish, dua beranak ni. Hah, tadi anak perempuan awak datang," bulat mata Syed Arman mendengar pernyataan yang keluar dari mulut isterinya.

"Anak perempuan? Awak ada mengandungkan anak orang lain ke apa ni?"

Kuat bahu Syed Arman dipukul oleh Puan Marlia. Syed Harris sekali lagi cuba menahan tawa tetapi dirinya sudah terbaring kerana mentertawakan ayahnya. Syed Arman hanya tersengih apabila menyedari soalannya itu tidak masuk akal.

"Pa, Amiera Nadia singgah rumah kita tadi. Amiera kirim salam dekat papa," jelas Syed Harris selepas tawanya reda.

"Amiera Nadia anak Farid tu?"

Puan Marlia menganggukkan kepala dengan teruja manakala Syed Harris hanya memerhati riak wajah ayahnya yang bertukar keruh. Syed Harris tertunduk apabila bertemu tepat dengan mata ayahnya.

"Harris, papa ada berbincang dengan pengetua sekolah tentang majlis makan malam. Papa boleh sponsor, dengan syarat yang papa dah bagitahu Harris. Esok, jumpa pengetua untuk bincangkan tentatif," Syed Arman mula mengubah topik.

Puan Marlia hanya menggelengkan kepala kerana suaminya masih membincangkan tentang kerja walau di rumah. Syed Harris pula sudah mula mengikut ayahnya ke pejabat untuk menyertai beberapa mesyuarat.

"Awak berdua ni, tak habis lagi dengan kerja," Puan Marlia mengangkat punggungnya dengan mulut yang masih membebel.

Syed Harris dan ayahnya hanya memerhati belakang tubuh Puan Marlia yang berjalan mendaki tangga menuju ke biliknya. Terus perhatian Syed Harris diberi sepenuhnya kepada Syed Arman dengan wajah yang serius.

"Harris, Papa harap Harris boleh bagitahu perkara yang sebenar dekat Amiera," Syed Arman menepuk bahu anaknya dengan wajah yang serius.

Syed Harris hanya mengangguk selepas mendengar permintaan berbentuk arahan dari ayahnya itu. Syed Arman terus beredar meninggalkan Syed Harris bersendirian di ruang tamu.

IN SECRETWhere stories live. Discover now